Home · About Me · Sitemap ·

The Lone Ranger

The cats in the bush say meow..meow..meow...Suka dan bersemangat group ini menyanyi.

Gitu juga bears ni.

Depa pun tak mahu kalah...

Sepatutnya ada 5 lagi murid yang perform action song yang sama. Malangnya ada yang tertinggal mask di rumah, ada yang tak siap mewarna dan memotong. Ada sorang je ahli group yang siap sempurna namun menggeleng kepala bila dipanggil ke depan.

"Saya tak de kawan. Tak mo nyanyi soghang-soghang".

Apa Madam Teacher nak buat nih? Budak Tahun 1, kalau hitam kata dia....memang hitamlah jawabnya.
V
V
V
V
V
V

Akhirnya, bila Madam Teacher kata, gajah binatang paling besar dan kuat dalam banyak-banyak binatang. Semua binatang takut kat gajah. Haaaa...bersemangat pulak dia perform. Lone ranger pun lone rangerlah...

P/S Kena banyak idea nak berdepan dengan budak Tahun 1..heeee

Artikel berkaitan:

# Rabu Yang Senyap 25: Al Mulk (Kerajaan)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Lokasi : Juru - Sg.Petani

"Adakah kamu berasa aman bila kerana dosamu, Allah mengirimkan kepadamu
angin ribut yang berbatu?
Kelak kamu akan tahu betapa dahsyatnya peringatan-Ku"
(Surah Al- Mulk : 17)


Artikel berkaitan:

Contohi waris ini

Pemandangan biasa bila Mesyuarat Agung PIBG diadakan. Cabutan bertuah turut disediakan bagi menarik kehadiran waris ke mesyuarat setahun sekali ini. Kalau tak, alamat tak cukup korum mesyuarat. Macamana nak luluskan usul? Seperti tahun-tahun sebelum ( dan sekolah-sekolah sebelum) para ibu yang rajin datang bermesyuarat.

Kehadiran seorang waris golongan kurang upaya ( kudung sebelah kaki) yang bersusah-payah menghadiri mesyuarat Agung PIBG ini sewajarnya diberi pujian dan menjadi teladan buat para waris yang lain.

Note: Kedah guna perkataan "waris" menggantikan "ibu bapa". Baik dalam percakapan mahupun surat menyurat.

P/S Gunakan peluang yang ada untuk mengetahui masalah dan perkembangan persekolahan anak-anak.


Artikel berkaitan:

Buah tin, buah bidara, buah delima & beg lambung-lambung

Bonda dan abah Anim selamat tiba di tanahair dari menunaikan umrah petang semalam. Anim tak berkesempatan turun ke KL untuk menyambut mereka kerana hari ni Bonda dan Abah akan pulang ke Johor. Hanya mendengar khabar dan cerita mereka dari telefon. Alhamdulillah, mereka semua sihat. Cuma agak keletihan kerana transit 5 jam di Kuwait katanya.

Camnapun...ole-ole dari Mekah untuk kami di SP sudah tiba malam tadi. Oooo...ada pos laju ke waktu malam? Bukan..bukan...kebetulan Encik Suami keluar bertugas di Ampang selama 4 hari. Kesempatan yang ada digunakan untuk menziarahi Bonda dan Abah di rumah adik sebelum bertolak pulang ke SP malam tadi. Rezeki jauh ni...

Buah tin, buah bidara dan buah delima fresh tu Bonda beli di tepi laut berdekatan Masjid Terapung di Jeddah. Kurma Ajwa dan lain-lain sempat dikirimkan.

Buah delima ni dari Pakistan katanya. Favourite my Abdul 1.

Celak mata dan beg "lambung-lambung" untuk Anim ni dibelinya di Madinah. Mana timbul "lambung-lambung"? . Bonda kata masa kuar Masjid Nabawi, si penjual dok lambung-lambung beg itu. Kalau kat kedai SR20 tapi yang lambung-lambung ni SR10 saja. Ala, tak kisahlah. Janji dibawa dari bumi Madinah dan Mekah yang pernuh keberkatan itu. Bonda ada ramai anak, menantu, cucu...kita pun faham, payah nak cari ole-ole dalam masa yang terhad. Ikut kami, tak payah bawa balik apa pun tak pe..tapi dah nama orangtua kan..

Bonda dan abah kata tak sempat nak cari botol untuk isi air zamzam dan keluarkan jubah untuk dipilih. Insya-Allah, lepas settle majlis aqiqah dan cukur jambul cucu terbarunya, Qaisara Irdina (dia berusia 14 hari waktu kami menjengoknya di rumah nendanya di Pt Sulong tempohari) Bonda dan abah bercadang nak ke SP .

Artikel berkaitan:

Bagaimana Membuatkan Anak-anak Lelaki Bercakap?

  2 Abdul- sorang mulut macam ada emas, sorang mulut tak reti diam. 

Para ibu di mana jua pun merungut hal yang sama. Mereka menyatakan anak-anak lelaki tidak mahu bercakap dengan mereka. Sekembalinya anak-anak perempuan dari sekolah, mereka terus bercerita perihal segala yang berlaku di sekolah tanpa mengira samada ia penting ataupun tidak.

Orang lelaki sememangnya diprogramkan untuk aktiviti. Oleh sebab itu, kunci supaya mereka lebih banyak bercakap adalah aktiviti. Ibu yang mahu bercakap lebih banyak dengan anak-anak lelaki sepatutnya melakukan aktiviti bersama mereka tidak kiralah aktiviti itu adalah melukis, bersenam ataupun bermain komputer. Ajak mereka berbual pada masa itu.

Anak-anak lelaki tidak suka bertentang mata tetapi ibu-ibu gemar berbuat demikian

Dengan melakukan aktiviti, anak-anak lelaki dapat mengelak daripada banyak bertentang mata. Walau bagaimanapun, aktiviti mereka terhenti-henti ketika menjawab soalan. Sukar bagi mereka melakukan dua perkara dalam satu masa. Apa pun, objektif utamanya adalah bagi membuatkan mereka bercakap dan itu berjaya. Strategi yang sama perlu dilakukan ke atas lelaki dewasa. Namun, jangan pula sibuk mengajaknya berbual pada waktu yang kritikal seperti dia sedang memasang mentol.

Sumber: Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps oleh Allan & Barbara Pease

Artikel berkaitan:

Nilah rupa saya (wahai kak Seri)

Memenuhi permintaan Seri yang teringin nak lihat muka innocent anak-anak cilik yang bermain dengan tanah liat dalam e n t r y  t e r d a h u l u. Meh kenal 3 yang terpopular...

Model "anjing" yang dikatakan tulang ikan dan lembing tu, hasil tangan Nur Fitri ni.

Ni pulak Hazwani yang membentuk 9 biji teloq tu, huhu. Pemalu dan pendiam orangnya, dia dengan dunianya saja, tak suka nak memanjangkan leher memerhatikan hasil kerja kawan-kawannya yang lain. Tu yang terbantut idea....teloq yang keluar!

Amirul Asyraf nilah yang membentuk 3 biji mercun bola yang amazing tu, haha.. Tengoklah, dia bukan reti buat kerja kat meja sendiri. Mesti nak merayap. Tak heranlah mercun bola menjadi ideanya.

P/S Anak-anak cilik ni tak tau berdendam. Hari ni kena tegur, kena marah..esok mai lagi kerumun cikgu dia.

Artikel berkaitan:

#Rabu Yang Senyap 24: PAKAR Mee Udang

Jangan ingat hospital dan klinik je boleh letak PAKAR. Depa kata Mee Udang depa "Gabungan Resepi Mee Udang Kuala Sepetang dan Pulau Sayak.

 P/S Orang SP memang pandai buat pomosi.

Artikel berkaitan:

Takutkan yang mana?

Takutkan MANUSIA.....
Kita akan menjauhinya
tetapi
Takutkan ALLAH SWT....
Kita akan mendekatiNya

~ Hari ni sekolah tak cukup cikgu. Ramai keluar taklimat petugas pilihanraya. Semput kami yang tertinggal~

Artikel berkaitan:

Hentian Rehat RTC@Gopeng

Seminggu sekolah cuti CNY (cikgu Cina sorang, murid takde langsung) , hari ni dah ada di SP semula. Esok sekolah maa..

Biasanya on the way balik ke Utara, Anim dan 3 Abdul akan jamu selera (simple je..maklum, co-pilot, kalau kenyang sangat, mengantuk lak) di Hentian Sebelah Simpang Pulai dan solat jamak di Hentian Sebelah Taiping. Sesekali sekala je berhenti di Hentian Rehat Tapah dan bertambah jarang singgah Hentian Sg.Perak. Kali ni kami menyinggah Hentian Sebelah RTC yang baru dibuka.

Kalau setakat nak berhenti solat, boleh parking kenderaan kat sini. Tapi kalau bercadang nak solat,  isi perut dan cuci mata and shopping.  drive turun ke bawah. Dekat sikit..

 Surau yang disediakan.

Pasaraya MYDIN yang baru dibuka. Banyak kiosk kecil ditutup. Kata cleaner yang Anim dok sembang, pengunjung tak ramai so ramai peniaga yang tutup kedai, tarik diri dari menyewa. Tunggu cuti perayaan, cuti sekolah baru ramai pengunjung agaknya. Letih juga menunggu 2 Abdul ni cuci mata. Heran betullah bila anak lelaki suka window shopping walhal itu bukan minat Anim dan Encik Suami. Pergilah ke mana saja, akan terkeluar dari mulut mereka, "Bila kita nak shopping?". Next time, kalau nak rushing balik...memang tak boleh berhenti sini.

 Jamu selera di  Singgah Medan Selera. Western food ada, Rojak Singapore ada. Cendol ada, Mee dan Sup ada..macam-macam lagilah.

 Biasalah..seats gerai Nasi Kandar jugaklah yang penuh.

Set Roti Nan yang lembut..RM8 ni memang boleh dipuji. Satu set tu cukup untuk kami 4 beranak.

Mak Bapak tak boleh tunggu lagi. 2 Abdul ni kalau bagi masa, boleh lekat lama. Lepas makan cuba kerusi urutlah pulak. Udahle tu weii..sejam dah habis masa kat sini. Dah larut malam ni ..Sg.Petani jauh lagi...

P/S Ternampak Restoran KFC dan satu lagi Medan Selera disediakan.

Artikel berkaitan:

Madhinat Hadramawt Restaurant@Batu Pahat

Dah lama nampak restoran Timur Tengah ni di Bukit Pasir, Batu Pahat. Menyinggah je tak pernah kerana sesekali balik BP, penangan Nasi Beriyani Md Shah di Peserai lagi kuat, huhu. CNY ni hujan memanjang, kereta banyak di jalanraya, malas nak ke Peserai. Kami terus ke Madhinat Hadramawt Restaurant.

Kami ni tak reti nak makan roti untuk lunch. Mesti nak cari nasi.

Ada 2 partition yang dipisahkan dengan dinding, non smoking area dan smoking area. Ruang makan di smoking area ni lengang tak de orang (pelanggan lain memenuhi ruang makan non smoking area)  kami pun decide duduk kat ruang yang lengang eventhough Encik Suami bukan perokok. Sampai ke sudahnya hanya Anim dan 3 Abdul saja kat ruang makan smoking area tu...

Nasi Kabhshah Ayam bersama Madhinat Salad yang marvellous. Chef dari Yemen. Ni Encik Suami punya. Dia tak makan daging.

Mandy Chicken untuk si Abdul 2.

Mandy Lamb untuk Mem Besar..

Arabic Tea Pot ni untuk kami ber2 (RM6) tapi boleh diminum untuk 3 orang..

Si Abdul 1 ni tak tahulah nak cakap apa. Spesis tak suka makan nasi. Tu sebab badan cekeding aja. Sedap katanya Fish and Chip ni. RM10 je.

Cream Carramel , dessert penutup.

P/S  Alangkah bagusnya kalau dapat menikmati Nasi Beriyani yang popular di BP dalam restoran cantik seperti ini. Bilalah agaknya ya? Tak sanggup rasanya nak beratur dan duduk mencari-cari tempat kosong sambil membawa pinggan di tangan. Kalau dah ada nama dan terkenal rasa, sure orang akan cari walau ke ceruk mana.


Artikel berkaitan:

Hujan di Belungkor@Kota Tinggi

Perjalanan hampir 40 minit ke Belungkor dari rumah MIL ditemani hujan lebat

22 tahun keluar masuk Kota Tinggi namun 1st time jejak Tanjung Belungkor.

.MIL dan FIL pun ikut sekali kerana mereka ber2 sendiri tidak pernah kemari.

Ramai pemancing yang menunggu hujan teduh di warung ini. Pintu masuk ke negara kita oleh rakyat seberang.

Hujan-hujan begini apa yang seronok selain tidur???? Berselera menikmati makanan waktu hujan di atas warung rakit ini. Adakala bergoyang apabila ada bot lalu. Suka....suka...

Kalau tak kerana hujan lebat, mahu saja kami menaiki bot, RM 1 seorang ini untuk menyeberang ke Tanjung Surat. Ada 30 rumah penduduk kampung di situ, katanya. Next time boleh sewa van di sana dan ronda-ronda tengok kampung nelayan.

Banyak tempat boleh diexlopre di sini..cuma kurang promosi..Mungkin kerana kedudukannya yang jauh ke selatan.

Terminal Ferry Tanjung Belungkor. Alternatif pengangkutan air untuk ke Singapore. Niat asal ke mari, nak cari tandas, huhu...

Beli tiket ferry di sini. One and the only one ferry service company. Lengang selengang-lengangnya waktu kami tiba.

Mahu cuba? 30 minit sahaja. Hari biasa 2 perjalanan waktu pagi dan petang. Tiap hujung minggu dan public holiday ditambah 4 perjalanan.

P/S Nama je orang Johor...ceruk negeri sendiri pun tak habis explore.

Artikel berkaitan:

# Rabu Yang Senyap 23: Stuntman Cilik Malaysia (to be..)




Lokasi : Jln. Kota Tinggi- Kluang



Artikel berkaitan:

Semoga pulang membawa umrah mabrur

Jumaat malam 8/2/2013, dalam kesibukan pengguna jalanraya berada di jalanraya kerana CNY, Anim & 3 Abdul sudah berada di rumah my younger brother di Kota Warisan, Sepang. Alhamdulillah...kami 11 beradik semua dapat berkumpul malam itu. Kak Long suami isteri dan 2 anaknya dari Terengganu pun ada bersama. Sanggup turun KL dengan bas express kerana abang ipar tak sihat nak memandu.

Selain doa selamat kerana adik masuk rumah baru, majlis doa selamat ini turut diadakan bagi mendoakan perjalanan umrah my Bonda dan abah bersama 2 ibu saudara, bapa saudara, 3 sepupu (seorang darinya membawa isteri dan anak lelakinya yang berusia 1++ tahun).

Bonda, abah dan adik-adik
Seminggu lebih orangtua Anim berkampung di KL kerana beberapa hari sebelum berangkat, pihak travel (Al Mukmin Travel) memaklumkan , surat nikah mereka berdua tidak diterima oleh pihak kedutaan Arab Saudi semasa proses visa. Alasannya, surat sumpah yang dibuat dulu sudah lama (tahun 90an) dan tak valid. Surat sumpah tu dibuat kerana sijil nikah yang asal (dekat 50 tahun) hilang dari simpanan. Mereka dikehendaki pergi ke Wisma Putera untuk urusan mengecop dan kemudiannya ke Pesuruhjaya Sumpah.

Risau pada mulanya, peraturan baru lagikah bab mahram ni? Maklumlah, sebelum ni peraturan diketatkan bagi wanita berumur bawah 45 tahun yang pergi tanpa mahram. Alhamdulillah, selesai dalam 1 hari. Kali terakhir mereka menunaikan umrah sebulan di bulan Ramadan (pulang 8 Syawal) pada 2009 bersama kedua besannya dari Terengganu. Namun, Bonda kata..dia tetap rasa berdebar!

Yang menghantar lebih ramai dari yang berangkat. Takkanlah kami, satu keluarga besar ni nak conquer tempat duduk yang ada.

Cari tempat yang lebih santai dan relax sambil menanti penerbangan mereka pada jam 3 pagi. Mereka akan transit di Kuwait. Kenalah tukar duit sikit kat airport. Haaa..terkejut abah bila nilai wang dinar yang ditukar RM 115=10 dinar..huhu..menggeleng kepala dia. Nak kata apa, matawang depa kan yang tertinggi di dunia.

P/S Ini perjalanan pertama umrah mereka 9 orang bersama Al Mukmin Travel yang diuruskan oleh kak Paezah (sepupu Anim) pensyarah di UiTM, Shah Alam yang ikut serta. Dia yang sebelum ini pergi dengan pakej umrah TH Travel pun dapat rekomen travel ini dari rakan-rakannya. Semoga dipermudahkan segalanya dan sabar serta redha dalam segala bentuk ujian.

Artikel berkaitan:

Pendakwah Cilik Fasih 4 Bahasa

Fatimah Az-Zahra, berusia 12 tahun , penuntut Maahad Tahfiz di Lampung, Sumatera, Indonesia. Usia baru setahun jagung, selain boleh berbahasa ibunda (of course), fasih berbahasa Arab, Inggeris dan bahasa Jepun (bersekolah tadika di sana) . Dan yang lebih membanggakan, Fatimah juga hafizah 3 juzuk Al Quran.

Malam tadi, selepas solat Isyak, selepas Majlis Ilmu oleh Tok Gurunya, Ustaz As Salam ( pengasas Maahad Tahfiz), dia berdiri di depan kariah Masjid Taman Keladi untuk menyampaikan tazkirahnya "Fadilat Al-Quran" dalam 4 bahasa. Walaupun kami tak faham waktu dia menyampaikannya dalam bahasa Arab dan Jepun tapi...tersentap di kalbu, alangkah sejuknya hati seorang ibu bila dikurniakan seorang anak yang diberikan anugerah dan bakat menyampaikan ilmu (berdakwah). Rasanya...bukan Anim saja yang sayu hati bahkan ibu-ibu lain yang ada bersama malam tadi. Harap-harap begitulah. Bukan sayu hati kerana melihat si cilik kita "tertewas" di pusingan untuk ke final . La ni, si cilik banyak di kaca TV. Depa tunjuk bakat menyanyi, bakat menari. Bila terkeluar...mak dan nenek menangis kerana bakat si cilik terhenti diseparuh jalan..

Fatimah Az Zahra juga berbakat dalam penulisan. Dalam usia 12 tahun, dia menjadi wartawan di Lampung, Sumatera dan telah menghasilkan 2 buah buku di sana.

P/S Sempat membisikkan di telinganya, "Mudahan-mudahan kamu boleh berdakwah di Jepun".


Artikel berkaitan: