Home · About Me · Sitemap ·

Bagaimana Membuatkan Anak-anak Lelaki Bercakap?

  2 Abdul- sorang mulut macam ada emas, sorang mulut tak reti diam. 

Para ibu di mana jua pun merungut hal yang sama. Mereka menyatakan anak-anak lelaki tidak mahu bercakap dengan mereka. Sekembalinya anak-anak perempuan dari sekolah, mereka terus bercerita perihal segala yang berlaku di sekolah tanpa mengira samada ia penting ataupun tidak.

Orang lelaki sememangnya diprogramkan untuk aktiviti. Oleh sebab itu, kunci supaya mereka lebih banyak bercakap adalah aktiviti. Ibu yang mahu bercakap lebih banyak dengan anak-anak lelaki sepatutnya melakukan aktiviti bersama mereka tidak kiralah aktiviti itu adalah melukis, bersenam ataupun bermain komputer. Ajak mereka berbual pada masa itu.

Anak-anak lelaki tidak suka bertentang mata tetapi ibu-ibu gemar berbuat demikian

Dengan melakukan aktiviti, anak-anak lelaki dapat mengelak daripada banyak bertentang mata. Walau bagaimanapun, aktiviti mereka terhenti-henti ketika menjawab soalan. Sukar bagi mereka melakukan dua perkara dalam satu masa. Apa pun, objektif utamanya adalah bagi membuatkan mereka bercakap dan itu berjaya. Strategi yang sama perlu dilakukan ke atas lelaki dewasa. Namun, jangan pula sibuk mengajaknya berbual pada waktu yang kritikal seperti dia sedang memasang mentol.

Sumber: Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps oleh Allan & Barbara Pease

Artikel berkaitan:

9 Komen untuk "Bagaimana Membuatkan Anak-anak Lelaki Bercakap?"

  1. yang peliknyer anak teruna KA ade2 aje yg nak diceritakan kat KA sampai kena cakap STOP ! hehehe

    BalasPadam
  2. anak teruna saya pun sama kurang mau bercakap...klu hari ni dah cakap banyak..esok pulak diam seribu bahasa...hehe

    BalasPadam
  3. Kakak tak ada pengalaman anak lelaki tak tahulah Anim. Adik beradik pulak 7 perempuan satu je abang kakak. Itu pun jenis pendiam. Cara yg baik ni untuk dipraktikkan...

    BalasPadam
  4. Macam anak IM; yang sulong pendiam. yang ke 2, terlebih cakap. Untuk menangani mereka, perlu cara yang berbeza...

    BalasPadam
  5. Kan...
    kebayakkannya kurang nk meluahkan rasa...

    saya pun nak belajar la,
    untuk anak lelaki, supaya mudah berterus terang....

    BalasPadam
  6. Faris saya pula kuat bercakap... dari satu cerita ke satu cerita.. smpi saya kena minta dia stop untuk buat keje lain dan janji akan dgr ceritanya bila saya selesai buat kerja saya tu... :)

    BalasPadam
  7. Sy xde pglaman ank lelaki sbb ank sy semuanya prempuan tapi biasa juga dgr kwn2 mengadu ank lelaki dia tak nak bercakap...tp dia paham ape yg kite cakap....camtu jugak ank kakak sy...

    BalasPadam
  8. setuju... Anak lelaki okje pun sama...semakin besar lagilah kurang nak bercakap... kalau kat telefon nmpak mesra... bila berdepan lain sikit...
    Nak cuba main badmintonlah..sebab dia minat

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai