Home · About Me · Sitemap ·

Buah tin, buah bidara, buah delima & beg lambung-lambung

Bonda dan abah Anim selamat tiba di tanahair dari menunaikan umrah petang semalam. Anim tak berkesempatan turun ke KL untuk menyambut mereka kerana hari ni Bonda dan Abah akan pulang ke Johor. Hanya mendengar khabar dan cerita mereka dari telefon. Alhamdulillah, mereka semua sihat. Cuma agak keletihan kerana transit 5 jam di Kuwait katanya.

Camnapun...ole-ole dari Mekah untuk kami di SP sudah tiba malam tadi. Oooo...ada pos laju ke waktu malam? Bukan..bukan...kebetulan Encik Suami keluar bertugas di Ampang selama 4 hari. Kesempatan yang ada digunakan untuk menziarahi Bonda dan Abah di rumah adik sebelum bertolak pulang ke SP malam tadi. Rezeki jauh ni...

Buah tin, buah bidara dan buah delima fresh tu Bonda beli di tepi laut berdekatan Masjid Terapung di Jeddah. Kurma Ajwa dan lain-lain sempat dikirimkan.

Buah delima ni dari Pakistan katanya. Favourite my Abdul 1.

Celak mata dan beg "lambung-lambung" untuk Anim ni dibelinya di Madinah. Mana timbul "lambung-lambung"? . Bonda kata masa kuar Masjid Nabawi, si penjual dok lambung-lambung beg itu. Kalau kat kedai SR20 tapi yang lambung-lambung ni SR10 saja. Ala, tak kisahlah. Janji dibawa dari bumi Madinah dan Mekah yang pernuh keberkatan itu. Bonda ada ramai anak, menantu, cucu...kita pun faham, payah nak cari ole-ole dalam masa yang terhad. Ikut kami, tak payah bawa balik apa pun tak pe..tapi dah nama orangtua kan..

Bonda dan abah kata tak sempat nak cari botol untuk isi air zamzam dan keluarkan jubah untuk dipilih. Insya-Allah, lepas settle majlis aqiqah dan cukur jambul cucu terbarunya, Qaisara Irdina (dia berusia 14 hari waktu kami menjengoknya di rumah nendanya di Pt Sulong tempohari) Bonda dan abah bercadang nak ke SP .

Artikel berkaitan:

22 Komen untuk "Buah tin, buah bidara, buah delima & beg lambung-lambung"

  1. Merahnya delima tu kak....mesti manis...
    Kelakar plak baca beg lambung2 tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masam2 manis..
      Haha...kak pun lucu dengar cerita lambung-lambung tu

      Padam
  2. Wah..tertarik saya bila dengar buah tin..hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah tin yg selalu kita makan dah dikeringkan..manis sikit rasanha aini

      Padam
  3. Biasanya mereka yg pulang dari umrah atau haji pasti bawa ole-ole buat anak cucu...syukurlah selamat sampai ke tanah air dh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak akui memang payah nak cari ole2 dalam masa terhad, datang pun bukan ingat nak shopping. Tu sebab anak2 tak pesan apa, kirim doa aja, tapi orangtua tau ajalah....semua dia ingat

      Padam
  4. Aduhai besstnyer..syukur dah selamat berumrah kan...alhamdulilah..Dr.Fatma kata ( bukan Nekcik kata) dalam biji biji buah delima tu ada satu yang jadi penawar..oleh itu kalu makan jangan kongsi kongsi...sekian adanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buah tu saya makan berdua dgn abdul sulong, heee...sampaj ke biji-bijinya kami kunyah...tqvm nekcik atas info itu..

      Padam
  5. salam...sedap nye buah delima tu. Alhamdulillah..selamat dan sihat kembali dari menunaikan umrah.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah diorang dah selamat sampai..


    Jemput join segmen ni kalau belum.. 100 penyertaan TERAWAL akan dapat Sticker Fridge Magnet @ Button Badge dari Cenderahati Akamika Gift .. Cepat!! Cepat!! Hehe ^_^

    http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/02/segmen-ucapan-selamat-hari-lahir-buat.html

    BalasPadam
  7. Salam.... Setiap kali membaca entry berkaitan Makkah-Madinah, setiap kali itulah akan mengimbau kenangan manis kita di sana. Sama-sama kita doakan agar setiap kita akan dapat lagi menjejakkan kaki ke tanah suci.

    BalasPadam
  8. Salam cikgu...alhamdulillah bonda dan abah cikgu selamat sampai dr Mekah...byk ole2 tu..kalau tak habis boleh hantar sini...hehehe

    BalasPadam
  9. salam...bestnya nampak buah tin..saya sekarang mmg tengah cari buah tin..nak bagi anak2 makan..buah tukan penyubur minda...

    BalasPadam
  10. wah byknyer ole2 tu !ambik berkat...

    BalasPadam
  11. seronoknya anim..dapat macam macam buah tangan dari bumi yg penuh barakah...

    BalasPadam
  12. Kakak pulak yg teruja ni Anim. Kalau ada izin Allah kakak pergi tak perlu transit KLIA. Sebab Senai dah ada penerbangan direct terus ke Jeddah. Itu yg mula kakak rasa nak pergi tiap tahun Anim.

    Buah delima sana besar-besar kan. Kalau nak lebih besar pun ada tapi mesti mak fikir baik beli kecik sikit boleh bagi ramai anak-cucu (walau kalau nak banding yg di sini kira ini dah terlebih besar) sebab di sana yg saiz kepala budak pun ada kan... Ole-ole dari sana tak sama rasa di hati berbanding dapat tempat lain.

    BalasPadam
  13. jiran rumah mak munna pun baru je balik dari umrah..... banyak juga buah tangan yg di berikan.... munna suka coklat dari sana .....

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah...selamat kembali...

    Buah delima, feveret sy juga=))

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah... bukan setakat beg aje kena lambung, abaya dgn tudung pun dilambungnya. Tapi penjual lelaki aje yg buat kerja gitu.
    Yang penjual perempuan, tak suka kalau kita pegang lebih-lebih barang dia, siaplah... memang marah sungguh dia...

    BalasPadam
  16. seronoknya dapat ke mekah...
    Tapi beg lambung2 tu cantik! suka tengok!

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai