Home · About Me · Sitemap ·

Cerita Balik Haji

Entry mereka dipanggil menjadi tetamu Allah pada musim haji 1433H  d i  s i n i. Sebaik saja mendapat tahu mereka telah pulang ke tanahair pada Sabtu malam, 25 November yang lalu, keesokan hari  kami menziarahi pasangan ini di rumahnya. Alhamdulillah, mereka telah selamat menjalani ibadah haji selama 32 hari di sana. Seronok menziarahi orang balik haji ni. Banyak perkembangan baru tentang Mekah dan Madinah serta pengalaman kerja haji dapat dikongsi bersama.

Depa berdua bertuah kerana terpilih di antara 2000 orang jemaah haji yang terpilih di saat-saat akhir. Menurutnya lagi, ada satu kumpulan lagi yang bertolak selepas group dari Sg.Petani ni iaitu selepas DYMM Yang Dipertuan Agong serta Permaisuri Agong berangkat menunaikan haji pada 19 November.  Walaupun dugaan sebelum pergi tu hebat, maklumlah persiapan tak sampai 48 jam, tapi dari sudut lain, mereka  tidak lama terikat dengan larangan ihram. Dan yang paling menarik  ialah seramai 30 jemaah bersama depa adalah dari satu kampung (sebelah isteri) di Sg.Petani!! Orang sekampung pi haji....pernah jumpa atau dengar tak? Mesti best kan...satu asrama lagi! Pakej depa ni pakej swasta (Kos RM 19,XXX).

Kami turut membawa bersama family Encik Suami dari Johor tempohari. Mudah-mudahan berpanjanganlah hendaknya ikatan silaturrahim.

P/S Kena hadiri kursus haji walaupun tarikh yang diberikan oleh pihak TH lama lagi kerana manalah tahu rezeki kita datang cepat tanpa disangka.....



Artikel berkaitan:

Terima kasih, DURIAN!

Biar betul Anim ni, ucap terima kasih pada durian? Senget ke hari ni?

Alkisah, selepas check out dan lunch Nasi Arab di Restoran Yemen, 2 Abdul bertanyakan hala seterusnya. Bila diberitahu Encik Suami yang kereta yang dipandu menuju arah Utara, riuh rendahlah suara mereka.."Dah janji semalam..Nak balik kampung..Tak nak balik Kedah.."

Pada perancangan awal, selepas check out, kami akan berangkat ke pondok kecil kami di Shah Alam. Toto, bantal, tilam yang dibeli di Wang Prachan pun dah angkut sekali. Konon-konon nak bermalam di situ (1st time). Tau ajalah kalau ada Persidangan UMNO ni, bukan hotel kat KL je penuh..sampai Shah Alam sekali no vacancy. Kemudian kami plan, jalan malam di i-City. Next day, ambik Nenek (my mum) yang ada di Bangi, bawa jalan MAHA di Serdang dan pujuk dia ikut kami balik SP on Saturday. Cantikkan plan?

Namun manusia hanya mampu merancang. My mum dah ambil tiket bas balik Kluang, Jumaat. Ada kenduri kahwin jiran belakang rumah. Takkan mak tak pergi katanya. So, kami cancelled plan. Balik SP semula. Ooooo...depa masih tak terima alasan itu. "Hantar kitaorang balik kampunglah macam tu". Amboi, hangpa ingat Kluang, Kota Tinggi tu dekat ke nak oii? Tak pelah, nanti kita singgah Changkat Jering, cari durian kampung, lepas tu kita p makan Mee Udang Kuala Sepetang. Senyap sekejaplah depa ber2 tu.

Namun sekali lagi, manusia hanya mampu merancang. Tiba di Sg.Perak untuk solat jamak, terpandang timbunan durian di sana sini. Musim durianlah katakan. Si penjual bagi test rasa pengunjung lalu lalang.

4 biji RM10, murah giler durian kampung K.Kangsar. 2 Abdul angguk kepala tanda mahu bila ditanya. Biarlah depa makan, kecik je pun buahnya. Kita pun nak cari durian kat Changkat Jering nanti.

1, 2, 3 buah durian yang dikopek terpaksa ditolak tepi. Ada yang keras, ada yang tak ada rasa. Masuk buah ke 4,5,6 barulah okay. Dapat juga buah yang pahit (kesukaanku!) untuk dimakan..

Merungut juga si penjual.."Pagi tadi buah ok kak. Kuning, besar, ramai orang makan tadi kat sini".

"Dah ini rezeki kami hari ni, dik. Nak kata apa"..Iyalah, 4 biji cuma RM10, lainlah sebiji RM10, barulah boleh komplen. Makan ajalah apa yang ada.

Dia mengopek lagi, dan lagi...dan lagi...dan lagi...Dan si Abdul debab pun tak berhenti makan! Bila tiba part membayar, terkejut bila disebut RM10 sahaja.

"Aiik, dah lebih dari 8 biji kami makan ni"...Takpelah kak, yang lain saya bagi je.

Alhamdulillah, perjalanan kami begitu lancar dan tenang. Hajat nak singgah Changkat Jering dan menikmati Mee Udang Kuala Sepetang pun kami cancelled kerana 2 Abdul sudah tertidur kekenyangan dibelakang keranamu, DURIAN..

P/S Yang best, bangun tidur depa dah lupa Mee Udang K.Sepetang dan tak sebut lagi nak balik kampung...yeaaaaahhhhhh....

Artikel berkaitan:

Nasi Padang dan Yemeni Cuisine@Ipoh


TEMPAT : RESTORAN NASI PADANG SIMPANG TIGA, GREENTOWN SQUARE, IPOH. 

Selepas setahun, baru dapat mai lagi. Nilah masa untuk tunai hajat kunjungan t a h u n  l a l u. Ada promosi ikan talapia Sg.Perak pulak kali ini. Menu yang diorder kali ini.....


TEMPAT  : RESTORAN HADRAMOUT PARADISE:YEMENI AND ARABIAN CUISINE, KINTA WATERFRONT
Restoran di batu tanda Kinta Riverfront ini dekat sangat dengan hotel penginapan ( dah nak balik baru perasan!). Jalan kaki pun boleh dari hotel, cuma seberang jalan. Apalagi... singgah selepas check out semalam.

Encik Suami dah makan kat tempat kursus. Dia cuma order Arabica Tea With Mint saja (RM2). Chicken Mandy (RM12)  untuk si Abdul debab sorang manakala Mixed Grilled (RM25) dengan nasi, Anim share dengan si Abdul kurus..

P/S Next time, Encik Suami nak bawa kami pekena Kari Kepala Ikan pulak. Tunggu tahun depan lah pulak agaknya kalau ke Ipoh.

Artikel berkaitan:

Sepetang di Kinta Riverfront

Sebelum kuar dinner di R e s t o r a n  N a s i  P a d a n g  S i m p a n g  3, ambil angin petang di depan hotel. Cantik dan bersih kawasan riverfront ni. Tak sibuk dan tenang . Pagi-pagi boleh nampak orang jogging dan memancing. Berbanding dengan hotel di tengah bandar Ipoh yang sibuk dengan kenderaan dan manusia ke hulu ke hilir. Tapi, nak makan dan beli-belah payahlah sikit. Hotel barulah katakan..(semua main touch screen)

Nak suruh Encik Suami tinggal kereta semasa dia berkursus, kita pulak tak yakin nak memandu. Ipoh ni bandar jalan sehala. Kalau dah tersesat, nak U-Turn punyalah payah. Papan tanda jalan tak banyak membantu. Kalau dah Encik Suami pun pening nak balik semula ke hotel selesai kursus kalau silap jalan, inikan pulak Anim yang mai sekali sekala. Sudahnya...lunch kami..room servicelah!

Mungkin dalam beberapa bulan lagi, tak ada masalah nak cari makan. Nampak  deretan gerai yang masih belum siap di tepi Kinta Riverfront ni.

Jambatan mini merintangi Sungai Kinta. Kalau lihat di s i n i, ada 6 jambatan mini di sepanjang Kinta Riverfront. Entahle..dari Tingkat 14 bilik kami, terpandang 2 sahaja  dengan bentuk berlainan.

Tak larat nak jalan ke jambatan yang satu lagi. Masing-masing dah lapar nasi!

P/S Suka tengok jambatan..

Artikel berkaitan:

Pekena Nasi Kandar Kayu Penang Original dulu..

Keluar dari Airport Bayan Lepas, perut sudah berbunyi. Tetamu sudah Anim beri makan seawal jam 6 petang tapi tukang masak pulak tak lalu makan. Mau taknya sambil masak, turut sama packing kain baju. Kalau ke Penang, tak sah tak singgah Nasi Kandar Kayu berdekatan Vistana Hotel.

 
Depa kata...dulu ada cawangan di Sg.Petani. La ni....tak de dah. Nasi Kandar Hussain sudah conquer ka?

Oranglain makan nasi kandar, penuh nasi dengan kuah 5,6 jenis, sampai tak nampak putihnya nasi. Taste Anim lain, tak mahu basah nasi tu...cam dalam gambar tulah. Tang ni kadang2 si Mamak tak faham dan Anim makan tak habis. Kerana itulah, Encik Suami yang akan beratur dan ambil order. Lauk pun suka kering-kering saja. Ayam kampung goreng, telur sotong goreng, telur rebus..Yang sedap, ada "serdak sambal" yang dimakan bersama nasi.(Serdak sambal tu cepat habis!)

Special kat sini...roti tisu dia. Macam pyramid bila dibawa..dok jeling amoi kecil sebelah punya. Depa punya dah kena "baringkan"..Tengok..panjang satu meja! Lain kali nak rasalah...

Jam 12.30 malam baru kami tiba Ipoh. Ni pemandangan luar tingkap dari bilik hotel kami menginap. Hotel yang berhadapan dengan Sungai Kinta ni hotel baru dan belum dirasmikan lagi. Khabarnya Raja Nazrin Shah dan Tuanku  Zara Salim akan mencemar duli, merasmikan hotel ini pada bulan 12 nanti.

"Pokok tu berwarna-warni macam kat i-Citylah kan"...amboi, macamlah kita pernah jejak i-City tu..

Pemandangan Sungai Kinta diwaktu pagi dari Tingkat 14, Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh.Tahun lalu, sewaktu berkursus di Ipoh juga, kami melepak di h o t e l  l a m a .

P/S Walaupun bukan aktiviti Cuti-Cuti Malaysia, hanya menyelam sambil minum air.  Ini chance Anim rehat-rehat juga, rehat dari memasak, membasuh, mengemas.Tapi..2 Abdul tu mesti tak bagi chance sebab ada pool di Tingkat 5. Tak kisahlah andainya Encik Suami tak sempat bawa kami ronda Ipoh. Anim pun nak cover banyak benda yang tak sempat buat sejak 2 minggu lalu.Lagipun Anim tahu...dia sendiri keletihan!

Artikel berkaitan:

# Rabu Yang Senyap 16: Mai rumah Pak Long lagi noo..

 

 P/S Balik dari hantar depa di airport malam tadi....kami tak balik SP, tapi "berehat" di satu tempat.

Artikel berkaitan:

Saya diajak ke Dubai!!!


Sudah hampir seminggu family mertua di Utara (3 hari di Langkawi)..Anim banyak memasak di rumah. FIL dan MIL ni tak suka makan kat luar. Masak simple je tak apa, janji ada NASI, ikan goreng, sambal, sayur cukup. Restoran Tomyam pun bukan taste depa. Last day kat SP (malam ni balik) bawa depa makan steambot depan padang golf. Nasi Goreng pun ada no..

Yang kami "risau" ni Bapak. Dia ni agak memilih makan. Tapi...lega bila Bapak kata, "Macam Yong Tau Fu"...haaaa...lega! Kat Johor, Yong Tau Fu nya memang berkuah sup..

Kemudian kami singgah rumah seorang kenalan di Cinta Sayang Resort ni sebelum pulang.

Rezeki Bapak...jumpa nasi di sini. Tak baik menolak rezeki kan tambah-tambah bila tuan rumah kata nasi yang dihidangkan dibawa terbang jauh dari Dubai. Depa baru balik makan angin di Dubai.

Dimakan pula dengan kari kepala ikan tenggiri...

Boleh bayangkan tak macamana mereka mengangkut 20kg beras basmati (RM96) ni dari Dubai? Tergelak bila depa cerita sewaktu check kastam di Penang Airport, barulah mereka sedar rupa-rupanya tak boleh bawa masuk Malaysia (lupa gaknya...beras Siam pun tak boleh bawa masuk banyak). Nasib baiklah tak berbungkus..tunjuk guni lagu ni..so bukan bermaksud nak seludup masuk. Alhamdulillah, rezeki kami juga dapat rasa, kak!!!

Rezeki dalam beg dari Dubai ni...alhamdulillah.

The best part bila kami diajak ke Dubai..Haaah...bukan taraf saya kak oiii..Bila baca cerita orang pi Dubai, takut saya kak. Kalau secawan air pun dah puluh ringgit, ampun kak...belum mampu rasanya.

Baca jawapannya..Laa, sepupu kak tinggal dan kerja di sana lah. Kita minta dia tolong cari apartmen. Kita masaklah sendiri. Kita cari penerbangan murah. Turun kat Abu Dhabi. Lepas tu kita naik bas ke Dubai.

P/S  Nampak macam senang kan?  Tapi...sesenang itukah?

Artikel berkaitan:

Gua Kelam@Perlis

Hujan masih tak berhenti. Penat meronda Wang Prachan, next destination...Gua Kelam. Sudah hampir 7@8 tahun tak ke sini..Kalau dulu..free admission, la ni dikenakan tiket. Dewasa RM1, kanak-kanak RM0.50. Tapi dek kerana kami 6 dewasa..bebudak 3 orang tu free je

Mana p semua orang? Semua sudah bergerak pantas. Seronok berjalan melalui jambatan gantung agaknya..tinggallah Encik Suami yang sudi menemankan Anim yang ralit melihat gua, melihat sungai bawah tanah yang mengalir di kaki Gua Kelam ni . Depa ni...laju semacam...

Cantikkan gua batu kapur yang terletak di bandar kecil Kaki Bukit ni..

Stop lama juga di sini.

Wah..wah..pandai dah my Abdul berposing bersama sepupunya..candid..candid. Dah teruna dia rupanya..

Penghibur kami semua.....Zakir Zafran, 11 months old...

Banyak perubahan yang dapat dilihat berbanding 7@8 tahun lalu.Bertambah cantik..

2 Abdul ni dah gian sebenarnya nak berendam, dah bawa baju extra pun...tapi tengoklah airnya selepas hujan. Macam teh susu je...frust tonggeng la....

Ni bukan Secret Garden, Hyu Bin punya maaa...

6 petang ditutup..Jom, patah balik semula ke entrance...


P/S Tak tahu mana nak p lagi kat Negeri Perlis.

Artikel berkaitan:

Wang Prachan bukan "Wang Belacan" laa

 Ghupe ambil gambar dari kenderaan bergerak...

Aduh...gara-gara entri Wang Kelian, Wang Belacan semalam...ramai kawan-kawan Utara dok message. Depa tak pernah sampai lagi. Biasa beli di Wang Kelian, Perlis sahaja. Nak seberang sempadan jauh katanya, tak larat nak mengangkut barang-barang ke kereta. Masya-Allah, rezeki kamilah yang 1st time p, gara-gara "lagak pandai"..heee.

Dan satu lagi, "Wang Belacan" ni dikenali di Utara dengan Satun (dari border ke Satun dalam 40km). Kami ni, 1st time p, dengar kakitangan imigresen (orang Siam) tu sebut "Wang Belacan"..rupa-rupanya kata seorang kawan Utara, bukan Belacan tapi "Prachan". Heee....sorry, salah dengar!! Ada jugak kawan Utara yang bertanya...betul ke murah? Depa lebih suka shopping di Padang Besar. Entahlah...cuba banding beza harga barang Anim beli ni ya..(selain dah kabo dalam entri terdahulu) . Anim mengaku tak pandai menawar harga.

Balik kampung, kenkadang bawa bekal. Tiffin 4 tingkat (RM20) dan bekas di sebelahnya (RM24) dibeli bukan faktor warna (walaupun minat pink)..

 Tertarik kerana di dalamnya stainless steel.

 Berbeza dengan Tiffin (2 tingkat) La Gourmet yang dibeli di Langkawi, RM 70.

Kuali ni RM14 je. Masa membelek kuali ni, ingat-ingat balik, mana pernah aku jumpa kuali ni. Check balik entry lama.. tadaaaa...jumpa di s i n i

 Narita King size ni RM36

Tilam 6' x 3' ni harganya RM50..

P/S Amboi...cukuplah tu. Takkan nak tunjuk semua!

Artikel berkaitan:

Sana Wang Kelian, Sini Wang Belacan...

Semalam tetamu dari Johor di bawa berjalan jauh ke Sempadan Utara. Dek kerana kami pun 1st time menjejakkan kaki di sini, diberitahu seorang kawan, kena bertolak awal ( 4 pagi) sebab payah nak cari parking.Kalau lewat,kena parking jauh.  Begitu begini, jam 10 pagi baru dapat bertolak dari Sg.Petani. 

Hujan sepanjang perjalanan. Jam 12.00 tengahari tiba dan ternampak deretan kenderaan di tepi jalan.  Nak parking mana? Ada parking area disediakan . Kesian kat MIL, FIL, dan bebudak yang ada. Tak sangguplah pulak nak berjalan kaki .Rasa-rasa dalam 800m ke depan lagi. Nekad untuk terus memandu.

Hujan pun hujanlah....kami redah jugak macam depa. Jauh bawa tetamu dari Selatan Tanahair ni..

Tiba dah Wang Kelian (Malaysia). Nak park sini ke atau ke depan lagi? Encik Suami terus memandu hingga melepasi Pos Imigresen Wang Kelian Perlis. Anim pulak naik risau. Tiba di Pos Imigresen Thailand, kami ditahan oleh seorang kakitangan imigresennya. "Mau pergi mana?". Sudah...sudah...

Bila kami memberitahu mahu ke Wang Kelian, dia menunjukkan arah bertentangan. "Sana Wang Kelian, Malaysia. Sini, Wang Belacan, Thailand".

Haaaa....tunjuk pandai sangat!! Ok..Ok...sorry...sorry..(jalan selamat, minta maaflah) sambil tunjuk sign nak reversed masuk Malaysia. Tapi...sempat lagi tu merayu. "Saya parking sini boleh?". Syukurlah...dia mengangguk membenarkan. Yahoooo.....

Kami parked 2 kenderaan kami dekat dengan border. Sebelah Malaysia, Wang Kelian. Masuk Thailand, Wang Belacan...ooooo..baru tau! Hari Sabtu dan Ahad sahaja border dibuka untuk kita masuk membeli belah tanpa perlu tunjuk passport. Tapi kena ingat, border ditutup jam 6.00 petang.

Orang tak ramai...hujanlah katakan. Tapi ronda tetap ronda. Apa nak susah...payung kan ada! Dek kerana murahnya barangan di Wang Belacan ( peniaga Muslimnya dari Satun) ramai kaum perempuan rambang mata shopping. Tapi...bukan semua orang perempuan rambang mata tau....

Si dia berkenaan dengan bakul besar yang berharga RM10 ini. Note:Kat sini boleh guna duit Malaysi. Peniaganya boleh faham Bahasa Melayu sikit-sikit.

Dia berkenan pula dengan alas kaki. "Murah ni, selalu beli RM18, kat sini RM9 aja"

Dibelek-beleknya pulak toto..."Yang ada tu tak cukup. Manalah tahu ada ramai tetamu mai rumah kita"... Belilah...belilah..

Kelambu pun berkenan jugak. Maklumlah saiz besar cuma RM18 saja katanya.

Next, beras Siam. Beras cantik, tak campur beras pecah, hancur dan hanya RM 2.50 sekg. Setakat 10 kilo...tak de masalah nak bawa keluar. Anim?? Kita tolong pegang payunglah (nanti hilang..hee)

MIL and Fiza, my biras cukup "geram"...macam2 nak diborong bawa balik, kuali dan periuk besar cap buaya ( kenduri) yang berganda2 beza harganya di Johor. Apakandaya...takkan nak angkut balik dalam Air Asia nanti.

My adik ipar kata , lain kali kita datang bawak lori ....

UPDATE : Wang Prachan bukannya Wang Belacan..heee

P/S Panjangnya n3,lupa diri! Mentang-mentanglah dah boleh upload gambar..

Artikel berkaitan: