Home · About Me · Sitemap ·

Sepetang di Kinta Riverfront

Sebelum kuar dinner di R e s t o r a n  N a s i  P a d a n g  S i m p a n g  3, ambil angin petang di depan hotel. Cantik dan bersih kawasan riverfront ni. Tak sibuk dan tenang . Pagi-pagi boleh nampak orang jogging dan memancing. Berbanding dengan hotel di tengah bandar Ipoh yang sibuk dengan kenderaan dan manusia ke hulu ke hilir. Tapi, nak makan dan beli-belah payahlah sikit. Hotel barulah katakan..(semua main touch screen)

Nak suruh Encik Suami tinggal kereta semasa dia berkursus, kita pulak tak yakin nak memandu. Ipoh ni bandar jalan sehala. Kalau dah tersesat, nak U-Turn punyalah payah. Papan tanda jalan tak banyak membantu. Kalau dah Encik Suami pun pening nak balik semula ke hotel selesai kursus kalau silap jalan, inikan pulak Anim yang mai sekali sekala. Sudahnya...lunch kami..room servicelah!

Mungkin dalam beberapa bulan lagi, tak ada masalah nak cari makan. Nampak  deretan gerai yang masih belum siap di tepi Kinta Riverfront ni.

Jambatan mini merintangi Sungai Kinta. Kalau lihat di s i n i, ada 6 jambatan mini di sepanjang Kinta Riverfront. Entahle..dari Tingkat 14 bilik kami, terpandang 2 sahaja  dengan bentuk berlainan.

Tak larat nak jalan ke jambatan yang satu lagi. Masing-masing dah lapar nasi!

P/S Suka tengok jambatan..

Artikel berkaitan:

15 Komen untuk "Sepetang di Kinta Riverfront"

  1. apa nama hotel tu kak? unik & menarik juga tmpat ni..siap ada jambatan lg tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kinta riverfront hotel & suites kat bandar ipoh. jambatan mini di situ..kaler merah semuanya..

      Padam
  2. dah lama sgt bunda tak gi kebandar Ipoh...sempat 1 thun sekolah kat sri kepayang sec school thn 70an dulu..sekarang dah mmbangun betul..

    BalasPadam
    Balasan
    1. payah nak parking lah kak. jalan sehala. tu malas nak ronda2 malam..pusing2 cari kedai walhal nampak depan mata (tak leh u-turn)

      Padam
  3. kat area mana ni? lama dah tak jejak ipoh lepas habis study dulu...ipoh sekarang dah tak macam ipoh dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ipoh mali tak macam la..kinta riverfront ni kat bandar ipoh. yg nyata, ipoh bertambah bersih..boleh dipuji!

      Padam
  4. Anim macam kakak kalau tempat baru nak driving bimbang tak jumpa jalan balik. GPS tak ada macam inilah.

    Makan room service pun ok tapi mesti mahallah sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. GPS ada kak tapi tak reti guna. tu pun suruh si Abdul godek2 GPS, belum pandai2 lagi (mak ayah dia lagi OUT!)

      p/s room service, makan nasi goreng 3 pinggan (tanpa air) sama dengan dinner kat nasi padang ber4..nak buat camne!

      Padam
  5. wah ada pokok ala2 kat icty kat situ ye

    BalasPadam
  6. dulu tempat akak jogging sungai kintatu.. pergi ronda sampai taman seenivasagamtu.. memang best sesangat...
    ala ridnu nak balik ipoh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau jogging kat sini, memang bestlah zila..ada laluan disediakan.

      Padam
  7. kak.. saye baru nak pergi bulan depan.. inshaAllah..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai