Alkisah, selepas check out dan lunch Nasi Arab di Restoran Yemen, 2 Abdul bertanyakan hala seterusnya. Bila diberitahu Encik Suami yang kereta yang dipandu menuju arah Utara, riuh rendahlah suara mereka.."Dah janji semalam..Nak balik kampung..Tak nak balik Kedah.."
Pada perancangan awal, selepas check out, kami akan berangkat ke pondok kecil kami di Shah Alam. Toto, bantal, tilam yang dibeli di Wang Prachan pun dah angkut sekali. Konon-konon nak bermalam di situ (1st time). Tau ajalah kalau ada Persidangan UMNO ni, bukan hotel kat KL je penuh..sampai Shah Alam sekali no vacancy. Kemudian kami plan, jalan malam di i-City. Next day, ambik Nenek (my mum) yang ada di Bangi, bawa jalan MAHA di Serdang dan pujuk dia ikut kami balik SP on Saturday. Cantikkan plan?
Namun manusia hanya mampu merancang. My mum dah ambil tiket bas balik Kluang, Jumaat. Ada kenduri kahwin jiran belakang rumah. Takkan mak tak pergi katanya. So, kami cancelled plan. Balik SP semula. Ooooo...depa masih tak terima alasan itu. "Hantar kitaorang balik kampunglah macam tu". Amboi, hangpa ingat Kluang, Kota Tinggi tu dekat ke nak oii? Tak pelah, nanti kita singgah Changkat Jering, cari durian kampung, lepas tu kita p makan Mee Udang Kuala Sepetang. Senyap sekejaplah depa ber2 tu.
Namun sekali lagi, manusia hanya mampu merancang. Tiba di Sg.Perak untuk solat jamak, terpandang timbunan durian di sana sini. Musim durianlah katakan. Si penjual bagi test rasa pengunjung lalu lalang.
4 biji RM10, murah giler durian kampung K.Kangsar. 2 Abdul angguk kepala tanda mahu bila ditanya. Biarlah depa makan, kecik je pun buahnya. Kita pun nak cari durian kat Changkat Jering nanti.
1, 2, 3 buah durian yang dikopek terpaksa ditolak tepi. Ada yang keras, ada yang tak ada rasa. Masuk buah ke 4,5,6 barulah okay. Dapat juga buah yang pahit (kesukaanku!) untuk dimakan..
Merungut juga si penjual.."Pagi tadi buah ok kak. Kuning, besar, ramai orang makan tadi kat sini".
"Dah ini rezeki kami hari ni, dik. Nak kata apa"..Iyalah, 4 biji cuma RM10, lainlah sebiji RM10, barulah boleh komplen. Makan ajalah apa yang ada.
"Aiik, dah lebih dari 8 biji kami makan ni"...Takpelah kak, yang lain saya bagi je.
Alhamdulillah, perjalanan kami begitu lancar dan tenang. Hajat nak singgah Changkat Jering dan menikmati Mee Udang Kuala Sepetang pun kami cancelled kerana 2 Abdul sudah tertidur kekenyangan dibelakang keranamu, DURIAN..
P/S Yang best, bangun tidur depa dah lupa Mee Udang K.Sepetang dan tak sebut lagi nak balik kampung...yeaaaaahhhhhh....
wah durian sedap! harga murah! best tuu...
BalasPadamjelaous tau bila entry ita asyik cerita fasal durian crepe..kak tak pernah rasa lagi..
Padammurahnya durian...moga murah rezeki pada peniaga durian tu jugak.
BalasPadamhaah..kalau kat kampung, 50sen sekilo katanya...
Padamp/s mudah2an, amin. dia susah hati sebab kami tak dapat seumph durian waktu pagi
Kenyang perut... suka hati! durian oh durian... I miss you...
BalasPadamhaha...lepas tu tidur mati!
Padamp/s doha tak de deroyan ke?