Home · About Me · Sitemap ·

Ramadhan.....ketibaanmu dinantikan



~KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN RAMADHAN~
  • Bulan agung yang dpenuhi pelbagai jenis amal ibadah ~ puasa, tarawih, sedekah, iktikaf, doa, munajat, tadarus dsbnya
  • Bulan keampunan, rahmat dan keberkatan dan janji pelepasan api neraka
  • Bulan pembersihan jiwa melalui munajat, taubat, doa dsbnya serta dapat tingkatkan sifat sabar, tabah, belas kasihan dsbnya
  •  Bulan di dalamnya ada Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan
  • Bulan permulaan Al-Quran diturunkan.
  • Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup
  • Bulan syaitan diikat dan dibelenggu
  • Bulan pahala dan ibadah dilipatgandakan. Amalan sunat dikira sebagai pahala amalan fardu dan amalan fardu pahalanya digandakan sebanyak 70 kali ganda. 
~ PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADHAN ~
  • Menanti ketibaan Ramadhan dengan penuh kegembiraan serta mengharapkan agar dapat melaksanakan ibadah puasa  dan ibadah-ibadah lain sepanjang Ramadhan kali ini dengan lebih baik dan diterima oleh Allah SWT
  • Mengulangkaji semula ilmu berkaitan dengan puasa ~ rukun, syarat, sunnah, adab-adab dan hikmah ibadah puasa supaya ibadat ini dapat dilakukan dengan sempurna
  • Menguatkan azam dan kesungguhan untuk melaksanakannya sesempurna mungkin. Ramadhanlah bulan untuk kita memperbanyakkan amalan, membersihkan diri dari sefgala noda dan dosa serta menghias diri dengan sifat yang mulia
  • Memperbanyakkan doa
  • Berazam menghapuskan adat kebiasaan yang bertentangan dengan Islam ~ membazir dalam membeli juadah berbuka puasa, lalai dengan aktiviti yang sia-sia dsbnya
  • Meningkatkan kesungguhan beramal dengan berterusan supaya dapat menjaga dan memelihara benih-benih amalan yang telah disemai dan disuburkan pada bulan Ramadhan supaya tidak cacat dan rosak dan terus diamalkan pada bulan berikutnya.
~ Risalah Ramadhan 1432H/2011, Unit Dakwah & Surau SK Simpor~

P/S Semoga Ramadhan kali ini kita tidak rugi lagi, lebih bermakna dan mendapat keberkatan.

Artikel berkaitan:

Kesian kat depa tuuuu....

Mak kata...11 ekor cucu kami ni bagilah nama adik-beradik Anim (kami pun 11 beradik..hihi)

Pagi-pagi sebelum p kerja (Anim dan anak-anak bercuti) Encik Suami dah beri amanat:

"Ummi...hari ni masak ya..(amboi...sah memang spesis tak rajin ke dapur nih). Kesian depa kat belakang tu....lama tak makan sedap!!!

Tulah payahnya bila lahir ke dunia, buka mata dah jumpa nasi....11 cucu ni bila bagi dedak, bagi jagung...buat tak tahu saja.
Kalau lempar sisa nasi, sisa-sisa lauk.....berebut-rebut dan tak berhenti-henti mematuk.
Hingga ke satu tahap....Nenek terpaksa mengalah, tak membeli lagi santan segera. Kena beli kelapa parut....perah sendiri weii. Hampas kelapa tu boleh jadi makanan depa!!!!
Beli kangkung, beli bayam.....dok biar akar sayur tak berpotong. Akar dan batang sayur tu pun depa bedal.

Si bujang....

Si bujang kuat makan ni pulak dah pandai berkokok. Selalu kena kejar ngan Mak Itik sebab kacau anak-anak itik makan . Eksyen sekarang....dah bujangle katakan....jalan pun mendada.
 Kalau ayam kampung dok kampung...berkokok dekat Subuh, kejut tuan rumah.
Dia ni...si bujang kampung tapi duduk taman perumahan, berkokok ikut suka. Subuh...dia tidor lagi. So, lepas syuruk sampai Dhuha dia berkokok. Kadang-kadang lepas Asar pun test suara...berkokok...lucu betul!!!!


P/S Seronok melayan keletah "cucu-cucu" setiap petang.....

Artikel berkaitan:

Bukit Bendera a.k.a Penang Hill



Akhirnya dengan bantuan "Mr.Garmin" (GPS) kami dapat menjejakkan kaki di Bukit Bendera@Penang Hill  jam 3 petang.



Ummi...kenapa Bukit Bendera tu bahasa Inggerisnya Penang Hill? Kenapa bukan Flag Hill?
Nantilah Ummi selidik...


2011....train baru. 5 minit saja masa diambil untuk naik ke atas Bukit Bendera. Pakej family 2 dewasa dan 2 kanak-kanak RM18. Janji anda warga Malaysia....jangan lupa IC!!!






Laju sangat.....sampai tak sempat nak snap gambar menarik





Tram (1923-1977) ini mengambil masa 40 minit untuk tiba ke puncak Bukit Bendera






 Tram (1977-2010) ini pula ambil masa 30 minit.



 



Sewa buggy RM30 ~ 20 minit...ronda-ronda Bukit Bendera





Cantik banglo-banglo lama Inggeris disini. Menurut pemandu buggy, kini banglo tersebut milik rakyat tempatan..dijadikan rumah persinggahan di puncak Bukit Bendera. Bestnya..
(rumah lama tak berpenghuni pun ada gak...)





Post box merah zaman kolonial British





Jambatan gantung ini sudah ditutup untuk orang awam






Mamat sorang ni memang PANTANG nampak ular....kerja membelit je...Kami semua dah geli geleman, dia relax aje!




Duduk depan sewaktu menuruni Bukit Bendera. So...dapatle tengok driver jalankan tugasnya. Rezekile dapat lihat dia mengendalikan train yang menggunakan tali ini di depan mata...









P/S Masalah parking kenderaan perlu difikirkan oleh MPPP. Kalau cuti hujung minggu pun payah cari tempat parking....apalagi musim cuti sekolah.

Artikel berkaitan:

Taman Botani@Penang

20 tahun lalu anak-anak.....Ummi boleh berhenti dan bergambar di atas jambatan ini! (Nanti cari gambar dan tunjuk kat korang....jangan jealous)
 --------------------------------------------------------------------------------
Dek kerana sekolah bercuti Ahad ini, bermakna Anim dan anak-anak 4 hari la tak sekolah. Mana nak bawa anak-anak jalan ni sebelum puasa? Nak balik kampung? Hohoho....tunggu bajet raya lah. Kita p negeri jiran paling dekatlah...Penang. (Walaupun dekat bebenor...tapi paling malas nak p...)

Hajat asal guna GPS nak ke Bukit Bendera....alih-alih ditunjukkan arah ke Taman Botani. Hmmmm...dah sampai sini, takkanlah tak turun. Lagi-lagi bila anak-anak nampak tram ni. Jomlah...ronda-ronda jap. Lama tak ke sini.....lebih 10 tahun sebelum depa ber2 ada lagi...
Tengahari buta kami di sini...ronda atas tram ajalah pusing taman. 

Entah dah generasi ke berapa nih....

Trademark Taman Botani dari dulu till now...Cannon ball tree

Carian Google

Solat Zuhor di Masjid Negeri P.Pinang....mudah-mudahan hajat ke Bukit Bendera terlaksana.
(Almaklumlah.."selalu sangat ke sini".....pening gak ngan jalan-jalan kat Penang ni...)


Artikel berkaitan:

Bubur Kacang Durian Semudah ABC


300g kacang hijau 
2 keping gula kabung dipecah-pecahkan ( tambah gula pasir kalau kurang manis)
RM2 santan pekat 
isi durian
sedikit halia ~ optional (buang angin katanya...orang kata kacang hijau berangin!)
* kalau masuk durian, emak kata tak yah letak daun pandan*

Cara:
Cuci bersih kacang hijau. Masuk dalam periuk + air biasa...lupalah nak sukat berapa ml semalam. Agak-agaklah ya.....
Bila kacang hijau dah empuk, masukkan gula kabung.
Nampak gula kabung dah mencair, masukkan isi durian dan santan pekat .


P/S Musim durian, rambutan dan cempedak tengah rancak di Kedah. Berlambak-lambak...Yang beruntung dan puas makan...pembeli. Durian Singkir A RM18 sekilo pun dah turun RM5...


Artikel berkaitan:

11 Anak Kunci Tambah Rezeki


Memberi makan kepada burung merpati ...menjadi amalan biasa sahabat India Muslim kita.

~ 11 anak kunci buka pintu rezeki yang ditulis oleh Dr.HM Tuah Iskandar dalam bukunya "Tau Tak Apa" ~
  • Tingkatkan iman dan takwa. Rezeki datangnya dari ALLAH, maka kita kena pelihara hubungan kita dengan ALLAH. Ingat!!! Rezeki bukan semesti duit. Hati senang, keluarga bahagia, sihat tubuh badan pun rezeki juga...
  • Banyakkan berdoa. 
  • Banyakkan bersedekah.
  • Buat baik kepada ibu bapa kalau mereka masih ada. Kalau dah tak ada, buat baik pada orang tua.
  • Banyakkan istighfar
  • Solat Dhuha
  • Baca surah Al-Waqiah
  • Beri makan kepada haiwan. Baik yang membela kucing, ikan, arnab mahupun ayam dan itik Sedangkan batu pun bertasbih kepada Allah SWT...inikan pula haiwan bernyawa yang kita bela atau jumpa..Part ni...boleh buat hari-hari...
  • Jangan menyeksa binatang. Yang suka membela burung dalam sangkar kecil tu...bebaskanlah.
  • Menjalinkan/memanjangkan silaturrahim.
  • Bayar zakat


Anim dan burung merpati di Trafalgar Square , kota London sedekad lalu...tapi...bergambar sajalah. Tak terhingat langsung nak beri depa makan!!!!!

P/S  Kalau tak boleh buat semua, sebahagian pun jadilah. Jangan langsung tak boleh buat....


Artikel berkaitan:

Seruan Dari Kubur.....


Pagi tadi ceramah menyambut Ramadhan diadakan oleh Panitia Pendidikan Islam SKS.Tinggal 3 hari lagi saja umat Islam akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak...so, elok bebenorlah diperingatkan balik tentang niat, syarat, hukum hakam dan sebagainya. Bukan untuk bebudak saja...kita yang tua ni pun kena gak peringat....Lepas Ustaz Zulkefli yang menyentuh mengenai bab ibadat puasa...giliran Ustaz muda lah pulak...Ustaz Akmal Hizam. Ustaz mudalah katakan.....kreatif buat slideshow. Seronoklah bebudak nih...(termasuk cikgu budak gak...)
Tertarik nak berkongsi mengenai sedikit isi ceramah Ustaz lulusan Universiti Al Azhar, Mesir ni....
---------------------------------------------------------------------
Setiap hari, kubur akan menyeru manusia sebanyak 5 kali..

"AKU RUMAH YANG GELAP"
Maka terangilah aku dengan solat malam

 
"AKU RUMAH YANG TERPENCIL"
Maka kau akan senang dengan membaca Al-Quran"


"AKU RUMAH PENUH DENGAN TANAH DAN DEBU"
Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparannya


"AKU RUMAH ULAR BERBISA"
Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya

 
"AKU RUMAH PERTANYAAN MUNKAR DAN NAKIR"
Maka banyakkanlah bacaan Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah supaya kau dapat jawapannya kepadanya


P/S Semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna....

Artikel berkaitan:

Sultan Ibrahim bin Adham


Pertama kali mendengar nama ahli sufi, Sultan Ibrahim bin Adham di kuliah Maghrib di salah sebuah surau di Sg.Petani beberapa hari lalu. Kuliah oleh Ustaz Sufi, seorang ustaz muda membawakan tajuk "Penawar Hati" yang banyak menyentuh akan kesombongan manusia. 
Siapakah Sultan Ibrahim bin Adham?
---------------------------------------------------------------------
Dia adalah raja di Balkh satu wilayah yang masuk dalam kerajaan Khurasan, menggantikan ayahnya yang baru mangkat.
Sebagaimana umumnya kehidupan para raja, Ibrahim bin Adham juga berselimutkan kemewahan. Hidup dalam istana megah berhias permata, emas, dan perak. Setiap kali keluar istana, Baginda akan di kawal oleh 80 orang pengawal. 40 orang berada di depan dan 40 orang berada di belakang, semuanya lengkap dengan pedang yang diperbuat dari besi yang berlapis emas.
-----------------------------------------------------------------------
Suatu malam, ketika terlelap tidur di istananya, tiba tiba ia dikejutkan oleh suara langkah kaki dari atas bumbung, seperti seseorang yang hendak mencuri. Ibrahim menegur orang itu, “Apa yang tengah kamu lakukan di atas sana?” Orang itu menjawab, “Aku sedang mencari untaku yang hilang.” “Apa kamu sudah gila, mencari unta di atas bumbung,” sergahnya. Namun orang itu menyanggahnya, “Tuan yang gila, kerana tuan mencari Allah di istana.” Jawapan lelaki itu membuat Ibrahim tersentak. Baginda tidak menyangka akan mendapat jawapan seperti itu. Baginda gelisah hingga tidak dapat memejamkan kedua matanya terus menerus menerawang merenungi kebenaran kata kata itu. Hinggalah apabila azan Subuh berkumandang, Baginda tetap terjaga.
------------------------------------------------------------------------------
Esok harinya, keadaannya tidak berubah. la gelisah, murung, dan sering menyendiri. la terus mencari jawapan di sebalik peristiwa malam itu.
Kerana tidak menemukan jawapan manakala kegelisahan hatinya semakin berkecamuk, Baginda mengajak perajuritnya memburu di hutan, dengan harapan beban di kepalanya sedikit berkurangan. Akan tetapi, kerana merasakan masalah itu terlalu berat baginya, sehingga tanpa disedari, Baginda dan kuda tunggangannya telah jauh terpisah dari perajuritnya jauh ke dalam hutan. Kalau saja ia tidak terjatuh bersama kudanya, mungkin ia tidak berhenti.
Ketika Baginda berusaha untuk bangun, tiba tiba seekor rusa melintas di depannya. Segera ia bangun, menghela kudanya dengan cepat sambil mengarahkan tombaknya ke tubuh buruannya. Tetapi, saat dia hendak melemparkan tombaknya, ia mendengar bisikan keras seolah memanggil dirinya, “Wahai Ibrahim, bukan untuk itu (berburu) kamu diciptakan dan bukan kepada hal itu pula kamu diperintahkan!”
Namun, Ibrahim terus berlari sambil melihat kiri kanan, tapi tak seorang pun di sana, lalu ia berucap, “Semoga Allah memberikan kutukan kepada Iblis!”
Dia pacu kembali kudanya. Namun, teguran itu tetap mendatanginya sehingga 3 kali. Lalu Baginda berhenti dan berkata, “Apakah itu sebuah peringatan dari Mu? Telah datang kepadaku sebuah peringatan dari Allah, Tuhan semesta alam. Demi Allah, seandainya Dia tidak memberikan perlindungan kepadaku saat ini, pada hari hari yang akan datang aku akan selalu berbuat durhaka kepada Nya”
--------------------------------------------------------------------------------
Setelah itu,Baginda menghampiri seorang penggembala kambing yang berada tidak jauh dari situ. Baginda meminta penggembala kambing menukar pakaiannya dengan pakaian yang Baginda kenakan. Setelah mengenakan pakaian usang itu, Baginda berangkat menuju ke Mekah untuk menyucikan dirinya. Dari situlah drama keseorangan Ibrahim bermula. Istana megah ditinggalkan dan tanpa seorang pengawal, Baginda berjalan kaki menyongsong kehidupan barunya.
------------------------------------------------------------------------------
Berbulan-bulan mengembara, Ibrahim tiba di sebuah kampung bernama Bandar Nishafur. Di sana ia tinggal di sebuah gua, menyendiri, berzikir dan memperbanyak ibadah. Hingga tidak lama kemudian, kesolehan, kezuhudan dan kesufiannya, ramai orang mengenalinya. Ramai yang mendatangi dan menawarkan bantuan kepadanya, tetapi Ibrahim selalu menolak.
Beberapa tahun kemudian, Baginda meninggalkan Bandar Nishafur, dan dalam perjalanan selanjutnya menuju Mekah, hampir di setiap kota yang Baginda singgahi terdapat kisah menarik tentang dirinya yang dapat menjadi renungan bagi kita, terutama keikhlasan dan tawaduknya.
-------------------------------------------------------------------------------
Suatu ketika, di suatu kampung, Ibrahim kehabisan bekal. Dia bertuah kerana bertemu dengan seorang kaya yang memerlukan penjaga untuk kebun delimanya yang sangat luas. Ibrahim pun diterima sebagai penjaga kebun, tanpa disedari oleh orang tersebut lelaki yang digajikannya itu adalah Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang sudah lama ia kenal namanya. Ibrahim menjalankan tugasnya dengan baik tanpa mengurangi kuantiti ibadahnya.
Pada suatu hari, pemilik kebun minta dipetikkan buah delima. Ibrahim melakukannya, tapi pemilik kebun memarahinya kerana delima yang diberikannya rasanya masam. “Apa kamu tidak boleh membezakan buah delima yang manis dan masam,” tegumya. “Aku belum pernah merasa buah-buah ini, Tuan,” jawab Ibrahim. Pemilik kebun menuduh Ibrahim berbohong. Ibrahim lantas solat di kebun itu, tapi pemilik kebun menuduhnya berbuat riak dengan solatnya. “Aku belum pernah melihat orang yang lebih riak berbanding kamu.” “Betul tuan, ini baru dosaku yang terlihat. Yang tidak, jauh lebih banyak lagi,” jawabnya. Dia pun dipecat, lalu pergi.
--------------------------------------------------------------------------
Di perjalanan, Ibrahim terjumpa seorang pemuda yang hampir mati kerana kelaparan. Buah delima tadi pun diberikannya. Sementara itu, tuannya terus mencarinya kerana belum membayar upahnya. Ketika bertemu, Ibrahim meminta agar gajinya dipotong kerana memberikan delima itu kepada orang muda yang kelaparan tadi. “Apa engkau tidak mencuri selain itu?” tanya pemilik kebun. “Demi Allah, jika orang itu tidak kebuluran, aku akan mengembalikan buah delimamu,” tegas Ibrahim.
-----------------------------------------------------------------------
Setahun kemudian, pemilik kebun mendapat pekerja baru. Dia kembali meminta dipetikkan buah delima. Tukang baru itu memberinya yang paling manis. Pemilik kebun bercerita bahawa ia pernah memiliki tukang kebun yang paling dusta kerana mengaku tak pernah merasa delimanya, memberi buah delima kepada orang yang kelaparan, minta dipotong upahnya untuk buah delima yang ia berikan kepada orang kelaparan itu. “Betapa dustanya dia,” kata pemilik kebun.
Tukang kebun yang baru lantas memberitahu, “Demi Allah, wahai majikanku. Akulah orang yang kelaparan itu. Dan tukang kebun yang engkau ceritakan itu dulunya seorang raja yang lantas meninggalkan istananya kerana zuhud.” Pemilik kebun pun menyesali tindakannya, “Celaka, aku telah mensia-siakan kekayaan yang tak pernah aku temui.”
---------------------------------------------------------------------
Menjelang kedatangannya di Kota Mekah, para pemimpin dan ulama bersama sama menunggunya. Namun tak seorang pun yang mengenali wajahnya. Ketika kafilah yang diikutinya memasuki gerbang Kota Mekah, seorang yang diutus menjemputnya bertanya kepada Ibrahim, “Apakah kamu mengenali Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang terkenal itu?”
Ibrahim balik bertanya. “Untuk apa kamu menanyakan si ahli bid’ah itu?”
----------------------------------------------------------------------------------
Mendapat jawapan yang tidak sopan seperti itu, orang tersebut lantas memukul Ibrahim, dan menyeretnya menghadap pemimpin Makkah. Saat disoal, jawaban yang keluar dari mulutnya tetap sama, “Untuk apa kalian menanyakan si ahli bid’ah itu?” Ibrahim pun disiksa kerana dia dianggap menghina seorang ulama agung. Tetapi, dalam hatinya Ibrahim bersyukur diperlakukan demikian, ia berkata, “Wahai Ibrahim, dulu waktu berkuasa kamu memperlakukan orang seperti ini. Sekarang, rasakanlah olehmu tangan-tangan pemerintah ini.”


P/S Banyak pelajaran yang boleh kita ambil dari perjalanan seorang bekas pemerintah seperti Ibrahim bin Adham..


Artikel berkaitan:

Tips Beli Al-Quran Digital Pen Reader

Keinginan untuk memiliki Al-Quran Digital Pen Reader bercambah di Kota Mekah tempohari. Kebetulan rakan jemaah yang telah membeli "berkempen" kepada rakan-rakan jemaah yang lain, "Murah...RM350 je. Kat Malaysia, saya tengok di pameran buku di PWTC, RM500," ujarnya.

Buat diri Anim ...inilah new tool (guru disebelah) yang diharapkan dapat membantu Anim memperbaiki kemahiran membaca, menghafal dan memahami makna ayat-ayat suci Al-Quran, mukjizat yang kekal hingga ke hari ini.

Malah Anim panjatkan doa dan berazam di hadapan Encik Suami di Masjidil Haram, Anim akan membaca Al-Quran setiap hari dan khatam bila pulang ke tanahair...insya-Allah

Namun bila diajukan tentang Al-Quran Pen Reader ini kepada Encik Suami, "Payah nanti...kalau ada problem macamana...kita nak hantar kat siapa? Senang beli kat Malaysia ajalah "
---------------------------------------------------------------------------
Pulang ke tanahair.....payah juga nak mencari Al-Quran Pintar ini di Sg.Petani. Anim melayari online shop di internet tapi....tak puas kerana tak berpeluang melihat kualiti kertas (Al-Quran) dan kualiti audio (pen). Harga di internet rata-rata dalam RM450.

Pernah berhenti di sebuah gerai ceramah politik yang turut menjual Al-Quran Pen Reader ni...harga??RM150 saja. Tapi....macam dah kata tadi...tiada jaminan selepas pembelian. Al-Quran Digital Pen Reader ni kebanyakkannya diperolehi dari China.

Anim pernah juga hampir-hampir nak membeli Al-Quran Pen Reader ni disebuah kedai di Tesco. Harga offer dalam RM350 sahaja tetapi....mushaf (Al-Quran) dalam bentuk tulisan hitam yang biasa. Anim yang serba jahil ni....mengaji kena guna Al-Quran colour-coded bertajwid, senang mengenal berapa harakat, idgham dan sebagainya.
---------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah...penantian 4 bulan berakhir di Kedai Buku Alim Harmony di malam Nisfu Syaaban tempohari. Menepati keinginan dan kemahuan...dapat potongan harga lagi (Di Kedai Buku Hasani, Al-Quran Digital Pen Audio yang sama....no discount).

Di antara kelebihan Al-Quran bertajwid dan Digital Audio Pen (bukan dapat percent tau....nak kongsi kelebihannya saja) oleh syarikat yang beribu pejabat di Malaysia ini (ada service after sales@customer care centre):

  • Kertas berkualiti ~ dari Jepun serta disadur emas
  • Panduan tajwid berwarna ~ senang nak kenalpasti tempat wujudnya hukum tajwid dan cara bacanya
  • 4 kad menu
  • No.muka surat dalam Arab dan Rumi
  • Daftar surah dalam bahasa Arab, Melayu dan Inggeris
  • Bacaan oleh qari-qari mashyur
  • Terjemahan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris (audio)
  • Doa Khatam Quran dalam bahasa Arab, Melayu (Jawi dan Rumi) dan Inggeris dan lain-lain

Kedua-dua Al-Quran dan Pen Digital Audio telah disahkan oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri, Malaysia (ni yang paling penting)

    P/S Semoga Allah SWT memberkati usaha hamba-hambaNya mempelajari dan memahami kitab suciNya. Amin.......


    Artikel berkaitan:

    Tetamu Pertama Di Kubur

    Carian Google

    Dia melihat jasad kakunya dimandikan dan dikapankan. Dia kemudiannya dibawa ke dalam masjid untuk disolatkan dihadapan  kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Mereka kemudian turut sama  menghantar jenazahnya ke tanah perkuburan. Dia mendengar talkin dibacakan. Kemudian...seorang demi seorang , mereka yang mengiringi jenazahnya melangkah pergi meninggalkan pusaranya.
    ----------------------------------------------------------------------------------
    Tok...tok...tok....kedengaran sesuatu mengetuk "pintu rumahnya"
    "Siapa?"...dia mengajukan soalan
     "Aku....sahabatmu!" suara itu menjawab.
    "Siapa????" dia tertanya-tanya.
    "Aku.......Al-Quran yang selalu kau baca"

    Sebelum Malaikat Munkar dan Nakir datang menemui kita....Al-Quranlah yang menziarahi kita kali pertama di kubur.

    Sumber :Ceramah agama sempena sambutan Ramadan Al-Mubarak oleh Ustaz Sofi, Sg.Petani 
    pada 21 Julai 2011 (Tq..Encik Suami)

    P/S Al-Quran, mukjizat yang kekal hingga ke hari ini

    Artikel berkaitan:

    Aneh Tapi Benar....Masya Allah


    Ni bukan cerita manusia berkepala monyet atau ular berkaki tau! Cerita pelik dan benar. Takjub dan mengkagumkan. 
    --------------------------------------------------------------------------------
     Dalam bulan Julai 2011 ini, kita akan mempunyai 5 hari Jumat, 5 hari Sabtu dan 5 hari minggu. Perkara ini terjadi setiap 823 tahun. 
    Pada tahun 2011 ini juga kita mengalami 4 tarikh yang luar biasa iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11, 11/11/11. Dan yang lebih memeranjatkan...bukan itu saja tau. Cuba ambil 2 digit terakhir dari tahun lahir anda, lalu di tambahkan dengan usia anda pada tahun ini, hasilnya 111 untuk semua orang di seluruh dunia. 
     Contoh:  68 (tahun Anim lahir) + 43 (usia tahun ini)
    Jumlah : 111
    ------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Aneh tapi Benar bukan???  Namun, ini tidak ada hubungan dengan keberuntungan seseorang...hati-hati..jangan SYIRIK!!  

    Petikan dari Kata Mutiara Islam 
    (Terima kasih kak Martuty)

    P/SKebetulan yang mengagumkan..subhanallah..

    Artikel berkaitan:

    Cerita Mekah Dari Mulut Seorang Lelaki


    Assalamualaikum wbt...

    Dia berjawatan besar di sebuah organisasi di Malaysia. Namun menurutnya, Islamnya hanyalah 80%.   Kerana tugasnya, dia sering bermesyuarat di luar negara. Jeddah merupakan antara tempat bermesyuarat yang sering dikunjungi. Namun...hatinya tidak pula berkeinginan untuk ke Mekah.
    Sebelum ini dia tidak percaya akan tuntutan haji. Pada pandangannya, Nabi Ibrahim bertindak zalim meninggalkan Siti Hajar dan anaknya bersendirian di padang pasir semata-mata kerana cemburunya Siti Sarah terhadap Siti Hajar, si hamba sahaya berkulit hitam. Nabi Ibrahim juga dianggap kejam kerana sanggup menyembelih anaknya, Nabi Ismail.

    Pada suatu hari sewaktu berada di Jeddah untuk bermesyuarat, dia hendak menunaikan solat. Puas ditinjau arah kiblat tapi tak berjumpa. Dia tekad. Dipusing-pusingkan sejadah ke atas dan dijatuhkan. dengan tekad dimana arah sejadah itu jatuh...disitulah arah kiblat. Selesai solat...dia membuka tingkap (tindakan yang tidak pernah dilakukannya selama ini).Terkejutnya dia bila melihat di antara aircondition dan tingkap...ada arah kiblat yang ditunjukkan dan TEPAT sekali dengan arah sejadahnya yang dijatuhkan tadi.

    Dia tersentak dan kemudiannya menelefon sahabatnya, Hj.Y yang berada di Mekah. Hj Y merupakan seorang alim yang juga pemandu  jemaah di Kota Mekah. Dinyatakan hajatnya untuk menunaikan umrah dengan meminta bantuan Hj.Y. Satu kelengkapan pun tak ada, ilmu tak ada...nak buat umrah pun tak tahu. Namun Hj Y menyatakan kesanggupannya untuk membantu. Hj Y lah yang membantunya mencari kelengkapan umrah dan akan menunjuk ajarnya menunaikan umrah

    Dia kemudiannya memohon cuti seminggu dari bosnya, seorang yang berpangkat Tan Sri. Bosnya mengatakan dia gila kerana tak tahu satu apa pun.....tapi nak ke Mekah. Tapi dia berkeras meminta Tan Sri tersebut meluluskan cutinya. Akhirnya Tan Sri tersebut memberitahunya, jika dia hendak menunaikan umrah...bawalah dia (Tan Sri) bersama. Maka dia ber2 dibawa oleh Hj Y menunaikan umrah. Setelah urusan tawaf, dia solat sunat di Dataran Kaabah. Sewaktu sujud, dia memohon keampunan Allah . Lama dia bersujud ..habis basah Dataran Kaabah itu dilinangi dengan airmatanya. Dia turut berdoa agar hajatnya untuk mengucup Hajarul Aswad dimakbulkan Allah SWT.

    Dia kemudian didatangi seorang lelaki Arab berbadan besar yang bertanyakan adakah dia mahu mengucup Hajarul Aswad. Lelaki Arab berbadan besar itu kemudiannya menarik tangannya dan menuju ke arah Hajarul Aswad. Jemaah seolah-olah memberi laluan untuknya dan dia ternampak anggota polis yang bertugas di kawasan Hajarul Aswad memerhatikan sahaja dirinya.Akhirnya niatnya untuk mengucup Hajarul Aswad dimakbulkan Allah.Dia kembali semula ke Dataran Kaabah. Dia bertanyakan Tan Sri samada mahu atau tidak mengucup Hajarul Aswad. Bila Tan Sri kata mahu, dia memandang wajah polis yang mengawasi kawasan Hajarul Aswad dan memberi isyarat Tan Sri mahu mengucup Hajarul Aswad. Lelaki Arab besar tadi kemudiannya menarik tangan Tan Sri ke arah ke Hajarul Aswad.

    Sebaik selesai,dia menghampiri  Hj Y yang menunggunya di Dataran Kaabah
    "Ilmu apa yang kau amalkan?"
    Terkejut mendengar pertanyaan Haji Y."Aku tak amalkan apa-apa ilmu"
    Hj.Y masih tak berpuas hati,"Kau mesti ada amalkan sesuatu"
    "Betul..aku tak amalkan apa-apa. Aku dibawa seorang lelaki Arab berbadan besar mengucup Hajarul Aswad..laluan aku senang...itu saja"
    Walaupun didesak berkali-kali oleh Hj Y, dia tetap mengatakan tiada apa-apa ilmu yang diamalkan.
    Akhirnya Hj.Y memberitahu,"Aku ternampak waktu kau menuju ke Hajarul Aswad, jemaah yang berada berhampiran bertempiaran lari ketakutan hinggakan polis yang berkawal di kawasan Hajarul Aswad tu pun melompat turun"

    Sejak itu, kehidupannya berubah 360 darjah. Dia bersara awal dari jawatannya walaupun ada ura-ura dia akan dilantik menjadi CEO ditempatnya bertugas. Kehidupan, pangkat, kemewahan dunia,harta ringgit sudah tidak memberi makna untuknya lagi. Dia menetap di kampung halamannya mengusahakan homestay, ternakan ikan talapia, dusun buah-buahan dan sebagainya. Dan bila dilihat betapa luasnya tanah yang diusahakan...terdetik dihati...."Kaya Pak Haji ni....jutawan kot" . Namun sikap humble dan kata-katanya yang menusuk kalbu..."Aku tak ada apa-apa...semua ini milik Allah. Semuanya akan aku tinggalkan. Aku cuma dapat bawa amalan, sedekah dan amal jariah saja"

    UPDATE: Ada seorang ustazah memberikan pendapat...kemungkinan "orang Arab bertubuh besar" itu ialah TAUBATnya yang diterima Allah SWT..Waalahu'alam...

    P/S Terima kasih Tuan Haji. Semoga cerita ini menjadi iktibar buat diri ini dan sesiapa juga..Beruntunglah buat mereka yang memperolehi HIDAYAH Allah SWT. Seorang imam belum pasti akan masuk syurga....seorang jahil belum tentu akan ke neraka.Sesungguhnya kita akan dinilai mengikut amalan akhir kita. Berdoalah semoga kita sentiasa mendapat rahmat Allah SWT.



    Artikel berkaitan:

    Salam Nisfu Syaaban


    Petang tadi (lebihkurang 6 petang) sewaktu berurusan untuk membeli Al Quran Digital Audio Pen di Kedai Buku Alim Harmony, Lagenda Heights...para pekerjanya sibuk mengemas dan bersiap untuk menutup kedai. "Kami tutup awal hari ni. Malam ni Nisfu Syaaban"

    Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban iaitu siangnya 14 Syaaban. Sejak Maghrib tadi, kebanyakan masjid-masjid di Sg.Petani dipenuhi jemaah yang mengikuti majlis ilmu yang diadakan sempena malam Nisfu Syaaban ini. Seronok tinggal di Kedah, majlis ilmu kerap diadakan di masjid-masjid dan jemaah wanita tidak ketinggalan turut sama.

    Di Masjid Taman Keladi malam tadi, ruang masjid dipenuhi oleh jemaah yang mengikuti majlis ilmu Ustaz Shahul Hamid.

    Antara intipati majlis ilmu di Masjid Taman Keladi:
    1) Amalan membaca 3 kali surah Yassin. ~ Tiada dalam hadis berapa kali bacaan yasin di malam Nisfu Syaaban. Terpulang pada individu. Seribu kali pun boleh...tak baca pun tak apa.
    2) Niat puasa sunat Nisfu Syaaban malam ini. Tak nak puasa pun tak ada masalah!
    3) Doa Nisfu Syaaban 
    4) Bersedeqah
    5) Doa dan mintalah apa sahaja kerana menurut Imam Syafie terdapat 5 malam yang doa akan dimakbulkan:
    • Malam Jumaat
    • Malam Nisfu Syaaban
    • Malam 2 Hari Raya (AidilFitri dan Aidil Adha)
    • Malam Lailatul Qadar

     P/S Lewat sikit tiba. Majlis ilmu dah separuh jalan

    Artikel berkaitan:

    Kg.Lindungan Raja@Sedim

    Tertarik dengan nama kampung ini on the way balik ke Sg.Petani. Singgah berhenti disebuah rumah kampung berlangsir kuning di tepi jalan.
    ---------------------------------------------------------------------------
    Rumah lindungan raja yang telah diubahsuai pada 1985-1986 ini asalnya rumah milik Tn.Hj.Mohd Yassin b. Abd Mutalib,bekas Penghulu Mukim Sedim yang dibina pada 1353H bersamaan 1934M. Rumah ini telah dipilih oleh YTM Tunku Abd Rahman (ketika itu menjadi Pegawai Daerah Kulim) untuk DYMM Almarhum Sultan Abd Hamid Halim Shah bersemayam sewaktu berlindung tatkala Perang Dunia ke2 meletus pada  Disember 1941. Kerabat lain yang ada bersama termasuklah DYMM Tunku Abd Halim Muadzam Shah yang ketika itu berusia 14 tahun.

     Atas pengorbanan penduduk Kg.Sedim melindungi Tuanku Sultan dan kerabat diraja yang lain, rumah ini dinamakan Rumah Lindungan Raja dan kampung Sedim telah diisytiharkan sebagai Kampung Lindungan Raja sejak 12  Januari 1962

    Menurut anak-anak penduduk yang kebetulan sedang bermain "batu seremban" di wakaf berhampiran...rumah ini sentiasa dibuka untuk orangramai. So, Anim ambil peluang tinjau apa ada di dalamnya. Selain tempat beradu serba kuning ini...terdapat banyak info dan gambar-gambar berkenaan Peristiwa Sedim 1941 ini.

    Terima kasih buat anak-anak perempuan kampung ini yang sudi jadi "pemandu pelancong" kami.

    P/S Rasa-rasanya ramai geng Kedah kat sekolah Anim...tak pernah sampai sini

    Artikel berkaitan:

    River crossing@Sg.Sedim





    Siap sedia untuk next aktiviti selepas tea break. Si Abdul sulung ni memang pantang jumpa air....

      


    Tak sabar-sabar dia nak cross river. Walaupun arus agak deras (lepas hujan) dan kawasan tengah di antara 2 tali tu dalam...dengan prosedur keselamatan, jaket serta cangkuk yang digunakan...Anim lepaskan dia dengan yakin







    Syabas anakanda.....






    Haa... tercapai hajat EncikSuami nak sambut birthday di tempat SEJUK. Sejuk menggigil lagi...




    Jangan ingat Anim nak duduk diam tengok si Abdul dan Encik Suami dalam air...
    Cross jangan tak cross........





    Si Abdul kecil yang kecut hati....mandi manda je..siram-siram air...
    Ikutlah nak..janji bahagia..






    Lain kali leh try aktiviti anak-anak muda ni....thrill betul!!







    P/S Air Sungai Sedim fresh sangat2....menyegarkan tubuh badan...

    Artikel berkaitan:

    Paintball@Sg.Sedim

    Carian google


    Ke Paintball Station pulak. Demonstrasi penggunaan marker (senapang le kata kita) dan pallets (kita kata peluru) oleh marshall.

    Untuk anak-anak...hangpa main tembak-tembak jugaklah ya...

    Seronoklah si Abdul dapat beraksi dengan "senapang"real

    Bagi chance Ummi join team abah. Bila lagi nak sarung mask, chest protector, pegang marker...guna pallets...nak main perang-perang nih! Dulu Ummi main gak dengan pakcik-pakcik hangpa (almaklum, Anim ada 7 adik lelaki) tapi kami guna senapang pelepah pisang...bunyi senapang pun guna mulut sendiri...peng..peng..peng..aahhh...lucu bila diingat-ingat

    Bermain "perang-perang" dalam hujan....macam combat pulak. Combat orang-orang tua...tak ada siapa snap gambar . Rata-rata pemain semua amatur. Tak ada satu team pun yang dapat ambil bendera. So, tak tau mana menang mana kalah. Game selesai sebab habis pallets dan habis masa.

    Abis camno???Semua tak nak "mati" kena tembak. Anim pun naik syeh...almaklumlah...kita maklum takkanlah depa sanggup tembak orang perempuan kan? Lagipun dengar2 first target depa untuk ditembak ialah my Encik Suami..kehkehkeh...

    P/S  Lepas tea break, sambung satu lagi aktiviti

    Artikel berkaitan: