Tertarik dengan nama kampung ini on the way balik ke Sg.Petani. Singgah berhenti disebuah rumah kampung berlangsir kuning di tepi jalan.
---------------------------------------------------------------------------
Rumah lindungan raja yang telah diubahsuai pada 1985-1986 ini asalnya rumah milik Tn.Hj.Mohd Yassin b. Abd Mutalib,bekas Penghulu Mukim Sedim yang dibina pada 1353H bersamaan 1934M. Rumah ini telah dipilih oleh YTM Tunku Abd Rahman (ketika itu menjadi Pegawai Daerah Kulim) untuk DYMM Almarhum Sultan Abd Hamid Halim Shah bersemayam sewaktu berlindung tatkala Perang Dunia ke2 meletus pada Disember 1941. Kerabat lain yang ada bersama termasuklah DYMM Tunku Abd Halim Muadzam Shah yang ketika itu berusia 14 tahun.

Atas pengorbanan penduduk Kg.Sedim melindungi Tuanku Sultan dan kerabat diraja yang lain, rumah ini dinamakan Rumah Lindungan Raja dan kampung Sedim telah diisytiharkan sebagai Kampung Lindungan Raja sejak 12 Januari 1962
Menurut anak-anak penduduk yang kebetulan sedang bermain "batu seremban" di wakaf berhampiran...rumah ini sentiasa dibuka untuk orangramai. So, Anim ambil peluang tinjau apa ada di dalamnya. Selain tempat beradu serba kuning ini...terdapat banyak info dan gambar-gambar berkenaan Peristiwa Sedim 1941 ini.
Terima kasih buat anak-anak perempuan kampung ini yang sudi jadi "pemandu pelancong" kami.
P/S Rasa-rasanya ramai geng Kedah kat sekolah Anim...tak pernah sampai sini
ramai orang tak tau kewujudan rumah ni
BalasPadamorang kedah sendiri tak pernah jejak kan? huhu...biasalah tu.
Padamsalam, nak tanya, awak ada kenal tak sapa-sapa orang kampung sini. sy nak minta tolong carikan sahbat lama saya. tanya2 saja. dah 4 tahun mencari
BalasPadamminta maaf..saya hanya musafir
Padamrumah bapa dan emak saya disebelah kiri rumah raja ni. saya membesar di sini.
Padamminta maaf saya mencelah no,ammar farhan boleh saya tahu siapakah sahabat anda tu...saya ni orang kampung tu...kalau2 saya boleh bantu ammar...boleh hubungi saya ditalian 017-5051038.
BalasPadamDi sana tertumpah sebuah cerita,
BalasPadamDi sini tertadahnya muara cinta..
Asslamualaikum, saya merupakan calon PT3 yang sekarang sedang mencari maklumat tentang sejarah bangunan di kawasan tempat saya untuk kerja khusus Sejarah tahun 2016. Saya minta izin untuk menggunakan post ini sebagai sumber rujukan kerja khusus ini atas dasar perbandingan keadaan rumah ini pada masa lama dan masa sesama. Saya akan turut menyatakan link post ini supaya tiada kes plagiat dikenakan.
BalasPadamsama laa ngn aku calon pt3 taun ni sedang mencari maklumat untuk kerja khusus ramai yang xtau kewujudan rumah nii walaupon orang kulim
PadamMacam mana saya nak tahu tentang Rumah ini dengan lebih lanjut untuk assignment sejarah says?
BalasPadamTolong balas!!TQ.