Home · About Me · Sitemap ·

Cerita makan part 2

Apakah kriteria yg selalu kita gunapakai kalau nak makan di luar? Cantik...bersih...orang ramai ..atau kawan rekomen?? Kadang2 gerai tepi jalan..bawah pokok ...ramai orang ramai makan atau beratur bungkus bawa balik setiap hari. Restoran2 besar, cantik interior luaran dan dalaman...sepi saja. Hujung minggu saja nampak penuh.. Geram juga bila gerai2 bawah pokok kenakan bil yg tinggi. Tambah geram bila order teh o panas...disuakannya dalam gelas plastik. Ada pinggan melamine yg digunakan, kadang2 dah tak nampak putih dah...dah jadi kuning bekas kunyit atau lada boh.

Bukan nak perlekeh kedai2 macamni..tapi perkhidmatan yg diberi perlu setimpal dengan khidmat yang dibayar. Itu baru pinggan...belum meja, kerusi, alas meja dan lampu yg malap. Bukan murah bila makan kat gerai2 yg tumbuh macam cendawan ni...paling tidak 4 keping kertas merah gambar YDP Agung pertama keluar dari kocek.
-------------------------------------------------------------------------------
Anim pernah mengunjungi sebuah restoran hebat di SP. Tengok hiasan luaran dan dalaman memang hebat. Nama pun gah. Pelayan punya dressing pun ada class. Tapi bila part makan...guna pinggan melamine. Alamak...kalau Anim jadi juri pertandingan, yang lain dh dapat full mark 10, tiba tang pinggan, jatuh 4, silap2 tinggal 2 markah. Ada satu restoran baru yang Anim jumpa masa  JJCM malam Ahad lepas. Kalau nak diikutkan, tak besar mana pun ruang restoran ini. Tapi.....

Dari luar dah nampak kelainannya. Macam suasana kat rumahlah. Tengoklah silingnya.
 Meja makannya berkilat...memancar-mancar.
Baru best pekena teh o panas dalam cawan ini...
Tengok garnishing dan pinggan hidangan...adooii....dah menang kat mata nih
Rasa pun sedap...Harap2 chef tak "lari" tempat lain

P/S  Terkejut tengok bil...lebihkurang gerai tomyam di BPJ tapi "penampilan " jauh berbeza. Tepuk dada, tanya selera.

UPDATE : Restoran ini sudah ditutup..

Artikel berkaitan:

Bubur lambuk Bario

 Lama tak makan bubur lambuk. Payah nak cari..kena tunggu bulan posa. Buat sendirilah...guna beras bario yg dibawa jauh dari Sarawak. Tu sebab nama jadi Bubur Lambuk Bario. 
Berasnya pendek berbanding beras biasa.

Bahan utama : daging. Untuk 3 pot (plastik) beras, 300-500g daging cukuplahMasukkan beras dan daging dalam pot. Penuhkan air. Set "AUTO"..lepas ni leh tinggal p market. (Orang Kedah tak kata pasar).
Nak p cari bahan2 lain utk bubur lambuk ini.

Bahan-bahan Bubur Lambuk Bario (versi dapur Anim)
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • sedikit lada hitam
  • sesudu udang kering (optional)
  • sedikit jintan putih
Semua bahan di atas ditumbuk@dikisar ~jangan letak air banyak sangat. Kemudian di"tumis darat" ..istilah utk teknik menumis kemudian di tapis minyaknya. Ketepikan. Anim suka buat cara tumis darat ni. Masakan kita jadi kurang berminyak.
  • 1@2 btg lobak, ikut saiz dipotong dadu
  • kangkung, dibersihkan (optional) ~ 2 Abdul suka
  • 10 ekor udang basah ~ dibuang kulit dan digoreng sekejap. Ketepikan
  • RM1 santan.
  • daun sup/daun bawang
  • bawang goreng
Bila daging tu dah hampir-hampir lembut,beras pun dah nampak nak jadi bubur masukkan bahan kisar yang sudah ditumis darat tadi. Masukkan lobak dahulu. Rasalah garamnya . Kemudian masukkan santan dan udang yang digoreng sekejap tadi. Last sekali dah ok rasa....dah 98% hampir selesai...barulah masukkan kangkung. Taburkan daun sup. daun bawang dan bawang goreng.



Artikel berkaitan:

Nurlaila Seafood@Danok


Selepas keluar dari Muzium Padi, Encik Suami mengajak kami makan di Danok. Makan Tomyam katanya.Masuk sempadan???? Patutlah sebelum bertolak pagi tadi Endik Suami dah berpesan,
"Bawa passport sekali.. manalah tahu kita seberang sempadan.Bukan jauh sangat pun Changloon dengan Danok tu".

 Park kereta di The Zon  Duty Free,  Bukit Kayu Hitam. Cari kereta sewa, pemandunya orang Siam.(orang Utara tak kata org Thai). Mereka tolong isi borang. RM20 pergi balik ke Danok. 

 Pening dah kepala melihat menu. Nampak menu "ikan puyu"..nampak macam best.Pelayan pun bukan faham sangat Bahasa Melayu. Menu? Encik Suami yang order sebab dia dah 2 kali makan di sini.
 Puyu goreng (sebelah gelas jus epal tu..) Sebesar telapak tangan. Ish, tak pernah jumpa puyu sebesar itu.Takat besar sikit dr ibu jari....biasalah. Digoreng garing dan rangup.

 
Siakap asam pedas kesum (ada rebung di dalamnya)... pedas, tapi sedap

Ayam goreng kunyit. Dihiris nipis dan garing.

Tomyam.....pekat dan pedas

 
Ulam & sambal belacan ~ free

Dah siap makan, telefon je pemandu kereta sewa tadi. Tak sampai 15 minit dah muncul depan kedai. Pihak kastam pun dah arif sangat agaknya bila kereta kami berhenti di pemeriksaan kastam dan beritahu kami tak ada beli apa-apa. Soalan depa, "P makan ke Cik?".

P/S Bila tengok banyak kereta Malaysia dan org2 Malaysia makan di restoran2 di Danok (kita boleh kenal dari penampilan mereka), nampak sangat bukan kami saja p sempadan cuma nak makan tomyam. Oranglain dah lama buat...Anim saja baru langkah pertama...


Artikel berkaitan:

Muzium Padi@Kedah

Hujung minggu, banyak rombongan murid sekolah dan tadika melawat muzium.Dibuka setiap hari
Replika pesawah dan kerbaunya yg membajak sawah menyambut kami berdekatan pintu masuk
Dewasa RM3, kanak-kanak RM1. Kamera@handphone berkamera RM2.
Terus naik ke aras 3. Ada sesuatu yg menunggu kami di sana...
Panorama dalam bentuk landskap dan mural dipertontonkan sambil duduk di kerusi yang berpusing membawa pengunjung menikmati seluruh pemandangan. Aduh...mengasyikkan..
 Muralnya "hidup"...memang nampak real. Tahniah!!!
Aras 2. Boleh kenal jenis2 padi dari negara2 lain
Aras 1. Alatan penanaman dan pemprosesan padi dari dulu hingga sekarang
Part ni yg buat kami anak beranak tak berhenti gelak..

P/S Ianya satu-satunya muzium padi di Malaysia. Sesuai untuk tambah pengetahuan.


Artikel berkaitan:

Oma & Mr.Bean


Siapa yg tak minat Mr.Bean? Anim pun tumpang sekaki bergelak ketawa.Seronok sebenarnya tengok kartun Mr.Bean .Hati marah jadi sejuk.Terlupa sekejap tekanan dan masalah. Ntah mengapa sewaktu duduk2 sambil menemankan 2 Abdul menonton  Mr.Bean ( the animated series), terpandang watak tuan rumah Mr.Bean yang tinggal sekali bersamanya.

Tuan rumah Mr.Bean yang garang dan bertongkat bersama kucingnya, mengingatkan Anim kepada Oma (nenek) di Fulda, Jerman. Anim dan Encik Suami tinggal di tingkat atas rumahnya. Dia berdua bersama suaminya, Oba (datuk) di tingkat bawah.

Tuan rumah Anim di Fulda Hammerz, Germany, 10 tahun yang lalu. Waktu ini dia berusia 75 tahun. Ada persamaan dengan tuan rumah Mr.Bean kan?...tua orangnya. Oma pun dah tak larat jalan jauh. Dia tak bertongkat tetapi pergerakannya perlahan. 

Kucing Oma yg diberi nama Chessy. Badannya yang montel menyebabkan dia agak malas dan kurang aktif. Makanannya..daging. Mana tak montel..Samakan macam tuan rumah Mr.Bean?...bela kucing

Setiap hari dia akan naik ke tingkat atas, membersihkan bilik air, mengutip sampah di dapur, memerhatikan Anim memasak( rutin harian sebelum menaiki bas jam 3 petang utk bertemu Encik Suami di pekan Fulda), mencuba masakan Anim . Setiap kali naik atau masuk bilik Anim (kalau Anim tidur) dia tak akan ketuk pintu dulu. Main terjah saja.  Samakan dengan tuan rumah Mr.Bean? Selalu check apa yg Mr.Bean buat dibiliknya.

Kami berbual persis "ayam dan itik"..sorang tak tahu cakap Jerman, sorang tak tahu cakap Inggeris..tapi pelik, kami saling faham memahami. Cuma yg membezakan tuan rumah Mr.Bean dan tuan rumah Anim ialah....Oma ni penyayang orangnya. Puaslah Anim kena peluk..kena cium..Rindunya dengan pelukan erat Oma..

Satu sahaja perbezaannya kerana Oma masih ada pasangan.Setiap hujung minggu, Oma dan Oba akan memanggil kami minum kopi di tingkat bawah bersamanya.Oba, bekas tentera Jerman perang Dunia II yg boleh berbahasa Inggeris akan bercerita tentang kisahnya dan peperangan yang dilaluinya.Setiap minggu juga kami berpeluang menikmati hidangan kek yg berbeza. Oma memang pandai buat kek. Sedapnya kek Orange Marmalade, air tangan Oma.

Berita yg kami perolehi, Oba khabarnya telah meninggal dunia 5 tahun lalu. Sekarang Oma memang tak ubah spt tuan rumah Mr.Bean.


P/S ~ Kenangan yang tidak dapat dilupakan...tinggal menyewa di rumah pasangan Mr.& Mrs. Ruppel di Fulda Hammerz,sebuah kawasan perkampungan yang mengambil masa 1 jam 15 min perjalanan dengan keretapi dari Frankfurt, Germany.

Artikel berkaitan:

Bakal menjadi korban

Anim ada bercerita mengenai "security guards" yg Encik Suami pelihara di sini. Dah besar sekarang ke empat2 ekor anaknya. Makin kecil pula rasanya kawasan mereka...dah sama saiz dengan mak dan bapak nya. Kuat makan pulak. Sekarang, tak ada istilah membazir bagi Anim. Nasi sejuk...makanan favourite no.1 mereka. Apa saja habis dibedal. Sayur kangkung , sawi (batang dah tak pernah masuk dlm hidangan kami), kubis, roti... pendekata tak memilih makan. Kalau dedak..alamat dijelingnya sahaja.

  Payah nak cam mana ayah, mana anak

Sebelum ini ada rakan yang nak membeli 2 ekor anak angsa tersebut tetapi bila memikirkan siapa yg nak beri makan kalau dia tak ada di rumah...dia membatalkan hasratnya. Kami memang ada orang yg boleh diharapkan jika tiada di rumah berhari-hari. Encik Suami ada bertanyakan kedai yg menjual haiwan di sekitar SP..boleh tahan juga harganya..RM80 seekor ditawarkan  Hahaha..boleh buat duit jugakan? Anak-anak melenting bila dapat tahu kawan2 mereka ini nak dijual.. Tergendala jugalah hasrat buat sementara waktu.

Bagaimanapun dalam sehari dua ini, Encik Suami menyebut lagi hasratnya. Kali ini bukan berhasrat untuk dijual..tapi untuk dikorbankan. Dia berhasrat untuk menjamu staf2 di ofisnya sempena hari lahirnya bulan depan.  Memang begitulah gayanya setiap kali hari lahirnya tiba. Semua anak buahnya dijamu. Kalau tahun lepas, sekadar mee & mihun goreng serta kek...tahun ni, wah meriah nampak???  

Buat Anim..tak menjadi masalah. Dah 6 ekor payah nak bela. Nak dikorbankan ayah dan emak, takut liat pula dagingnya. Si emak angsa pun dah nampak "kegarangannya". Kalau dilempar makanan, mahu dipatuk anak2nya jika mereka berebut2 haknya. Begitu juga mandi time. "Marah" dia bila giliran dia mandi...anak2 dok mengacau. Tapi si bapa angsa...cool sahaja. Tak marah, tak patuk masa makan time atau mandi time..Pengalaman indah yg Anim perolehi didepan mata.. Emak angsa tu dah tiba waktu nak bertelur lagi agaknya..tu sebab garang semacam...

Buat masa ini, anak2 belum tahu lagi. Bila tiba masanya nanti Anim akan terangkan alasannya kepada mereka. Dan yang pasti...bukan Anim yg memasaknya. Kena upah oranglain lah bah. Di sini tak ada masalah kerana orang Kedah ni biasa makan@masak daging itik@angsa. 

P/S  Anim tumpang rasa dan makan sajalah nanti. Jangan lupa tapau untuk kami...

Artikel berkaitan:

Asam pedas Batu Pahat

Awal cuti persekolahan lepas, Anim sempat pulang ke Johor menjenguk keluarga. Walaupun tinggal berjauhan beratus2 kilometer, jika berkesempatan pulang ke kampung...Anim akan penuhi segala aktiviti dan inilah masanya Anim JJCM  dan sudah pasti menu hidangannya tidak ada di Sg Petani. Kebetulan MIL dan Bapak ada bersama...kami bawalah mereka sekali.

Nilah tempat favourite kami...terletak di tepi Sg Batu Pahat. Walaupun kedua belah keluarga kami memang Johor jati tetapi asam pedas Bonda (Kluang) dan MIL (Kota Tinggi) berbeza dengan asam pedas Batu Pahat. Kuah dan pilihan ikan kedua2 daerah itu juga berbeza dengan asam pedas Batu Pahat. Dan secara jujurnya, tekak Anim dan Encik Suami lebih terarah ke asam pedas Batu Pahat. 

MIL

Ekor ikan merah..ni favourite Anim....

 Kuah lebih cair..boleh dihirup. Pari .....kegemaran 3 Abdul Anim 

Hidangan "regu" asam pedas. Hidangan tradisi orang Johor... tauhu+tempe goreng, potong kecil, timun, dan tauge dicurah sambal kicap.....meleleh air mata......air hidung......kepedasan

P/S Bilalah nak makan Murtabak Singapore di Jln.Muar...ish..ish

Artikel berkaitan:

Happy father's day

Happy Father's Day untuk Encik Suami. SMS kat Encik Suami ..ada sesuatu yang menyentuh perasaannya...Dia membalas dengan menaip..."Petang nanti kita keluar makan".

Gelihati baca kad yang dibuat si Abdul Sulung

Sepatutnya Encik Suami pilih tempat nak makan...alih2 dia pulak tanya pendapat 2 Abdul. Pucuk dicita ulam mendatang..Tak ada tempat lain la yang 2 Abdul suka..Western Food lah. Anim memujuk makan ikan bakar, tomyam tepi laut, udang goreng tepung...huh...tak jalan.

2 Abdul dan bapa Abdul pilih Dory Fillet With Lobster Sauce...

Anim sorang pilih Mozarella Dory Fillet Baked..kurusnya asparagus..Tau dah , jap lagi 2 Abdul pun berkenan dgn menu pilihan Anim ni...

Artikel berkaitan:

Selamat hari bapa abah

 Terasa benar "sunyinya" sambutan Hari Bapa. Kalau Hari Ibu disambut meriah..macam2 program diadakan sempena Hari Ibu. Hinggakan Anugerah Ibu Mithali pun turut diadakan.. Tapi tak pula kedengaran tokoh Bapa Mithali pulak kan? Cemburu tak agaknya para bapa? Pengorbanan bapa seperti dilupakan.Namun ada seseorang yang amat Anim agungkan jasanya. Jasa yang tidak dapat Anim balas ...yang tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

 Kalau tak kerana kegarangan dan ketegasan abah...
Anim tak sekuat Anim yg ada sekarang
Kalau tak kerana kesungguhan abah mahukan anak2nya berjaya....
Aneem bukan Anim yg ada sekarang
Kalau tak kerana abah yg mendidik Anim tanpa kemewahan....
Anim bukan diri Anim seperti sekarang..

TERIMA KASIH ABAH

HJ RAHMAT B. HJ MA'ASOM ~ 4 APRIL 1941

Artikel berkaitan:

Char Kuey Teow@Sg Dua

Masa duduk KL dulu, selalu dengar nama Sg.Dua dari kawan2 yg berasal dari Penang. Terliur bila mereka bercerita mengenai kesedapan Mee Udang dan Char Koay Teow Sg.Dua. Kalau di Batu Pahat, payah nak cari Char Kuey Teow (basah dan berkuah)...setakat ni belum jumpa yang boleh sama rasa dengan Penang punya. Kuey Teow Goreng (hitam dan kering) biasalah. 

Tak jauh bila keluar Tol Sg.Dua.. Di tepi jalan besar. "Telur Ayam Dibasuh"...mahal ayat tu..
Semua lelaki...tukang layan, tukang masak, tukang bancuh air, cashier.... 

Pukul 7 petang..masih awal lagi...masih lengang. Memang cepat order sampai

Ni lah rupa Char Koay Teow (besar) RM4 sepinggan.

Menjelang malam, makin payah cari parking dan tempat duduk. Memang ramai pengunjung.

UPDATE : Dah ada cawangan di Sg Petani.
UPDATE II : Try pekena Char Kuey Teow Permatang Pauh pulak..

P/S Pernah bawa 3 keluarga dari Johor ke mari...memang diakui sedap..

Artikel berkaitan:

Ikan bakar@ Tanjung Dawai

3 hari lepas, terima panggilan Kak Azimah, rakan setugas di Klang 10 tahun lalu dari Bandar Baru Bukit Raja, Klang. Inilah kali pertama mereka nak makan angin ke utara disamping menziarahi rumah rakan2 anaknya yg tinggal di Tikam Batu dan Alor Setar (sama2 menuntut di UITM Sarawak). Lepas tu nak teruskan perjalanan ke Padang Besar, Perlis pula.

Olehkerana rumah Anim dah macam kapal karam dek belum habis berkemas sejak pulang dari Sarawak..maka Anim bawa Kak Azimah dan familinya makan tengahari bersama. Sempat meminta mereka membuat pilihan samada nak mencuba Gulai Sembilang atau Ikan Bakar. Pantas dijawab suaminya. ."Ikan Bakar".

Kami bawa mereka ke Tanjung Dawai kerana dari situ mereka boleh meneruskan perjalanan ke Alor Setar mengikut jalan Yan, tidak perlu balik ke Sg Petani, menggunakan highway.

Gerai Ikan Bakar di Tanjung Dawai yang terkenal waktu makan tengahari (malam tutup)
 Bersebelahan dengan jeti Tanjung Dawai
i
Seronok tengok anak2 bujang Kak Azimah makan. 2 jenahak, 2 pari dan 4 ekor ketam dibakar. Ditambah ulam-ulaman, lala lemak cili api dan udang goreng tepung. "Sedap...ikannya fresh."
 Jenahak bakar cicah air asam...terliur laa..
Berhadapan dengan laut...mana tak berselera makan..

P/S Seronok dan terharu bila kawan-kawan lama masih ingat Anim..

Artikel berkaitan: