Anim ada bercerita mengenai "security guards" yg Encik Suami pelihara di sini. Dah besar sekarang ke empat2 ekor anaknya. Makin kecil pula rasanya kawasan mereka...dah sama saiz dengan mak dan bapak nya. Kuat makan pulak. Sekarang, tak ada istilah membazir bagi Anim. Nasi sejuk...makanan favourite no.1 mereka. Apa saja habis dibedal. Sayur kangkung , sawi (batang dah tak pernah masuk dlm hidangan kami), kubis, roti... pendekata tak memilih makan. Kalau dedak..alamat dijelingnya sahaja.
Payah nak cam mana ayah, mana anak
Sebelum ini ada rakan yang nak membeli 2 ekor anak angsa tersebut tetapi bila memikirkan siapa yg nak beri makan kalau dia tak ada di rumah...dia membatalkan hasratnya. Kami memang ada orang yg boleh diharapkan jika tiada di rumah berhari-hari. Encik Suami ada bertanyakan kedai yg menjual haiwan di sekitar SP..boleh tahan juga harganya..RM80 seekor ditawarkan Hahaha..boleh buat duit jugakan? Anak-anak melenting bila dapat tahu kawan2 mereka ini nak dijual.. Tergendala jugalah hasrat buat sementara waktu.
Bagaimanapun dalam sehari dua ini, Encik Suami menyebut lagi hasratnya. Kali ini bukan berhasrat untuk dijual..tapi untuk dikorbankan. Dia berhasrat untuk menjamu staf2 di ofisnya sempena hari lahirnya bulan depan. Memang begitulah gayanya setiap kali hari lahirnya tiba. Semua anak buahnya dijamu. Kalau tahun lepas, sekadar mee & mihun goreng serta kek...tahun ni, wah meriah nampak???
Buat Anim..tak menjadi masalah. Dah 6 ekor payah nak bela. Nak dikorbankan ayah dan emak, takut liat pula dagingnya. Si emak angsa pun dah nampak "kegarangannya". Kalau dilempar makanan, mahu dipatuk anak2nya jika mereka berebut2 haknya. Begitu juga mandi time. "Marah" dia bila giliran dia mandi...anak2 dok mengacau. Tapi si bapa angsa...cool sahaja. Tak marah, tak patuk masa makan time atau mandi time..Pengalaman indah yg Anim perolehi didepan mata.. Emak angsa tu dah tiba waktu nak bertelur lagi agaknya..tu sebab garang semacam...

Buat masa ini, anak2 belum tahu lagi. Bila tiba masanya nanti Anim akan terangkan alasannya kepada mereka. Dan yang pasti...bukan Anim yg memasaknya. Kena upah oranglain lah bah. Di sini tak ada masalah kerana orang Kedah ni biasa makan@masak daging itik@angsa.
P/S Anim tumpang rasa dan makan sajalah nanti. Jangan lupa tapau untuk kami...
P/S Anim tumpang rasa dan makan sajalah nanti. Jangan lupa tapau untuk kami...
Belum ada komen untuk "Bakal menjadi korban"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai