Home · About Me · Sitemap ·

Nurlaila Seafood@Danok


Selepas keluar dari Muzium Padi, Encik Suami mengajak kami makan di Danok. Makan Tomyam katanya.Masuk sempadan???? Patutlah sebelum bertolak pagi tadi Endik Suami dah berpesan,
"Bawa passport sekali.. manalah tahu kita seberang sempadan.Bukan jauh sangat pun Changloon dengan Danok tu".

 Park kereta di The Zon  Duty Free,  Bukit Kayu Hitam. Cari kereta sewa, pemandunya orang Siam.(orang Utara tak kata org Thai). Mereka tolong isi borang. RM20 pergi balik ke Danok. 

 Pening dah kepala melihat menu. Nampak menu "ikan puyu"..nampak macam best.Pelayan pun bukan faham sangat Bahasa Melayu. Menu? Encik Suami yang order sebab dia dah 2 kali makan di sini.
 Puyu goreng (sebelah gelas jus epal tu..) Sebesar telapak tangan. Ish, tak pernah jumpa puyu sebesar itu.Takat besar sikit dr ibu jari....biasalah. Digoreng garing dan rangup.

 
Siakap asam pedas kesum (ada rebung di dalamnya)... pedas, tapi sedap

Ayam goreng kunyit. Dihiris nipis dan garing.

Tomyam.....pekat dan pedas

 
Ulam & sambal belacan ~ free

Dah siap makan, telefon je pemandu kereta sewa tadi. Tak sampai 15 minit dah muncul depan kedai. Pihak kastam pun dah arif sangat agaknya bila kereta kami berhenti di pemeriksaan kastam dan beritahu kami tak ada beli apa-apa. Soalan depa, "P makan ke Cik?".

P/S Bila tengok banyak kereta Malaysia dan org2 Malaysia makan di restoran2 di Danok (kita boleh kenal dari penampilan mereka), nampak sangat bukan kami saja p sempadan cuma nak makan tomyam. Oranglain dah lama buat...Anim saja baru langkah pertama...


Artikel berkaitan:

1 Komen untuk "Nurlaila Seafood@Danok"

Komen anda amat dihargai