Home · About Me · Sitemap ·

Oma & Mr.Bean


Siapa yg tak minat Mr.Bean? Anim pun tumpang sekaki bergelak ketawa.Seronok sebenarnya tengok kartun Mr.Bean .Hati marah jadi sejuk.Terlupa sekejap tekanan dan masalah. Ntah mengapa sewaktu duduk2 sambil menemankan 2 Abdul menonton  Mr.Bean ( the animated series), terpandang watak tuan rumah Mr.Bean yang tinggal sekali bersamanya.

Tuan rumah Mr.Bean yang garang dan bertongkat bersama kucingnya, mengingatkan Anim kepada Oma (nenek) di Fulda, Jerman. Anim dan Encik Suami tinggal di tingkat atas rumahnya. Dia berdua bersama suaminya, Oba (datuk) di tingkat bawah.

Tuan rumah Anim di Fulda Hammerz, Germany, 10 tahun yang lalu. Waktu ini dia berusia 75 tahun. Ada persamaan dengan tuan rumah Mr.Bean kan?...tua orangnya. Oma pun dah tak larat jalan jauh. Dia tak bertongkat tetapi pergerakannya perlahan. 

Kucing Oma yg diberi nama Chessy. Badannya yang montel menyebabkan dia agak malas dan kurang aktif. Makanannya..daging. Mana tak montel..Samakan macam tuan rumah Mr.Bean?...bela kucing

Setiap hari dia akan naik ke tingkat atas, membersihkan bilik air, mengutip sampah di dapur, memerhatikan Anim memasak( rutin harian sebelum menaiki bas jam 3 petang utk bertemu Encik Suami di pekan Fulda), mencuba masakan Anim . Setiap kali naik atau masuk bilik Anim (kalau Anim tidur) dia tak akan ketuk pintu dulu. Main terjah saja.  Samakan dengan tuan rumah Mr.Bean? Selalu check apa yg Mr.Bean buat dibiliknya.

Kami berbual persis "ayam dan itik"..sorang tak tahu cakap Jerman, sorang tak tahu cakap Inggeris..tapi pelik, kami saling faham memahami. Cuma yg membezakan tuan rumah Mr.Bean dan tuan rumah Anim ialah....Oma ni penyayang orangnya. Puaslah Anim kena peluk..kena cium..Rindunya dengan pelukan erat Oma..

Satu sahaja perbezaannya kerana Oma masih ada pasangan.Setiap hujung minggu, Oma dan Oba akan memanggil kami minum kopi di tingkat bawah bersamanya.Oba, bekas tentera Jerman perang Dunia II yg boleh berbahasa Inggeris akan bercerita tentang kisahnya dan peperangan yang dilaluinya.Setiap minggu juga kami berpeluang menikmati hidangan kek yg berbeza. Oma memang pandai buat kek. Sedapnya kek Orange Marmalade, air tangan Oma.

Berita yg kami perolehi, Oba khabarnya telah meninggal dunia 5 tahun lalu. Sekarang Oma memang tak ubah spt tuan rumah Mr.Bean.


P/S ~ Kenangan yang tidak dapat dilupakan...tinggal menyewa di rumah pasangan Mr.& Mrs. Ruppel di Fulda Hammerz,sebuah kawasan perkampungan yang mengambil masa 1 jam 15 min perjalanan dengan keretapi dari Frankfurt, Germany.

Artikel berkaitan:

1 Komen untuk "Oma & Mr.Bean"

Komen anda amat dihargai