Bersama Encik Suami ke rumah keluarga arwah untuk menyampaikan sumbangan dari geng-geng sekolah. Sebak melihat anak-anak arwah yang masih belum bersekolah. Dan tambah sebak apabila dimaklumkan suami arwah...sakit arwah adalah sakit lama..dari penderitaan arwah sebelum ini. Allahu...ini hanya asbab...Allah lebih menyayangi arwah.
Ini adalah kunjungan ke 2 ke rumah arwah. Yang pertama waktu arwah masih hidup. Dia rajin membuat kerja amal. Malah suami arwah kata..sebelum Aidilfitri arwah masih sempat mengagihkan baju-baju yang disumbangkan orangramai ke dua kampung.
Malam Jumaat 27 Julai, terima mesej dari seseorang. Sejak menghadiri pernikahannya 2 tahun lalu, kami ada bertukar mesej, bertanya khabar. Berita mengejutkan tentang suami
secret reader Inilah Ceritaku yang meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.
Allahu..bersama Encik Suami menziarahi jenazah suaminya di rumah orangtuanya dan dapat "mengenali" arwah suaminya setelah ketiadaannya. Arwah suaminya merupakan Imam sebuah masjid, seorang hafiz dan pendakwah bebas.
Sebak...mengenangkan sudah dua kali ke rumah tersebut. Pertama di hari perkahwinannya. Kali ni kali kedua disaat jenazah suaminya dipanggil PenciptaNya. Kami tiba disaat jenazah hendak dimandikan di dalam rumah. Tambah sebak mengenangkan secret reader itu sedang mengandung anak pertama mereka.
Menyalin semula dari media sosial tentang kisah seorang penulis
wanita dari Kuwait, Nadiah al Jar yang menulis di dalam buku hariannya
saat hampir dengan kematiannya.
"Bila
kematianku tiba aku tidak bimbang dan cemas tentang jasadku yang kaku.
Kaum muslimin pastilah akan menunaikan apa-apa yang sudah seharusnya
mereka kerjakan. Melepaskan seluruh pakaianku,
memandikanku,mengkafankanku, mengeluarkanku dari rumahku, membawaku ke
rumahku yang baru (kuburku). Orang ramai akan datang menghantarku ke
sana. Di antara mereka bahkan ada yang membatalkan aktiviti harian
mereka hari itu demi pengkebumianku ini.
Seluruh
milikku tidak ada satu pun yang aku bawa. Kunci-kunciku, kitab-kitabku,
beg-begku kasut-kasutku, baju-bajuku dan semua yang lainnya.Keluargaku
bersepakat untuk menyedekahkannya agar bermanfaat bagiku.
Yakinlah...dunia
tidak akan bersedih kerana kematianku. Alam semesta tetap akan berputar
seperti biasanya. Akan berlanjutan seterusnya. Pekerjaanku akan
digantikan oleh orang lain. Harta bendaku akan menjadi warisan.
Sedangkan di alam kubur semua menjadi perhitungan dan tanggung jawabku.
Yang banyak ataupun sedikit. Bahkan yang kecil yang tak berharga
sekalipun tetap akan di hitung.
Hal
pertama yang akan hilang seketika aku mati adalah nama yang dengannya
aku dipanggil di dunia ini. Sejurus aku mati mereka memanggilku dengan
sebutan JASAD. Waktu solat mereka menyebutku JENAZAH. Ketika menguburku
mereka menyebutku MAYYIT.
Jelas sekali kala itu, bahawa
nasabku, sukuku, status sosialku dan kemasyhuranku tidak bererti apa
apa lagi. Sama sekali tidak layak diagung-agungkan. Alangkah kecil nya
dunia ini dan alangkah bodohnya kita yang selama ini menganggapnya
penting dan besar.
Untuk kamu yang masih hidup, kesedihan kamu atasku dapat di bahagi kepada 3 golongan:
1. Orang-orang yang hanya mengenalku biasa-biasa saja akan mengasihaniku sesaat.
2.
Rakan-rakan akrab akan bersedih dan merasa kehilangan selama beberapa
minggu. Setelah itu mereka akan kembali pada kehidupan mereka semula.
3. Keluarga / ahlul bait akan bersedih berbulan-bulan, mungkin setahun. Setelah itu aku pun akan tinggal sebagai kenangan.
BERAKHIRLAH KISAHKU DI ANTARA MANUSIA
Bermulalah
kisah hidup ku di alam akhirat. Telah hilang dariku kecantikanku,
hartaku, keluargaku dan semuanya. Inilah hidup yang sesungguhnya.
Apakah
yang sudah engkau persiapkan sebagai bekal akhiratmu hari ini ? Anda
yang masih hidup ini perhatikanlah amalan-amalan wajibmu,
sunnah-sunnahmu, sedekah rahsiamu, amal solehmu.Mudah-mudahan di akhirat
engkau selamat"
P/S Semoga roh kedua-duanya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Aamiin.
Belum ada komen untuk "Berakhir kisahku di antara manusia"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai