Assalamualaikum wbt...
Sebulan lebih tak menjengok blog, tak tahu di mana nak mulakan bicara. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi bertanya khabar di WA. Ada yang menyangkakan kesihatan Anim menjadi punca menyepi ya? Alhamdulillah....Anim masih sihat dan masih mencari penyelesaian meneruskan kehidupan di SP. Bukankan Anim pernah kata, if plan A doesn't work, the alphabet has 25 more letters..
Hari ini sudah penghujung Safar. Esok bermula bulan baru Rabiul Awal. Bila masuk Rabiul Awal, pasti yang terlintas di fikiran kita ialah Maulidur Rasul. Cepatnya masa berlalu. Tak sampai dua minggu lagi, sesi persekolahan 2015 bermula. Macam tak cukup masa sebulan lebih bercuti, huhu.
Sebenarnya sepanjang menyepi ini, Anim bertapa di SP bersama 2 Abdul. Balik Johor seminggu, balik Ipoh seminggu. Kasihan Encik Suami, cuti sekolah pun duduk seorang saja di Ipoh. Nak buat macamana..bila plan A tak berjaya, buat plan B. Ada masalah di plan B, rangka pula plan C. Hingga hari ini dah masuk plan F...dan plan F pun belum nampak kejayaannya. Namun hari esok adalah perkara ghaib. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok, boleh jadi esoklah datangnya kemudahan bagi kesulitan yang dialami. Jadi...kena selalu ada harapan di hari esok.
"Berbaik sangkalah kepada Allah s
ubhanahu wa ta'ala, bahawa sesuatu yang kita suka atau kita benci semuanya tidak lain nikmat sekaligus ujian. Jangan mengeluh apa yang terjadi pada diri kita, kerana boleh jadi semua itu adalah yang terbaik untuk kita"
Anim dan Encik Suami dah duduk berbincang, biarlah masalah datang, kami akan hadapinya kerana kami yakin Allah SWT sudah menyediakan solusinya. Teringat kembali antara permohonan doa yang sering dipanjatkan ialah memohon pertukaran ke Ipoh diluluskan "jika itu yang terbaik buatku". (
MD, itu antara sebab tak buat rayuan pertukaran. Hati berat kat SP)
Kata sepakat dicapai, Anim dan 2 Abdul akan terus menetap di SP. Ini bererti si Abdul sulung perlu berpindah sekolah semula di SP. Masalah tak timbul kalau dia mahu tinggal di asrama seperti sebelumnya. Alkisah, bila dia keluar asrama dan berulang dari rumah hampir 5 bulan lalu, keraplah ponteng sekolah. Kasihan Encik Suami, kalau ada kerja di KL atau Penang, terpaksa balik hari memikirkan ada anak di rumah. Ada kala, jika bertugas berhari-hari luar kawasan, terpaksa pula "pos" si Abdul sulung ke SP.
Macam settle dah masalah kan? Ooo..tidak..tidak. Memujuknya berpindah sekolah sekaligus rumah merupakan satu proses yang memenatkan, memeningkan dan menguji kesabaran. Allah dah katakan dalam Quran, surah An Anfal ayat 28 , "Dan ketahuilah bahawa harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar". Kami diuji dengan anak.
Setahun di Ipoh, dia sudah cukup selesa di rumah itu. Jiwa remajanya memberontak bila kami memujuknya kembali ke SP. Sampai ke satu tahap, dia minta Anim cari kerja lain kat Ipoh. Bila Anim kata dalam usia Anim begini, apa kerja yang Anim boleh buat selain mengajar....boleh pulak dia kata, jual muffin, jual kek. Aduhh...lawak pun ada. Sah, belum baligh ni, hihi.
Anim layan kerenahnya lebih sebulan ni. Memujuknya bersekolah tak jauh dari rumah. Then, buat plan nak beli rumah yang kami duduk ni. Nak repair, nak cat semula dengan tujuan nak beri dia semangat baru. Tapi tuan rumah tak mahu pulak jual, huhu. Nak jadi cerita, si Abdul sulung pun tak mahu pula bersekolah di situ.
Kemudian...buat plan lain, meronda cari rumah baru dah siap. Rumah berkenan dah ada owner. Rumah tak de owner, mahal gila-gila pulak, kerja sampai pencen pun tak mampu bayar. Dalam pada itu, sibuk cari rumah lain untuk disewa. Banyak faktor yang menguatkan diri untuk berpindah rumah.
Selain mencari semangat baru 2015, rumah yang disewa sejak 5 tahun lalu, sudah menunjukkan tanda-tanda kerosakan yang perlu dibaiki (owner suruh repair sendiri). Tambah menguatkan ialah si Abdul sulung sudah menunjukkan tanda-tanda "kurang protes" dan tidak membantah lagi bila Anim kata kami akan beralih angin pula ke taman perumahan yang lain.
Cari, contact dan urus deposit serta sewa bulan Januari sendiri. Encik Suami serahkan semua pada Anim. Nak buat macamana. Anim di SP, dia di Ipoh. Anim tak berani nak beritahu Encik Suami, Anim lupa minta resit kat anak tuan rumah masa buat payment. Anim minta nak masuk seboleh-bolehnya cuti Krismas ni sebab Encik Suami balik cuti. Sampai hari ini depa tak call bagitau bila boleh ambil kunci rumah.
Dua hari lalu, Anim pusing area rumah sewa baru. Rumput masih tinggi belum dipotong, pokok mangga depan rumah masih belum cantas macam yang dijanjikan,
Hasbunallah wa ni'maal-wakil. Sesungguhnya manusia ialah mahluk yang lemah, sedang jika ada kekuatan pada diri mereka, maka pasti itu milik Allah SWT. Oleh itu, Anim serahkan segala urusan kepada-Nya. Kerana siapa lagi yang berkuasa menjadi penolong dan pelindung untuk segala urusan kita selain Allah.
Haaa...nak tahu kenapa kami bertapa di SP dan berkorban meninggalkan Encik Suami berseorangan di Ipoh? Apalagi....kemas barang untuk pindahlah. Pindah
tahun lalu, barang banyak pindah tak penat sebab upah Bibik, kali ni barang sikit pun penat sebab tak de Bibik.
P/S Dah empat hari kami ber3 duduk macam bangla. Tak de perabot, tinggal TV saja. Makan pun guna paper plate, huhu. Perabot yang ada sudah diangkut kawan p rumah ibu tunggal di Yan katanya.
Fridge pemberian Teacher Fauziah pun berpanjangan sedeqahnya. Bukan kerana nak masuk rumah sewa baru, perabot nak baru tapi rumah sewa baru tu (in-sha Allah) ada perabot didalamnya.
oooo pindah rumah...jauh ke kak dr umah lama? dkt dgn sekolah or jauh dari sekolah?
BalasPadamlebih kurang sama jauhnya. yang ini lebih dekat ke merbok
Padamhaa..ok dapat pindah duduk merantau sesekali..suami tak der tapi permata hati sbg penggantikan
BalasPadamsenang cuti sama dengan anak2..
Padamrintihan hati juga ni heee..selamat kembali berblog sis ;)
BalasPadamhihi..:-))
PadamSatu ujian yg menjadi rentetan agak berpanjangan ini rasa kakak kian beransur menemui kelegaan. Semua ini berkat doa, usaha dan sabar yg tawadhuk Anim. Begitulah anak adalah anugerah dan ada kala diberikan ujian olehNya dari anak yg kita ada. Still syukur Anim dgn ujian anak yg begini berbanding Kak Long kakak ujian dari anak yg OKU bayangkan yg ini lagilah sehingga akhir hayat.
BalasPadamAbdul memanglah belum matang. Kita ibu inilah kena banyak 'cakap' utk guide him.
itulah kakzakie....kadang2 kita lupa ujian orang lagi berat dari ujian kita
PadamAssalamualaikum cikgu...sekejap jer dah setahun..saya pun dah hampir 6 bulan kat Kelate...
BalasPadamIn sha Allah...cikgu buat rayuan mana tau boleh dpt tukar nanti...
haha...saya tak rasa nak mohon tukar perak pada tahun2 mendatang, in sha Allah
Padampindah rumah ye... semoga di permudahkan urusan oleh ALLAH
BalasPadampindah sekolah tak dapat, pindah rumahlah nampaknya, heee
PadamKalau ikutkan SP dan Ipoh tak jauh sangat. Tapi memang serik bila tak dapat tinggal sebumbung. Insya Allah...kita dah mohon beri yang terbaik, maka yakinlah dengan Allah.
BalasPadammemang tak jauh.dalam 3 jam je lebih kurang. masalahnya cuti hujung minggu kami tak sama, huhu
Padamassalamualaikum...
BalasPadamkak anim.....
rindunya ngan kak anim...
saya pun tak berblogging dah sebulan.
huhuhu...
bizi melayan amanah kehidupan.
take care kakak...
semoga Allah permudahkan segala urusan mu.
kawan kita ada 2 bijik rumah kat SP. Rumah baru.
dia cikgu juga kat SP.
If akak nk sewa, akak wasap kita ya.. nnt kita tgk camna blh kita bantu membantu.
Insya Allah.
take care kakak.
jangan lupa doakan untuk saya ya.
nanti dulu...kalau belum dapat bagi jawapan..
Padamanyway tq kerana ambil berat:-))
lama tak singgah sini, kak nah juga lebih sebulan tak berblogging.. muga Allah permudahkan urusan Anim.
BalasPadamOh, begitu ceritanya! Kalau dah hati berat di SP, tinggal ajelah di sana, Anim. Tak perlu pening kepala lagi memikirkan tentang perpindahan ke Ipoh. Nak merayu bagai, kena turun naik Putrajaya pulak nanti. Kalau pi KL makan angin je lainlah ceritanyakan!
BalasPadamKiranya masa saya mula baca blog ni, sibuk tentang Anim memindahkan barang ke Ipoh. Akhir tahun ni sekali lagi kena berpindah. Tapi consider dekatlah tukan, dalam SP juga, taman je lain *_* Bila ditimpa masalah ni, memang kita rasa berat je tapi bila dah dapat cahaya penyelesaian, barulah sedar tak berat mana pun sebenarnya masalah kita berbanding orang lain. Saya pun sama. Kalau ada masalah, terkesima dulu. Nak senyum-senyum ni memang tak boleh. Janganlah disentuh, melenting jerk ^_^
Kalau hendak hidup senang buatlah seperti saya - tinggal dipinggir kampong nelayan. Rumah murah. dan ikan segar bayak!
BalasPadam