Home · About Me · Sitemap ·

Aku dan Air


Assalamualaikum wbt...

La musim hujan. So entry tak ada air ini mungkin tak sesuai, heee. Namun, cerita ini perlu diabadikan. Lagi-lagi bila mengenangkan masih ramai yang berhati luhur di luar sana. Kejadian berlaku beberapa bulan lalu di salah sebuah Hentian Rehat.

Waktu itu, kami dalam perjalanan  ke Bangi. Memandangkan Ipoh-Bangi dijangka dalam 2 setengah jam perjalanan, maka taklah bawa apa-apa bekalan. Bawa air minuman sebotol saja. Jangkaan kami, turun tol Tanjung Malim, bersolat Jumaat di Masjid Ar-Rahman, Hulu Bernam kemudian kami akan lunch di rumah adik di Bangi.

Lain pula cerita lepas solat Jumaat. Si Abdul kecil mengadu lapar dan kami ambil keputusan makan di Hentian Rehat. Selesai makan, baru tahu tak ada air di Hentian Rehat tersebut.

Cuci tangan dengan ais ketul...perkara biasa. Tapi bila dia mengadu nak masuk tandas, mulalah cari air mineral. What? Adik penjual kata air mineral sudah habis dan sudah tiga hari pembekal air botol mineral tak hantar bekalan. Waaa...bayangkanlah tak ada air mineral di setiap gerai!

(Pesan kat si Abdul, kalau tak de air, istinjak saja dengan tisu. Peristiwa di Beijing dulu banyak mengajar kami. )

Tiba-tiba si Ummi pulak terasa nak ke bilik air. Walaupun dah tertera notis di luar tandas, ketiadaan air kerana kerja-kerja penyelenggaraan Syabas, kaki tetap melangkah. Dua tiga orang pengguna masuk menjenguk dan terus keluar. 

Dok termangu depan pintu tandas sambil memikirkan..nak masuk ke nak tahan. Pandai nasihat kat anak tapi bila kena batang hidung sendiri....mulalah berkira- kira. Istinjak dengan tisu...benda tak biasa buat sebab banyaknya air di tempat kita!

Tengoklah...tong pun sudah terbalik..tak de air..Cik kak nilah yang baik hati..

Dilambainya kita dan disuakan sebaldi air. "Gunalah....sebaldi saja ada, cukup tak, kak?". Syukur...

P/S  Bila air tak ada....sebaldi air itu cukup berharga. Kalau suruh bayar pun, sanggup!!!

Artikel berkaitan:

Yang terbaik menurut Allah Subhanahu Wa Ta'ala


Assalamualaikum wbt...

Sebulan lebih tak menjengok blog, tak tahu di mana nak mulakan bicara. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi bertanya khabar di WA. Ada yang menyangkakan kesihatan Anim menjadi punca menyepi ya? Alhamdulillah....Anim masih sihat dan masih mencari penyelesaian meneruskan kehidupan di SP. Bukankan Anim pernah kata, if plan A doesn't work, the alphabet has 25 more letters..

Hari ini sudah penghujung Safar. Esok bermula bulan baru Rabiul Awal. Bila masuk Rabiul Awal, pasti yang terlintas di fikiran kita ialah Maulidur Rasul. Cepatnya masa berlalu. Tak sampai dua minggu lagi, sesi persekolahan 2015 bermula. Macam tak cukup masa sebulan lebih bercuti, huhu.

Sebenarnya sepanjang menyepi ini, Anim bertapa di SP bersama 2 Abdul. Balik Johor seminggu, balik Ipoh seminggu. Kasihan Encik Suami, cuti sekolah pun duduk seorang saja di Ipoh. Nak buat macamana..bila plan A tak berjaya, buat plan B. Ada masalah di plan B, rangka pula plan C. Hingga hari ini dah masuk plan F...dan plan F pun belum nampak kejayaannya. Namun hari esok adalah perkara ghaib. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok, boleh jadi esoklah datangnya kemudahan bagi kesulitan yang dialami. Jadi...kena selalu ada harapan di hari esok.

"Berbaik sangkalah kepada Allah subhanahu wa ta'ala, bahawa sesuatu yang kita suka atau kita benci semuanya tidak lain nikmat sekaligus ujian. Jangan mengeluh apa yang terjadi pada diri kita, kerana boleh jadi semua itu adalah yang terbaik untuk kita"

Anim dan Encik Suami dah duduk berbincang, biarlah masalah datang, kami akan hadapinya kerana kami yakin Allah SWT sudah menyediakan solusinya. Teringat kembali antara permohonan doa yang sering dipanjatkan ialah memohon pertukaran ke Ipoh diluluskan "jika itu yang terbaik buatku". (MD, itu antara sebab tak buat rayuan pertukaran. Hati berat kat SP)

Kata sepakat dicapai, Anim dan 2 Abdul akan terus menetap di SP. Ini bererti si Abdul sulung perlu berpindah sekolah semula di SP. Masalah tak timbul kalau dia mahu tinggal di asrama seperti sebelumnya. Alkisah, bila dia keluar asrama dan berulang dari rumah hampir 5 bulan lalu, keraplah ponteng sekolah. Kasihan Encik Suami, kalau ada kerja di KL atau Penang, terpaksa balik hari memikirkan ada anak di rumah. Ada kala, jika bertugas berhari-hari luar kawasan, terpaksa pula "pos" si Abdul sulung ke SP.

Macam settle dah masalah kan? Ooo..tidak..tidak. Memujuknya berpindah sekolah sekaligus rumah merupakan satu proses yang memenatkan, memeningkan dan menguji kesabaran. Allah dah katakan dalam Quran, surah An Anfal ayat 28 , "Dan ketahuilah bahawa harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar". Kami diuji dengan anak.

Setahun di Ipoh, dia sudah cukup selesa di rumah itu. Jiwa remajanya memberontak bila kami memujuknya kembali ke SP. Sampai ke satu tahap, dia minta Anim cari kerja lain kat Ipoh. Bila Anim kata dalam usia Anim begini, apa kerja yang Anim boleh buat selain mengajar....boleh pulak dia kata, jual muffin, jual kek. Aduhh...lawak pun ada. Sah, belum baligh ni, hihi.

Anim layan kerenahnya lebih sebulan ni. Memujuknya bersekolah tak jauh dari rumah. Then, buat plan nak beli rumah yang kami duduk ni. Nak repair, nak cat semula dengan tujuan nak beri dia semangat baru. Tapi tuan rumah tak mahu pulak jual, huhu. Nak jadi cerita, si Abdul sulung pun tak mahu pula bersekolah di situ.

Kemudian...buat plan lain, meronda cari rumah baru dah siap. Rumah berkenan dah ada owner. Rumah tak de owner, mahal gila-gila pulak, kerja sampai pencen pun tak mampu bayar. Dalam pada itu,  sibuk cari rumah lain untuk disewa. Banyak faktor yang menguatkan diri untuk berpindah rumah.

Selain mencari semangat baru 2015, rumah yang disewa sejak 5 tahun lalu, sudah menunjukkan tanda-tanda kerosakan yang perlu dibaiki (owner suruh repair sendiri). Tambah menguatkan ialah si Abdul sulung sudah menunjukkan tanda-tanda "kurang protes" dan tidak membantah lagi bila Anim kata kami akan beralih angin pula ke taman perumahan yang lain.

Cari, contact dan urus deposit serta sewa bulan Januari sendiri. Encik Suami serahkan semua pada Anim. Nak buat macamana. Anim di SP, dia di Ipoh. Anim tak berani nak beritahu Encik Suami, Anim lupa minta resit kat anak tuan rumah masa buat payment. Anim minta nak masuk seboleh-bolehnya cuti Krismas ni sebab Encik Suami balik cuti. Sampai hari ini depa tak call bagitau bila boleh ambil kunci rumah.

Dua hari lalu, Anim pusing area rumah sewa baru. Rumput masih tinggi belum dipotong, pokok mangga depan rumah masih belum cantas macam yang dijanjikan,

Hasbunallah wa ni'maal-wakil. Sesungguhnya manusia ialah mahluk yang lemah, sedang jika ada kekuatan pada diri mereka, maka pasti itu milik Allah SWT. Oleh itu, Anim serahkan segala urusan kepada-Nya. Kerana siapa lagi yang berkuasa menjadi penolong dan pelindung untuk segala urusan kita selain Allah.

Haaa...nak tahu kenapa kami bertapa di SP dan berkorban meninggalkan Encik Suami berseorangan di Ipoh? Apalagi....kemas barang untuk pindahlah. Pindah tahun lalu, barang banyak pindah tak penat sebab upah Bibik, kali ni barang sikit pun penat sebab tak de Bibik.



P/S  Dah empat hari kami ber3 duduk macam bangla. Tak de perabot, tinggal TV saja. Makan pun guna paper plate, huhu. Perabot yang ada sudah diangkut kawan p rumah ibu tunggal di Yan katanya. Fridge pemberian Teacher Fauziah pun berpanjangan sedeqahnya. Bukan kerana nak masuk rumah sewa baru, perabot nak baru tapi rumah sewa baru tu (in-sha Allah) ada perabot didalamnya.

Artikel berkaitan:

Mimpi bertemu Rasulullah

Assalamualaikum wbt...

Dia memberitahu mimpinya bertemu Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam tahun lalu. Anim diamanahkan untuk tidak menceritakan hal  itu kepada sesiapa. Tak siapa tahu, bimbang timbul fitnah, tambahnya. Sahabat Anim itu menceritakan hal itu pun secara tak sengaja; waktu Anim melawatnya ketika dia sakit.

Minggu lalu dia menghubungi Anim. Dari perbualan biasa kemudiannya dia bertanya sama ada Anim masih ingat mimpinya bertemu Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam yang diceritakan tahun lalu. Terpana sekejap bila diajukan soalan, "betulkah yang aku mimpikan itu Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam'. 

Allahu Rabbi, yang ditanya ni Anim, cetek agama. Anim hanya mampu mengungkapkan, "Bukankah Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam memberitahu bahawa sesiapa yang melihatnya dalam tidur maka sungguhlah dia telah melihat Baginda Sollallahu Alaihi Wassalam kerana syaitan tidak dapat menyerupai Baginda Sollallahu Alaihi Wassalam."

Nak jadi cerita, sewaktu mengunjungi Kedai Buku Hasani di SP dua hari lalu, terpandang satu tajuk buku yang membuatkan hati Anim meronta-ronta untuk membelinya.


Buku yang ditulis oleh Ustaz Muhammad Ramzi Omar ini boleh merungkaikan persoalan sahabat Anim tentang mimpinya bertemu Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam. Penulis buku ini menyatakan bermimpi melihat Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam dalam apa keadaan pun tetap benar mengikut pendapat Imam al-Qurtubi.

Di muka surat 142-143 dinyatakan, tidak disyaratkan orang yang bermimpi itu mendapat pengetahuan bahawa yang dilihat ialah Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam dengan mendengar pengakuan oleh Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam sendiri. Apa yang menjadi syarat ialah semata-mata sedar dan tahu bahawa orang yang dilihatnya itu ialah Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam.

Kadangkala seseorang tidak perlu diberitahu siapa orang yang dihadapannya, walaupun dia tidak pernah bertemu secara langsung sebelum ini. Ini kerana makrifat atau pengetahuannya tentang orang yang dihadapannya telah sedia ada dalam benak fikirannya.

Tak apalah, nanti Anim pass buku ini kat dia. Banyak lagi penjelasan yang perlu dibaca untuk lebih pencerahan.Yang penting dan perlu diketahui, mimpi bertemu Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam adalah satu daripada petanda kebaikan untuknya. Alasannya mudah, dia telah mendapat mimpi yang baik dan tentulah bermimpi bertemu Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam merupakan antara mimpi yang terbaik.

P/S  Allahumma solli 'ala muhammad, wa 'ala ali muhammad. Semoga Allah mengumpulkan kita sekalian dalam kalangan pencinta Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam. 

Artikel berkaitan: