Assalamualaikum wbt...
Salam Ramadhan 1435H buat semua...
15 filem hasil result MRI dibawa pulang. Alhamdulillah, si Abdul sulung discharged petang tadi. Kami sambut Ramadhan yang bermula Ahad ni dengan penuh kesyukuran. Malam esok dah boleh p solat terawih 4 beranak, in sha Allah.
Kes dia dirujuk ke Neurologist. Tulang belakang kat leher sikit terjojol dan itulah yang memberi rasa tak selesa. Tulang itu menekan urat saraf .Doktor kata masalah itu selalunya berlaku pada orang berusia. Antara kemungkinan diberi dan saya turut bersetuju ialah bebanan beg ke sekolah (biar berat depan, jangan berat belakang). Masa sekolah rendah, sampai nak rebah bahu angkut beg berat. Puas dah nasihat guna beg roda, tapi tak mahu. Manakala sinus pula adalah penyebab sakit kepala yang dialaminya.
Si Abdul sulung kata rasa lega sikit bila menjalani physiotherapy exercises. Doktor pun dah ingatkan dia supaya teruskan exercises yang sudah diajar. Mudah-mudahan, dia mahu kembali menetap di asrama sebaik cuti sakitnya berakhir 2 Julai ini. (
Kakzakie..kena duduk asrama juga. Kalau si ayah perlu keluar daerah, tak da siapa nak tolong uruskan dia ke sekolah).
Antara gambar yang hendak dikongsi..
1st day...
2nd day...
3rd day...Opps...dasar blogger. Mentang-mentanglah ada WIFI..
P/S Puasa bermula Ahad. Kami diberi peluang bersahur dan berbuka bersama di 1 Ramadhan 1435H. Kedah cuti Awal Ramadhan, maa. Alhamdulillah:-))
ah..sesekali kata orang apa ada kisah kalau yang baik jeeeee
BalasPadamsuami saya mula berkursus esok...sedih jugak hari pertama tanpa suami hehe..
BalasPadamselamat berpuasa utk cikgu sekeluarga
Elok kalau isu beg yang berat memberi kesan pada fizika anak ini di bawa ke pihak sekolah. Paling tidak sekolah akan buka mata...
BalasPadamsemoga cepat pulih nak...
BalasPadamSelamat Berpuasa untuk akak sekeluarga
Alhamdulillah... dapat bersama2 keluarga pada 1 ramadhan kak kak...
BalasPadamSelamat Berpuasa Kak Anem... :)
Semoga abang sulung tabah melaluinya ... alhamdulillah dpt berbuka bersama family . Mmg itulah kerja blogger ... selagi ada line ...
BalasPadamKesian abang... takper lah abang ambil ini sebagai pemangkin semangat untuk terus berjuang .. walau apa pun kena kuat berdoa dan belajar rajin2... semoga dengan kesabaran Allah permudahkan segala...
BalasPadamSalam Ramadhan Al Mubarak...
Tahniah Anim kerana dah menjadi top 5 komentator Blog Teratak Bunda...
PadamAssalamualaikum, Semoga keadaan telah sembuh dan pulih. Semoga sepanjang Ramadan ini dikurniakan kesihatan buat Akak sekeluarga.
BalasPadamSalam Ramadan 1435H. Semoga Ramadan tahun ini menjadi yang terbaik dalam hidup anda, Amiin. Dikesempatan ini juga saya memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap mahupun kekhilafan yang mengguris hati... Maaf zahir dan batin.
semoga cepat sembuh...
BalasPadamSelamat berpuasa
semoga cepat pulih..dah lama tak menjengah tiba2 baca entry ni..sedikit terkejut saya..huhu..
BalasPadamkak anim..nanti bagi alamat kat email saya yer..shilasams@yahoo.com
alasan beg sekolah berat? risaunye.. moge dipanjangkan hal ni..
BalasPadamlupe.. selamat berpuasa kak anim.. maaf zahir dan batin..
BalasPadamkak anim, macam suami ita kena lebih kurang macam ni la..cuma dia lebih kritikal ada 4 tulang belakang yang berkait..sampai skrg ni masih teruskan physiotherapy lagi...
BalasPadamsemoga Abdul sulung makin sihat dan dapat bersekolah macam biasa.. saya setuju dengan akak kalau terus nak letakkan di asrama..inshaaAllah satu masa dia akan faham apa yang akak buat adalah yang terbaik buat dia...
Anak akak kena DDD (Degenerative Disc Disease) YE?? sbb drp cerita akak tu, mcm simptom DDD.. mmg x diakui, org muda pon blh kena.. ada satu rawatan utk legakan kesakitan ni..cuma ada kat HUSM, Kubang kerian je.. Jumpa "Pakar kesakitan" Dr.Nizar.. biasa ada kaedah terbaik.. Biasanya suntikan RF y dpt melegakan kesakitan tu,. apa2 pon moga tabah terima ujianNya..
BalasPadamSalam Ramadhan dari Lya
papepon bertabah la ye kak anim...hehe janji dpt berbuka ngn family...huhu tak tahan tgok gmbr duk ngadap lappy tuh...hiks...salam ramadhan kareem ~~
BalasPadamas salam.moga anak akan segera sembuh dna bersabar selalu.salam ramadan ya sis.
BalasPadamsaya dalam belog byk cerita pasa migren dan sakit urat belikat heee..apa ini semua dugaan Allah untuk kita.wahualam
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat Anim sekeluarga. Untung dapat berkumpul sekeluarga menyambut Ramadhan. Apa khabar si Abdul sulung saat ini? Semoga tabah menerima apa pun dugaan yang datang.
BalasPadamWah, ni memang kes blogger tegar tu! Janji ada WIFI tak kiralah kat mana, ya tak?
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa buat kak Anim & sekeluarga.
BalasPadamSyukur tak serious ......moga abg cepat baik yeh...
BalasPadamHehe...sapa yg ambik gambar blogger tu agaknya hehe
syafakallah...
BalasPadamsalam ramadan utk akk sekeluarga