Home · About Me · Sitemap ·

Hadiah Hari Guru yang dishare


Assalamualaikum wbt....

Berjumpa dengannya pada setiap Sabtu. Seingat Anim, sejak berpisah 5 bulan lalu ( kecuali cuti sekolah Mac lalu), hanya sekali saja kami tidak bertemu. Waktu itu, Anim terpaksa pulang semula ke SP, subuh Sabtu kerana sekolah ganti.

Sudah 3 hari di rumah, Anim belum bertanyakan apa menu yang dihajati. Biasalah, bila lama tak jumpa, mesti nak sediakan menu istimewa. Anim sediakan menu ringkas dan dia menikmatinya seperti biasa. Anim tak janji nak masak itu, masak ini. Bimbang tak terbuat nanti. Dia mungkin mengerti dan memahami...Anim juga baru "pulang" ke rumah seperti dirinya juga. Nak relaks dulu..bersantai di sofa, baring depan TV, dengar lagu dan layan Youtube.

Namun.....ada sesuatu yang Anim tahu akan menggembirakan dirinya. Sebenarnya, dah pesan si adik, jangan dibuka semua bungkusan hadiah sempena Hari Guru yang Anim terima.

Sila abaikan pemandangan kawasan sekeliling yang ada, heee

Walaupun dah besar panjang, si Abdul sulung cukup teruja membuka bungkusan hadiah yang diangkut jauh dari SP. Hobi dia memang buka hadiah.  Si Abdul kecil pandai pulak berdrama....konon- konon surprise walhal ada bungkusan hadiah sudah dibuka dan ditinggalkannya di SP, heee...

P/S Sudah tentu ada hadiah untuk Anim yang menarik minat mereka berdua. Nampaknya hadiah Hari Guru bukan saja untuk cikgu! Sabar ajalah....

Artikel berkaitan:

Isra' Mi'raj dan cuti persekolahan di Utara juga bermula


Assalamualaikum wbt...

Selamat Menyambut Isra' Mi'raj 1435H...

Hari ini Kedah cuti Isra' Mi'raj. Jam 8 malam tadi, tuan blog sudah tiba Ipoh!.Tak sabar-sabar nak balik walaupun tau tak de siapa di rumah Ipoh. Akhirnya, malam tadi tidur ber2 sahaja dengan si Abdul kecil.

Petang semalam, selepas menjemput si Abdul sulung di asrama, Encik Suami bawa dia bermalam di hotel. Actually Encik Suami menghadiri satu persidangan seMalaysia. Lokasi hotel tempat persidangan 4 hari tu  hanya 15 minit saja dari rumah. 

Waktu diberitahu tentang itu, kami berada di Hentian Sebelah Taiping. Si Abdul kecil mengajak Anim ke hotel tersebut, tak perlu balik rumah. Memikirkan ada stok ikan basah dan ikan pekasam dalam bonet kereta, tak berminat pulak rasanya. Lagipun malam-malam ni, nak guna Waze kat Ipoh ni, tak confident pulak (siang hari pun kadangkala sesat!).

Nak jadi cerita, Encik Suami tak leh jemput kami atau hantar si Abdul sulung pulang rumah kerana kena attend dinner di Casuarina Meru. Keputusan dibuat...biarlah Anim dan si Abdul kecil tidur di rumah dan Encik Suami balik semula ke hotel selepas dinner kerana kasihan si Abdul sulung dok sorang-sorang di hotel,

Seawal jam 7.00 a.m tadi, Encik Suami sudah menjemput si Abdul kecil di rumah. Bolehlah 2 Abdul mandi pool katanya sementara dia bermesyuarat. Anim minta izin tak ikut serta. Depa dah besar sekarang. Dah boleh lepaskan sedikit demi sedikit.

Biarlah Anim duduk merelakskan diri di rumah. Letih bertugas di bahagian jamuan murid dan guru di temasya sukan sekolah semalam belum hilang lagi. Kertas exam yang diangkut balik pun belum habis mark lagi. Berita terbaru, ada tetamu dari Johor nak mai berkunjung sehari dua ni. Konon-konon nak berkemasle tu..

Breakfast dengan baki Domino pizza yang diorder malam tadi. Nilah sekeping!

Sebentar lagi 2 Abdul akan dihantar pulang ke rumah. 
Set Ayamas Delivery  ini sudah dalam perkiraan untuk diorder :-))

P/S  Stok bawang tak de, sayur tak de. Encik Suami sibuk minggu ni sampai tak sempat nak berbelanja dapur agaknya.Nak keluar sorang2, malas. Kat SP, tak berpeluang nak order online kerana tiada service disediakan di kawasan perumahan kami. Bila balik Ipoh, tangan gatal nak mendail dan mengorder bila tahap kemalasan sudah melampaui tahap gaban:-))

Artikel berkaitan:

Buat ibu muda, bakal ibu dan bakal suri


Assalamualaikum wbt...

Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajar murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar dan berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.

Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” Ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?” 

“Ya,” jawab anak itu singkat. 

” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz

Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih dan betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk) 

Ya,” jawabnya lagi, dan segera membacanya. Baik dan lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada. 

Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “kamu hafal surat An-Nahl?” 

Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dengan surah-surah yang lebih panjang. 

“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?” 

Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?” 

“Ya,” jawabnya dengan jujur. 

Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, “Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah”

Setelah hari itu menjelang Maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,” Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”. 

Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah terkejut kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat dan pandai. 

Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan Ustaz akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki. Di rumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yang kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”. 

“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.

Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka, 

“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,"

“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti”

Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.

Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah. 

Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai dan mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun dan sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.” 

Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat dan perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang-orang yang punya kemahuan dan motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain. 

Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup di antara sekian banyak wanita. 

Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan dan keturunannya, seperti sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, dan agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari dan Muslim). 

Perempuan yang kita tahu dalam cerita di atas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin. 

Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara. 

Semoga dari perkongsian WhatsApp di atas dapat kita ambil pelajaran dan dijadikan teladan.

P/S  Apabila anak panahmu tidak mengenai sasarannya;jangan fikir apa kesalahan yang kamu lakukan. Sebaliknya ambillah anak panah kedua dan fikirkan; apa yang harus kulakukan dengan cara yang betul agar aku dapat mengenai sasarannya.

Artikel berkaitan:

Balik awal


Assalamualaikum wbt...


Sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Yang Teramat Mulia   Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, hari ini, Rabu, 21 Mei 2014,  diisytiharkan sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh Negeri Kedah Darul Aman.

Pagi tiba sekolah baru tahu berita. Minggu ini minggu peperiksaan. Selesai satu paper, semua murid diarahkan pulang.

Balik awal. 8.50 pagi, sudah sorong basikal keluar pagar sekolah. Cikgu pun start enjin kereta.

Singgah minum pagi di Restoran Al Shiffa.Penuh kedai makan dengan budak-budak sekolah, baik dengan mak pak mahupun sesama mereka (budak sekolah menengah). Maklum...balik awal.

P/S Budak kampung senang sikit. Ramai yang berbasikal ke sekolah. Tak kurang ramai yang berjalan kaki. Bila kelibat budak sekolah balik, mak pak yang kebanyakannya kerja kampung "alert" ambil anak. Sekejap je dah clear sekolah.

Artikel berkaitan:

Sudu laksa


Assalamualaikum wbt...

My SILs kirim untuk dibawa pulang cuti pertengahan penggal persekolahan yang akan bermula lebihkurang seminggu lagi. 

Sesetengah penjual laksa di Utara guna sudu ni di gerai depa. Depa tak sediakan garfu pun. 

RM1 untuk seiikat (3 batang) 

My 3 Abduls pun suka guna sudu ini walaupun bukan makan laksa di rumah. Soto, lontong, mee rebus .. pendekata yang berkuah. Ringan dan melengkung katanya. Senang nak hirup kuah. 

P/S Walhal sudu sedia ada jauh lebih cantik, berpatern dan ada colour lagi. Alasan depa, yang itu BERAT!

Artikel berkaitan:

Liebster Award dari Mummydearie


Assalamualaikum wbt..

Memenuhi permintaan Mummydearie pulak. Layan ya...

1) Apakah pendapat you all tentang blog Mummydearie?
Celoteh ibu penyayang dengan 2 superheroesnya, celoteh dirinya yang suka shopping, celoteh hidup bersama suami bukan Melayunya..(saya belum habis menelaah entry MD yang lama-lama tu ya. Pendek kata masih dalam proses kenal, heee) 

2) Apakah soalan pertama yang hendak ditanya jika bertemu MD?
Of course berkaitan Adik Cute dan Abang.

3) Antara MD dan anak-anak, siapakah kalian nak jumpa kalau diberi peluang?
Keputusan yang sukar. Pilih emak, mesti nak jumpa anak. Pilih anak, teruja nak jumpa emak. Lat ta li lat tam plung...

4) Sila jelaskan tentang diri kalian dalam 5 perkataan paling mudah.
Nampak pendiam tapi kecoh maaa....(yesss....cukup 5!)

5) Apakah detik yang paling cemas dalam kehidupan kalian?
6 tahun lalu, seekor ular tedung selar berada semalaman dalam bilik tidur 2 Abdul di Batu Pahat. Anim berada di sekolah (Sabtu) bila dihubungi Encik Suami. Mengigil lutut mendengarnya. Dan dan tu juga nak balik rumah. Menurut cerita Encik Suami, dia terdengar suara benda berdesir bila lalu bilik mereka. Nasib baiklah 2 Abdul sudah bangun dan mandi. Sewaktu Anim tiba rumah, pintu bilik mereka ditutup sementara menunggu pihak bomba tiba. Ngeri mengingatkan 2 Abdul tidur bersama ular tersebut di dalam bilik malam itu. Syukurlah....Allah menjaga mereka.

6) Apakah situasi yang paling memalukan yang pernah dihadapi?
Tersalah masuk tandas lelaki selama 5 minit di Subang Parade 

7) Apakah yang myebabkan kalian sanggup membaca entry panjang berjela MD ini?
Saya suka membaca dan sebenarnya entry kita pun 2x5 panjangnya.

8) Di antara ibu bekerja dan sepenuh masa, yang mana paling mudah dan mengapa?
Sebagai guru, saya memilih ibu sepenuh masa kerana kerjaya Encik Suami yang sering keluar daerah dan sering berpindah tempat kerja. Saya penat nak "mengejar" dan memohon pertukaran  sekolah. Alangkah seronoknya kalau saya boleh ikut menempel ke mana saja dia pergi.(Kirim salamlah.....)

9) Kalau diberi tiket kapal terbang dan penginapan percuma, ke manakah destinasi pilihan hati?
Tak kisahlah mana-mana asalkan di destinasi tersebut senang nak dapatkan makanan halal..

10) Apa perkataan yang selalu diucapkan lepas tu terasa menyesal?
Kenapalah.....

11) Melalui pengalaman berborak di alam maya bersama MD sila jelaskan apa pendapat kalian tentang MD di alam nyata (silalah gunakan kuasa imaginasi yang tinggi tu untuk memikirkan bagaimanakah orangnya si MD ni...)
Dek kerana MD anak bongsu dari 10 beradik, sure orangnya manja-manja gitu. Bila tengok rupa dua superheroes, tak syak lagi orangnya jelita gitu .

Mudah-mudahan jawapan ini dapat memuaskan hati MD. Terima kasih kerana sudi tag saya.

P/S  Seperti juga kakzakie (nak tirulah tu...) saya juga tag kesemua 291 kenalan blog saya untuk Liebster Award ini. Silalah ya...

Artikel berkaitan:

Dipulaukan


Assalamualaikum wbt...

Semalam si Abdul kecil mengadu. Dia dilarang bercakap  dengan salah seorang rakan sekelas yang didapati mencuri hp seorang guru . Dalam erti kata yang lain, guru kelasnya membuat pemulauan ke atas si dia ni. 

Bukti nyata di depan mata guru dan rakan-rakan. Si dia ni kantoi dalam pemeriksaan. Hp berkenaan berjaya ditemui terkepit di celah kelangkangnya. Dan menariknya, dua-dua sim kad sudah dikeluarkan. 

Manalah guru kelasnya tak bengang. Dia langsung tak menunjukkan rasa bersalah. Ibu bapanya yang mengetahui hal tersebut juga tidak mengambil inisiatif meminta maaf kepada guru berkenaan. Si dia mendakwa terjumpa hp tersebut di longkang dan bercadang untuk memulangkannya kepada guru. Tambahnya sim kad yang ada mungkin sudah jatuh terkeluar.

 Aduhai...bercakap dengan murid perempuan berusia 12 tahun ni, boleh buat kita geleng kepala. Kalau benar dakwaannya, apahal pulak dikepit di peha? Dan akhirnya dia juga yang menunjukkan tempat sim kad itu dibuang!

Berbalik pada si Abdul kecil yang mesra alam ni, dia cukup susah hati lihat kawan sekelasnya dipulaukan. Dia kata, Anim pernah nasihatkan dia. Kalau ada kawan buat salah, buat benda tak elok kita tak suka, kita benci . Tapi benci atau tak suka dengan perbuatannya, bukan dengan orangnya. 
Serba salah juga. Dalam kes ni, yang berkuasa guru kelas si Abdul. Kata guru kelasnya, si dia dipulaukan untuk sehari dua sebagai pengajaran. 

Malam tadi sempat google tentang satu hadis yang disebut Teacher Fauziah . Hadis tersebut berkenaan Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam yang memulaukan sahabat kerana keengganan mereka menyertai perang di Tabuk. Nak bagi link tak reti bila guna iPad (komputer masuk workshop). Tiga sahabat yang dipulaukan itu ialah Murarak bin Rabi, Hilal bin Umayyah dan Ka'ab bin Malik. Kisah taubat mereka ada disebut dalam surah At Taubah ayat 118.  Sempat "menelaah" sekejap. Namun kena tengok Tafsir Surah At Taubah untuk lebih pencerahan di Ipoh hujung minggu nanti. Bukan apa....nak maklumkan pada si Abdul kecil, tindakan guru kelasnya itu tak salah.

P/S Kadangkala niat kita lebih suci dari titisan hujan. Tetapi ia dicemari dengan kepercayaan orang lain.

Artikel berkaitan:

# Rabu Yang Senyap 47: Golongan yang bernasib baik


Assalamualaikum wbt...


Orang yang bernasib baik 3 golongan:

1- Orang yang meredhai Pencipta sebelum ia mengadapNya.

2- Orang yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya sebelum mereka berpisah dengannya. 

3- Orang yang meninggalkan dunia sebelum ia meninggalkannya.


P/S. Entry copy paste dari WhatsApp dan publish dengan hp. Tuan blog belum berkesempatan menulis .panjang:

Artikel berkaitan:

# Rabu Yang Senyap 46: Tidur satu nikmat


Assalamualaikum wbt....

Setengah orang tidur untuk berehat dari keperitan hidup;
Setengah yang lain kehidupan dapat berehat dari kejahatannya apabila ia tidur.


P/S Tidur satu nikmat. 

Artikel berkaitan:

DIAM yang mana satu?


Assalamualaikum wbt...

Lebih seminggu tak bersiaran. Kekok rasanya nak menyusun kata-kata. Terima kasih kepada mereka yang masih sudi singgah walaupun tiada entry baru.

Apa yang berlaku agaknya ya? Bagi clue dengan menyelitkan kata-kata Bahruddin Bekri dalam bukunya "Padanya Ada Cinta"..Untuk manusia, Tuhan tidak pernah memberi kisah yang sia-sia..
"Menulislah dengan hati kerana pembaca akan merasainya dengan hati. Kamu jangan menulis pada saat hati kamu sedang marah, jangan menulis pada saat hati kamu sedang dengki, dan pada saat hati kamu sedang berkira-kira bagi melakukan kejahatan. Pastikan kamu menulis dengan hati yang bersih, kerana itu akan terpamer kukuh pada tulisan kamu, dan itu yang akan dirasai oleh pembaca. Paling tidak, pastikan hati kamu di tengah-tengah, dan sekiranya semuanya tidak mungkin kerana hati kamu sudah menjadi hitam, tulis sahaja dengan fikiran, jangan biarkan pembaca merasai apa yang kamu tulis, cukuplah mereka sekadar memahaminya."
Dalam menghadapi segala kesibukan, kepayahan dan beban tugas yang perlu dipikul secara sukarela dan paksarela, Anim memilih untuk DIAM sebentar. Sungguh, ada waktunya hati terleka hingga terlepas perkataan yang tidak membawa maksud kebaikan. Bimbang beri kesan pada entry; dahlah tak mendapat pahala tetapi bertimbun dosa pula diterima. Realitinya, penulisan kita lebih panjang umurnya berbanding diri kita, betul?

Dalam buku Don't be Afraid karangan Ahmad Safuan al-Karami menyebut jenis-jenis DIAM :-

i.  Diam bodoh. Iaitu diam kerana memang tidak tahu apa yang mesti diperkatakan. Hal ini kerana kekurangan ilmu pengetahuan dan kurang pengetahuannya atau lemah pemahaman dan alasan yang lain. Namun diam ini jauh lebih selamat daripada memaksakan diri bercakap dan tidak tahu apa-apa.

ii. Diam malas. Ia suatu keburukan kerana diam ketika orang memerlukan percakapannya.Dia enggan bercakap kerana merasa tiada minat dan malas.

iii.Diam sombong. Ia termasuk diam negatif. Dia diam kerana menganggap orang yang mengajak bercakap itu tidak setaraf dengannya.

iv.Diam khianat. Diam seperti ini adalah diam orang jahat kerana dia diam bertujuan menzalimi orang lain. Contohnya diam ketika diperlukan menjadi saksi untuk menyelamatkan seseorang yang di pihak benar. Justeru ia dianggap sebagai diam yang keji.

v.Diam marah. Diam seperti ini ada baik dan buruknya. Baiknya adalah jauh lebih terpelihara daripada perkataan keji yang lebih mengeruhkan suasana. Namun buruknya pula ialah dia berniat bukan mencari penyelesaian tetapi menunjukkan kemarahannya sehingga diamnya ini juga boleh menambah masalah.

vi.Diam utama atau disebut dengan nama diam aktif. Diam jenis ini hasil daripada pemikiran, renungan dan niat yang membuahkan keyakinan akan mendapat maslahat yang lebih besar berbanding banyak bercakap.

(Himpunan Hadis Modal Insan oleh Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri)

P/S  Tengah membelek jenis diam yang sedang dilakukan ^_^

Artikel berkaitan: