Home · About Me · Sitemap ·

DIAM yang mana satu?


Assalamualaikum wbt...

Lebih seminggu tak bersiaran. Kekok rasanya nak menyusun kata-kata. Terima kasih kepada mereka yang masih sudi singgah walaupun tiada entry baru.

Apa yang berlaku agaknya ya? Bagi clue dengan menyelitkan kata-kata Bahruddin Bekri dalam bukunya "Padanya Ada Cinta"..Untuk manusia, Tuhan tidak pernah memberi kisah yang sia-sia..
"Menulislah dengan hati kerana pembaca akan merasainya dengan hati. Kamu jangan menulis pada saat hati kamu sedang marah, jangan menulis pada saat hati kamu sedang dengki, dan pada saat hati kamu sedang berkira-kira bagi melakukan kejahatan. Pastikan kamu menulis dengan hati yang bersih, kerana itu akan terpamer kukuh pada tulisan kamu, dan itu yang akan dirasai oleh pembaca. Paling tidak, pastikan hati kamu di tengah-tengah, dan sekiranya semuanya tidak mungkin kerana hati kamu sudah menjadi hitam, tulis sahaja dengan fikiran, jangan biarkan pembaca merasai apa yang kamu tulis, cukuplah mereka sekadar memahaminya."
Dalam menghadapi segala kesibukan, kepayahan dan beban tugas yang perlu dipikul secara sukarela dan paksarela, Anim memilih untuk DIAM sebentar. Sungguh, ada waktunya hati terleka hingga terlepas perkataan yang tidak membawa maksud kebaikan. Bimbang beri kesan pada entry; dahlah tak mendapat pahala tetapi bertimbun dosa pula diterima. Realitinya, penulisan kita lebih panjang umurnya berbanding diri kita, betul?

Dalam buku Don't be Afraid karangan Ahmad Safuan al-Karami menyebut jenis-jenis DIAM :-

i.  Diam bodoh. Iaitu diam kerana memang tidak tahu apa yang mesti diperkatakan. Hal ini kerana kekurangan ilmu pengetahuan dan kurang pengetahuannya atau lemah pemahaman dan alasan yang lain. Namun diam ini jauh lebih selamat daripada memaksakan diri bercakap dan tidak tahu apa-apa.

ii. Diam malas. Ia suatu keburukan kerana diam ketika orang memerlukan percakapannya.Dia enggan bercakap kerana merasa tiada minat dan malas.

iii.Diam sombong. Ia termasuk diam negatif. Dia diam kerana menganggap orang yang mengajak bercakap itu tidak setaraf dengannya.

iv.Diam khianat. Diam seperti ini adalah diam orang jahat kerana dia diam bertujuan menzalimi orang lain. Contohnya diam ketika diperlukan menjadi saksi untuk menyelamatkan seseorang yang di pihak benar. Justeru ia dianggap sebagai diam yang keji.

v.Diam marah. Diam seperti ini ada baik dan buruknya. Baiknya adalah jauh lebih terpelihara daripada perkataan keji yang lebih mengeruhkan suasana. Namun buruknya pula ialah dia berniat bukan mencari penyelesaian tetapi menunjukkan kemarahannya sehingga diamnya ini juga boleh menambah masalah.

vi.Diam utama atau disebut dengan nama diam aktif. Diam jenis ini hasil daripada pemikiran, renungan dan niat yang membuahkan keyakinan akan mendapat maslahat yang lebih besar berbanding banyak bercakap.

(Himpunan Hadis Modal Insan oleh Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri)

P/S  Tengah membelek jenis diam yang sedang dilakukan ^_^

Artikel berkaitan:

12 Komen untuk "DIAM yang mana satu?"

  1. Makchaq kadang2 diam marah/merajuk dengan pakchaq..tapi pasai jenih suka bercakap... tak dan lama sibuk nak bercakap... tak dan orang nak perasan kita merajuk..

    BalasPadam
  2. Makin banyak bercakap makin banyak silapnya... Lebih baik diam.
    Tapi kalau boleh diam dari bercakap tapi jangan diam dari blogging, hehe...

    BalasPadam
  3. . Akak diam buat 'dono' (don't know'), diam buat tak tahu. Hi Hi

    BalasPadam
  4. Diam marah tu ada masanya ada pada diri kakak tau. Kakak rasa banyak tak baik tapi hati dah marah ikut kata syaitanlah tu... Allahurobbi.

    Diam utama pun kakak ada juga sebab bila banyak kerja memang kakak diam terus tak cakap, khusyuk buat sampai habis. Bila selesai kan huwaaahh.... leganya nak cakap pun dah selesa. Masa itu blog pun terus diam bila dah selesai baru boleh berblog semula..

    BalasPadam
  5. Membaca sambil menilai diri...

    BalasPadam
  6. TQ kak berkongsi ilmu lagi...
    harapnya kita semua memiliki sifat2 diam utama tu... InsyaAllah!... dulu sy ni mmg jenis huha-huha kak, suka buat lawak..menjak umur meningkat ni mcm dah kurang bercakap plak...hehe

    BalasPadam
  7. diam sebentar kerana berfikir sebelum berkata - kata itu lebih baik kerana kebarangkalian membuat kesilapan itu sgt nipis .

    BalasPadam
  8. Anim tapi kan kalau tamu datang..tuan rumah diam jer..tak datang lagi lah tamunya kot!

    BalasPadam
  9. Saya kalau marah memang berdiam diri. Pertama, tak mahu menghaburkan kata-kata yang kurang enak di telinga. Kedua, kerana nak mengawal hati dan perasaan supaya tenang semula. Kalau tengah khusyuk buat sesuatu pun saya diam juga kerana nak beri sepenuh konsentrasi dan tak mahu diganggu :)

    BalasPadam
  10. Saya diam sebab tak tau nak cakap apa...

    BalasPadam
  11. Byk jugak jenis diam kan kak anim....alhamdulillah dpt ilmu baru...

    P/s akak jgn risau ye..sy rak kecik ati pun...sy terima tguran akak dgn ati yg terbuka...sy mnsia biasa xlari dr melakukan kesilapan..terima kasih sudi tegur sy ;)

    BalasPadam
  12. Thanks sharing... byk jenis rupanya diam ni... :-)

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai