Home · About Me · Sitemap ·

Balik awal


Assalamualaikum wbt...


Sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Yang Teramat Mulia   Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, hari ini, Rabu, 21 Mei 2014,  diisytiharkan sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh Negeri Kedah Darul Aman.

Pagi tiba sekolah baru tahu berita. Minggu ini minggu peperiksaan. Selesai satu paper, semua murid diarahkan pulang.

Balik awal. 8.50 pagi, sudah sorong basikal keluar pagar sekolah. Cikgu pun start enjin kereta.

Singgah minum pagi di Restoran Al Shiffa.Penuh kedai makan dengan budak-budak sekolah, baik dengan mak pak mahupun sesama mereka (budak sekolah menengah). Maklum...balik awal.

P/S Budak kampung senang sikit. Ramai yang berbasikal ke sekolah. Tak kurang ramai yang berjalan kaki. Bila kelibat budak sekolah balik, mak pak yang kebanyakannya kerja kampung "alert" ambil anak. Sekejap je dah clear sekolah.

Artikel berkaitan:

24 Komen untuk "Balik awal"

  1. Anak saya yg form 3 tak sempat menduduki exam..7.45 dah blk tercegat kt rumah semula..yg darjah 2 pun sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. awalnya..sekolah saya tu dok dalam, lambat dpt informasi..huhu

      Padam
  2. Innalillah...
    Periksa tergendala hari ini..
    Tapi bebudak suka bila dpt cuti ni Anim
    Cikgunya macam mana plan? Periksa tambah sehari lagilah ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bebudak +cikgu = suka
      tapi cikgu pun susah hati sebab tinggal satu hari saja esok..nak masukkan semua subjek tertinggal.huhu

      Padam
  3. seronoknya lah sekolah kat kg . teringat zaman kanak - kanak dulu . al-fatihah .

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronoklah..naik basikal p sekolah..hihi

      Padam
  4. bestnya kak... anak saya sekolah kat kampung gak tpa dah separa bandar..nak bagi bawak basikal pun kami tak berani..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak pun kadang2 geleng kepala tengok keberanian mereka bawa basikal p sekolah. tu belum tunjuk bawa motor p kelas tambahan :-))

      Padam
  5. Al fatihah...

    Seronok nyaaaa sekolah..teringat dulu zmn2 sekolah...
    dulu verangan nak jadi cikgu..tapi tiada tercapai...

    Salam perkenalan semua, jom singgah fb page kami -->https://www.facebook.com/580234235365326/photos/pb.580234235365326.-2207520000.1400651822./662551063800309/?type=3&theater

    BalasPadam
  6. Alfatihah buat almarhum.....
    Almarhum ni adik beradik ngan agong ke Nim... muka sama yek......
    Murid cikgu lompat bintanglah yer hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Almarhum ialah afinda DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong

      Padam
  7. Innalillah...
    Sukelah anak2 murid dan cikgu2 dpt cuti. Ada yg balik sambung tidor kot, hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayat yg last tu..ada, sape lagi kalau bukan kak anim!

      Padam
  8. salam takziah & alfatihah.. tp seronok juga sesekali dpt balik awal ni yer anim !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pertama kali alami keadaan ini, peliklah depa walaupun seronok sebenarnya

      Padam
  9. al fathihah..
    seronok kalau sekolah area kampung.. teringat mase fifi sekolah dengan atuk dekat kg dulu.. naik basikal juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak jalankaki fifi. Takde pengalaman naik basikal p sek zaman sek rendah. Dah sek menengah brlah berpeluang

      Padam
  10. kedha cuti best hoo..kena pula hari jumaat terus cuti sabtu dan ahad. itu masa saya zaman sekolah dulu.

    BalasPadam
  11. al fatihah..


    murid2 sukalah cuti ..sekolah kat kampung best..

    BalasPadam
  12. Al-fatihah dan salam takziah.

    Budak-budak (mungkin orang dewasa juga) sukalah bila dapat balik awal, tak perlu sekolah. Kalau di KL macam ni, mahu makpak yang ambil anak pening kepala nak arrange transport. Kalau kena macam saya, memang cuti setengah harilah nampaknya :)

    BalasPadam
  13. Al-fatihah..seronoklah anak-anak dapat cuti ya..

    Set Bersalin Terbaik

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai