Assalamualaikum wbt...
Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajar murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar dan berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.
Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” Ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”
“Ya,” jawab anak itu singkat.
” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz
Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih dan betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)
Ya,” jawabnya lagi, dan segera membacanya. Baik dan lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada.
Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “kamu hafal surat An-Nahl?”
Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dengan surah-surah yang lebih panjang.
“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”
Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”
“Ya,” jawabnya dengan jujur.
Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, “Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah”
Setelah hari itu menjelang Maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,” Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.
Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah terkejut kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat dan pandai.
Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan Ustaz akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki. Di rumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yang kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.
“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.
Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,
“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,"
“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti”
Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.
Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah.
Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai dan mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun dan sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.”
Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat dan perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang-orang yang punya kemahuan dan motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain.
Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup di antara sekian banyak wanita.
Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan dan keturunannya, seperti sabda Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, dan agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari dan Muslim).
Perempuan yang kita tahu dalam cerita di atas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin.
Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.
Semoga dari perkongsian WhatsApp di atas dapat kita ambil pelajaran dan dijadikan teladan.
P/S Apabila anak panahmu tidak mengenai sasarannya;jangan fikir apa kesalahan yang kamu lakukan. Sebaliknya ambillah anak panah kedua dan fikirkan; apa yang harus kulakukan dengan cara yang betul agar aku dapat mengenai sasarannya.
P/S Apabila anak panahmu tidak mengenai sasarannya;jangan fikir apa kesalahan yang kamu lakukan. Sebaliknya ambillah anak panah kedua dan fikirkan; apa yang harus kulakukan dengan cara yang betul agar aku dapat mengenai sasarannya.
tersentuh membaca entri ni anim, banyak perubahan diri patut dibuat untuk mendidik anak mencintai Quran dan Allah swt.
BalasPadamAduh, terasa kegagalanku..
BalasPadamAnim, teringat semalam berbual dengan sahabat yang juga seorang doktor. Katanya, " Terkejut dan takut bila budak-budak perempuan bertudung datang ke klinik dan minta ubat elak mengandung. Bila ditanya kenapa..alasannya..ala saya bukan dara pun.."
Pernah berada dalam situasi yg hampir sama ketika bekerja di sebuah. Takut tegok budak2 lg dah tau benda bukan2.
PadamEntry ni beri semangat utk didik anak dgn lebih baik. Setidaknya sebelum masuk sekolah dah habiskan Al-Quran dengan lacar pun bagus.
PadamSalam Kak..
BalasPadammmg bayak pengajaran dari N3 akak ni.. Ya Allah! mudah2an anak2 kita juga akan mencintai Al-Quran... amin! :)
Very inspiring story. Tetiba rasa betapa jahilnya diri, kadangkala terleka dek kerana sifat malas dan rasa penat. Perkongsian yang sangat membuka mata saya ni, Anim. Thanks!
BalasPadamKakak punya angan-angan tinggi seperti ibu di dlm N3 ini tapi tak berjayalah Anim..
BalasPadamBahagianya kalau punya anak-anak begitu - terasa di dalam kubur pun tenang terasa.
cerita yang sangat bagus ^_^ termotivasi baca cerita nie
BalasPadamakak.. bergenang airmata baca entri akak ni.. terasa betapa ruginya saya sebagai seorang ibu yang mempersiakan hidup anak2..Ya Allah.. terima kasih kak..
BalasPadamsegalanya bermula drp janin. sbb tu org tua2 selalu kata , masa mengandung jgn melawan cakap suami utk mengelakkan anak dlm kandungan ikut perangai ...
BalasPadamassalam..singgah dan follow sini
BalasPadamcerita yg sgt bermesej
Perkongsian yang berguna. Suka baca kisah ini. Ada pengajaran yang tersendiri untuk kita yang bergalar ibu bapa.
BalasPadamSangat terkesan...sangat tersentuh... tq for sharing...
BalasPadamYang lepas biarkan berlalu kan Nim...bak kata Anim panahlah kali kedua supaya kena pada sasarannya kali ini...hehe.... nak buat macamana pulak yeh ...ada tips hehe?
BalasPadamrsa semngat sgt bc entry ni.
BalasPadamLuth pn masih kecil..insyallh belum terlmbat nk didik di kan Anim?
insyllh, kalau x sebaik ni.. dapat buat sikit2 pn dah okey..
insyallah
bukan mudah nak ajar mereka.klu anak minta yang bukan bukan parah juga kalau si ibu ayah hidupnya bukan senang.
BalasPadamsaya asas dalam mendidik anak sekarang iqrak lagi.tak paksa sebab rasa dia dekat sekolah dan rumah ada belajar.tpi cadang nak htr dia ke kelas mgaj nanti.doakan ya sis
Siapkan diri dari sekarang ;p
BalasPadam