Home · About Me · Sitemap ·

Marta...cer teka..cer teka


Assalamualaikum wbt...

Petang Khamis dah memandu pulang ke Ipoh. Tak sabar-sabar no walhal cuti ada 9 hari.  Home sweet home.

Untuk yang baru tersinggah blog Anim ni, dah 3 bulan Anim berulangalik SP-Ipoh-SP. 2 bulan jadi penumpang setia Bas Mara Liner Sp-Ipoh-Sp, akhirnya memilih untuk memandu kerana memudahkan urusan ulangalik. Apataknya, balik Ipoh bawa baju untuk digosok dengan iron jimat tenaga tu dan stok ikan basah. Balik ke SP pula, nak bawa air tapisan berbotol-botol (stok seminggu). Kan ke payah kalau berangkut naik bas.

Encik Suami belum tiba dari KL kerana urusan kerja. Kami (bersama si Abdul kecil) tiba dulu. Melangkah masuk ke rumah...aaaah, damainya perasaan. Lepas segala stress di SP. Bagusnya Encik Suami ni, walaupun tinggal berseorangan, rajin dia berkemas. Ruang tamu kemas, dapur kemas, bilik pun kemas. Pinggan mangkuk pun tersusun cantik dalam almari. Buka fridge, penuh dengan bahan makanan. Sukalah si Abdul kecil.

"Perpisahan" kali ini membawa perubahan ketara. Berbeza dengan tahun-tahun terdahulu, bila Encik Suami diarahkan berpindah tempat kerja, dia akan pergi dulu sorang, cari rumah sewa dan tinggal seadanya.Kemudian barulah Anim dan anak-anak menyusul bersama barang-barang. Namun berbeza pula bila berpindah kerja ke Ipoh. Barang-barang semua dah diangkut cuti sekolah bulan 12 lalu kerana Anim sangka dapat transfer sana. Namun itu semua urusan Allah kan. Anim tak dapat transfer dan balik ke SP semula bersama si Abdul kecil manakala si Abdul sulung ke asrama di Ipoh.

"Perpisahan" kali ini menjadikan rumah yang disewa di Ipoh pula lengkap manakala Anim dan si Abdul pula tinggal di SP seadanya. Kesian kat Encik Suami kerana tinggal sorang-sorang dalam rumah 3 tingkat, 5 bilik ni. Kata Encik Suami, ada staffnya bertanya, tak rugi ke sewa rumah besar tu sorang diri. Maklum tak de sapa nak diajak berbual di rumah. Tak rugilah jawabnya kerana rumah itu akan "penuh" malam Khamis hingga petang Sabtu . Tu sebab, walaupun tak memasak sendiri namun setiap Khamis, fridge akan dipenuhkannya dengan stok makanan,  untuk kami habiskan 3 hari 2 malam , heee.

Alamak..panjangnya intro. Bila nak masuk cerita berkaitan tajuk entry ? Nak cerita fasal Workshop "Phonics" bersama mentor Program Penutur Jati kami, Marta, Rabu lalu di salah sebuah sekolah di SP.

Nak suruh teka tentang gambar..tu le. Nak wat camna, intro dah panjang sangat. Takkan nak delete pulak. Jangan mare. Ok..ok. Siapa yang dapat teka dengan tepat , ada hadiah misteri menanti anda. Sudi-sudikanlah ya...

UPDATE : Tekaan gambar ditutup. Dah ada yang meneka tepat (walaupun baru 3 orang komen)..heee. Kedekut tul Anim ni_-))

P/S  Mertua dan adik ipar dari Kota Tinggi nak mai ziarah kami esok (Sabtu). Mungkin 3, 4 hari juga duduk Ipoh. Kalau tak sibuk bawa depa jalan-jalan atau dok dapur manjang, Anim akan BW kemudian, in sha Allah. 

Artikel berkaitan:

14 Komen untuk "Marta...cer teka..cer teka"

  1. Saya juga ada satu sejarah yg sangat panjang mengenai perkahwinan jarak jauh ini. Campur2 lebih kurang 8 tahun saya dan isteri tak tinggal serumah, masing-masing menjadi weekend husband-wife yang cuma bertemu sekali seminggu. Alhamdulillah sekarang kami dah tinggal sebumbung....

    BalasPadam
  2. Boleh tahan intro...macam flashback pula...hehe
    Nak teka :
    1. Marta takutkan lipas
    2. Marta takutkan cicak
    3. Marta takutkan tikus
    4. Marta takutkan spider
    Kalau xkena salah satunya...entah le...hihi

    BalasPadam
  3. Salam Anim, berbanyak berdoa kemahuan Anim, inshaAllah dipermudahkan. Marta panik ke ada mickey mouse ke hehe. Happy holiday k.

    BalasPadam
  4. apalah yg ditakutkan minah saleh tu sampai naik atas meja hehe..ada kucing tersesat masuk kut..

    BalasPadam
  5. nak wat cam mana dah tugaskann,nak tak nak kenal weekand jek baru dapat bersua..semoga dipermudahkan segala urusan Anim sekeluarga..

    ghase2nya ada tikus sesat kottt ..or maybe lipas..hehe

    BalasPadam
  6. Datang dah tak de rezeki nak teka hehe....
    Mesti tengah sebok memasak asam pedas ni.....ke bening sayur? Maklum le org jauh datang....hehe

    BalasPadam
  7. harap bersabar dlm mengharungi perkahwinan jarak jauh ini..

    BalasPadam
  8. dah tutup ? cheh , tak aci tul . selalunya lipas . ikan kat sp lbh murah drp ipoh yer . meriahlah rumah 3 tkt bila tetamu bertandang nanti . kat umah ni pun sama . semlm dah dtg satu family . maklumlah , my bonda kat sini ...

    BalasPadam
  9. panjang intronya..tp suka baca juga hehe..ala dah tutup ke kak..tak sempat pla..tp kalau tengok mcm takut lipas lah kak hehehe

    BalasPadam
  10. hehehe suka plak baca intronyer.. apalah yg ditakutkan marta tu yer

    BalasPadam
  11. hahaha... kak anim kena bukak game baru ar... kesian peminat2 belog kak anim...
    jom kita sponser hadiah seperti "yang dibincangkan tadi"...hehehehe

    BalasPadam
  12. Alamak, baru nak main teka-teka rupanya dah ditutup pulak! Takda rezeki nampaknya nak dapat hadiah misteri dari ANIM :)

    Begitulah adat bila duduk berjauhankan. Nak buat macamana dah ditakdirkan begitu. Bila boleh cuba memohon untuk transfer ke Ipoh,tahun depan ke?

    BalasPadam
  13. Kak Anim, ni kalau anak murid tengok ni, nanya ni, hehehe... Orang putih takut...?

    Kak Anim nak tanya, di Kedah dah wujud ke jawatan SISC + (School Improvement Specialist Choches)-Lebih kurang macam pembimbing jugalah. Di Selangor baru mula tahun ni. Di sekolah rendah baru mula SISC+ Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sekolah saya dah kena.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai