Assalamualaikum wbt...
Bila terima mutiara kata Arab yang dishare oleh Ustaz Akmal (ada Anim tulis namanya dalam entry sebelum ini) ..tak sabar-sabar nak share pula di blog.
Bila terima mutiara kata Arab yang dishare oleh Ustaz Akmal (ada Anim tulis namanya dalam entry sebelum ini) ..tak sabar-sabar nak share pula di blog.
Ikan yang mulutnya kekal tertutup tidak sekali-kali akan dipancing joran;
Sembunyi dan jangan hebahkan urusanmu..
Boleh jadi di sana ada orang yang sedang menunggu untuk memancing pemberian dan kejayaanmu.
Sabda Nabi SAW bermaksud:
Orang yang tidak bersyukur dengan nikmat yang sedikit;
Tidak akan bersyukur dengan nikmat yang banyak.
Orang yang tidak berterima kasih kepada manusia;
Mereka tidak akan berterima kasih kepada Allah.
Bercerita tentang nikmat Allah itu adalah syukur;
Tidak menceritakannya itu adalah kufur(nikmat).
Berada dan bersama jamaah itu satu rahmat;
Berpecah belah itu satu azab.
(Hadis dihasankan Imam Albani)
Berkata seorang hukama Arab:
Jika kamu memberitahu seseorang satu rahsia;
Sebenarnya kamu telah menganugerahkannya satu panah
boleh jadi ia akan memanahmu suatu hari nanti.
Kalaulah di sana ada kedai yang menjual kebahagiaan;
Kamu akan dapati manusia berbondong-bondong menuju kepadanya dan membelinya dengan harga yang paling mahal
Namun mereka sebenarnya jahil bahawa satu sujud di sisi Allah tak memerlukan apa-apa bayaran.
Jangan terlalu banyak berfikir, sebaliknya banyakkan beristighfar;
Allah membuka banyak pintu dengan istighfar yang tidak dibuka dengan berfikir.
P/S I love Mutiara Kata. Disampaikan dalam kalimat pendek tetapi penuh makna dan terkesan di hati si pembacanya.
Perkongsian yang bagus :) Saya sedang bermuhasabah diri :D
BalasPadamTaufiq singgah sini :) awksweetgitu.blogspot.com :) Support each other =)
terima kasih kak Anim..memang terkesan di hati bila membacanya..
BalasPadamKena sentiasa bersyukur kepada Allah. Allah suka.
BalasPadamSaya juga minat dgn mutiara kata yang punya pengisian yg terkesan dihati. Baru juga terbitkan mutiara kata Imam Al Ghazali...hehe
BalasPadamMutiara kata bahasanya indah..
BalasPadamSemoga kita dpt ambil ikhtibar drnya ye.
suka dgn mutiara2 kata ni, tq berkongsi yer anim !
BalasPadambila kita dekat dgn Allah , maka kita juga akan merasa bahagia .
BalasPadamsangat indah mutiara kata ini kak anim..
BalasPadamMutiara kata yang sangat baik untuk difikir-fikirkan agar kita menjadi seorang Muslim yang bertakwa kepada-Nya.
BalasPadam