Assalamualaikum wbt....
Kita diingatkan supaya sering menjaga lidah namun tahukah....kita juga dilarang diam membisu sehari suntuk!
Dalam Riyadus Solihin oleh Imam Nawawi (Bab 366: Larangan Diam Sehari Suntuk) menerangkan larangan ini :
1. Ali melaporkan, "Saya menghafal kata-kata Rasulullah, "Tidak dikira yatim lagi orang yang sudah cukup umur, dan tidak boleh diam seribu bahasa sampai sehari semalam." - Direkodkan oleh Abu Daud.
2. Qais bin Abu Hazim melaporkan, "Abu Bakar datang berjumpa dengan seorang perempuan daripada keluarga Ahmas yang dikenali sebagai Zainab. Abu Bakar melihat dia tidak bercakap.
Abu Bakar pun berkata, "Mengapa dia tidak bercakap?"
Orang ramai menjawab, "Dia berazam hendak diam"
Abu Bakar pun berkata kepadanya, "Puan bercakaplah, sebab perbuatan ini tidak dibenarkan, ia adalah amalan orang jahiliyah!"
Lalu Zainab pun bercakap-cakap dengan oranglain. -Direkodkan oleh Bukhari
Wallahua'alam.
P/S Kena biasakan diri menjadi orang pertama yang menegur oranglain. Jangan buruk sangka walaupun orang tak layan.
Bila bercakap pula kena lihat tempat dan masa juga kan Anim..
BalasPadamRugi dok diam Allah dah bagi mulut dan lidah.
Salam ukhuwah aneem,
BalasPadamInfo yg bermanfaat ....
Akak follow #277 jemputlah ke blog kecil akak :)
bercakap bila perlu ... klu x nak cakap , baca Quran .
BalasPadamKalau tak ada perkataan baik untuk di perkatakan lebih baik berdiam...berdiam tak semestinya tidak pula sampai tak bertegur sapa atau sekadar memberi salam pun...
BalasPadamitulah yang di maksudkan..
wallahu.alam..
alhamdulillah...penambahan ilmu
BalasPadambetul tu kak anim.. macam bagi salam pun kita kena mulakan dulu bagi salam kat orang yang kita jumpa.. salam jumaat kak anim.. :D
BalasPadammestilah berbicara tapi kalau asyik pekara lagha itu lebih baik diam
BalasPadamKadang tu kalau merajuk Nim...... mmg diam ajelah sepanjang hari...hehe buat kerja sampai settle....dah sejuk barulah pot pet pot pet....
BalasPadamKalau mood tak bagus, barulah diam saya nih. Kalau tidak memang bercakap aje tak berhenti :) Tapi takdalah bergosip 24jam pulak. Asal tak menyinggung perasaan orang lain, boleh ye...
BalasPadam