Home · About Me · Sitemap ·

Restoran Bawal Awal Hasimin@Tikam Batu

 Pilihan ke2 menikmati gulai ikan sembilang . Dibuka 10 a.m hingga 10 p.m  Tutup hari Jumaat. Nak pekena sembilang di Naim Sembilang, Yan...jauh la pulak.

Order Claypot ikan sembilang untuk seorang..ada telurnya sekali, best..best...
Ummi tak de geng nak makan!!
(Claypot ikan bawal, ikan jenahak, ikan pari, ayam kampung pun ada!!!)

Ikan bawal goreng panas-panas untuk si Abdul (botol kicap Kipas Udang sebotol besar disediakan disetiap meja!). Merungut juga dia kerana tak ada sambal kicap macam kedai makan lain.

 Bila makan ber2 saja dengan si Abdul, teringat pulak dengan sorang lagi anak di kampung. Apa lunch dia tengahari ni agaknya. Menu kami simple tapi punya seksa Anim nak bagi perabih sebab si abang ni tembolok kecik!!! Separuh ikan pun tak abis....
(Menu ber2 bersama sirap bandung dan apple jus ini RM23.70)

 Rezeki orang bersunat....
Gara-gara bertegur dengan seorang wanita bersama 2 anak gadisnya (agaknyalah) yang menikmati hidangan di meja bersebelahan...dihulurkan RM10 kala diberitahu si hero ni baru keluar "pertapaan"..baru menyarung seluar jeans...

Puncanya.....mulut ni mengajukan soalan "Sedap, kak?" waktu terpandang dia sedang menikmati wajik yang dijual di sini...


P/S Menu disediakan panas-panas macam Restoran Tomyam...berasap-asap makanan dihidangkan.

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Restoran Bawal Awal Hasimin@Tikam Batu"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai