Home · About Me · Sitemap ·

Ikan pekasam@Kg.Komoi

Carian google

Waaa....hari ni macam lipas kudung. Plan nak balik Johor petang Khamis ni..tiba-tiba Encik Suami call dari ofis, sok dia ada emergency meeting di KL. Apalagi...Subuh esok tumpang sekaki laa. Senangkan...lepas tu boleh balik Johor. Save dah separuh duit tol, duit minyak..
Alamak...ikan pekasam untuk emak belum order. Emergency order nih...

 Kg.Komoi, Batu Lintang dalam kawasan bendang. Selalunya "temujanji" ambil ikan pekasam di pagar sekolah (tak jauh dari sini) tetapi hari ni...Anim nak p sendiri, nak tengok sendiri. Ikut plan yang diberikan...

P ber2 dengan si Abdul sulung. Aduhh...jalan dalam bendang...ngam-ngam satu kereta. Macamana kalau bertembung dengan kereta lain?
Nekad....Bismillah....

En.Din dan Pn.Yati ni waris anak murid sekolah Anim yang menjalankan perusahaan ikan pekasam  secara kecil-kecilan.
Ikan tu depa cari sendiri. Pasang pukat kat sawah. Ikan sepat, ikan puyu, ikan lampan dan beberapa jenis lagi. Sebab tule kena order awal...takut tak ada ikan.
Depa hantar ikan-ikan pekasam tu kat kedai-kedai area Tikam Batu.

 Ikan yang dah dibersihkan direndam dengan garam.

 Kemudian digaul bersama beras yang dikisar. Oopss..gambar mesin pengisar blur semacam. Lupa nak set balik my LUMIX..dari night scenery to potrait...huhuhu...
Beras kena yang elok sikit...faktor utama kualiti ikan pekasam.

Ni kuali untuk menggoreng beras bagi nampak perang. Cuti sekolah ni anak-anak En.Din dan Pn.Yati yang membantu...

Ole-ole untuk orang Johor!! Memang class pekasam ni...ikan baru, kurang masin, tak "bau". Sejak pekena sekali, dah tak membeli pekasam di Tanjung Dawai dan Pekan Rabu...

UPDATE : No.telefon En.Din 012 4041392

P/S Nasihat dari Prof.Dr.Muhaya; jangan menawar harga barangan dengan peniaga kecil, jangan minta diskaun dari pengusaha kecil...

Artikel berkaitan:

1 Komen untuk "Ikan pekasam@Kg.Komoi"

  1. semalam tempat ni masuk tv1 dalam dokumentari selama setengah jam

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai