Gelak terima sms kak Wan, geng bas sekolah."Nk tnya Anim, kt mna tmpt mkn yg marvelous sket kat sp ni? bosan la mkn kt umah.kt luar pn tmpt biasa, bosan gak" (ni truly bahasa sms dia...no editing...hahaha)
Mana chek tak gelak...yang bertanya ni anak jati Kedah, duduk SP dah berpuluh tahun..Bertanyakan kita ni yang baru 2 tahun dok SP...(nampak sangatle awak tu "rajin" memasak..huhuhu)
Hmmm...cam dah habis pusinglah kak Wan. Kalau ada restoran/tempat makan baru, cantik, bersih sikit pun tak berani nak introduce, nak citer dalam blog...sat lagi bila kak Wan p dah tutup!!!Yang "bawah pokok" je yang bertahan lama...nak buat macamana???
Contohnya baru-baru ni try satu tempat untuk lunch......
Menarik banner tu. Dari jauh dah nampak. Gulai rusa dah rasa. Yang bakar belum lagi. Daging rusa ni, silap masak, silap sembelih...ada bau "hamis" sikit. Tapi...tulah, bawah pokok lagi...
Tuan punya kedai pun kata daging rusa ambil dari Baling. Sepinggan rusa bakar ni RM10..takle banyak mana. Daging rusa bakar...cicah ayaq asam...rasa dah serupa daging lembu pulak.
Tengoklah kedainya... Bukan kita ni memilih sangat, tapi tak jumpa restoran jual daging rusa kat SP. Camna tu?
Tapi tak taulah nanti...bila projek landasan keretapi berkembar Ipoh-Padang Besar ni siap nanti dan SP akan menjadi pusat pengangkutan termoden (perkhidmatan keretapi laju)...suasana akan berubah..
P/S Restoran Nasi Kandarlah memang sentiasa diminati.... penuh je pagi, tengahari, siang dan malam.
sedap ek daging rusa bakar??ada bau tak daging dia
BalasPadambiar kedai sempoi... janji kedai bersih dan makanan sedap serta harga berpatutan.... heeee3x
BalasPadamsalam cikgu...kat ner ni?nak try la dagin rusa
BalasPadambila dibakar tak berbau...
BalasPadammasak gulai, adale sikit..
kazman~gerai bawah pokok kdg2 lebih mahal dari restoran!!
BalasPadamshaiful~kat stesen keretapi sp la..
BalasPadam