Home · About Me · Sitemap ·

Balik Kampung Ooo Balik Kampung


Pernah tinggal di kawasan kampung di Fulda Hammerz, Germany.  Depa ni semua petani-petani kaya.. punya ladang gandum yang luas dan ternakan lembu tenusu. Kalau lalu kawasan lembu-lembu ni...terhidu "keharumannya" dari jauh. Kambing biri-biri jiran sebelah ni memang suka "mendekati" Minah Melayu ni. Pelik kot depa tengok satu-satunya minah bertudung kat kampung depa...

 Kawasan perkampungan Marken, Holland. Semua rumah kampung dicat sama...warna hijau. Titi nilah bahagian paling tinggi. Yang lain rata semua. Hampir separuh Holland( Belanda) kurang 1 meter dari atas paras laut..
--------------------------------------------------
Lama tak update blog. Cuti sekolah bermula...sibuklah jadi suri rumah sepenuh masa. Tak boleh nak mengadap komputer. Cepat masa berlalu...sampai tak terkejar tangan melakukan semua perkara.

Petang ni nak bertolak balik ke kampung. Musim cuti sekolah...balik kampung daa.. Dekat 6 bulan tak balik Johor...duduk Malaysia kalau 6 bulan lama dah..lainlah tinggal di London, US , Amsterdam ke.... Anak-anak dah menyebut lamanya tak jumpa embah, tok pak (MIL dan FIL).

Walaupun Anim tinggal di Sg.Petani dan bertugas di kawasan kampung...suasana kampung di utara dan selatan amat berbeza. Kampung-kampung kat Johor meriah dengan pokok-pokok bunga di depan rumah.Rumah-rumahnya pun dicat dengan warna-warna terang. Teringat cerita abah waktu berkunjung ke SP 2 bulan lalu, pelik sungguh dia melihat semua orang berkopiah putih ke masjid, dan ke kenduri perkahwinan. Suasana begini jarang kedapatan di Johor. (Yang berkopiah putih, pak haji!) Ada tak ada...kalau ada kematian., barulah nampak kopiah putih di kepala.

 Pasar Pagi (Pasaran) setiap Sabtu di Pt Sulong wajib disinggah nanti. 2 Abdul (berjaket kelabu) tak pernah miss menuju ke tempat jual mainan..huhu

P/S Kampung sendiri???? Tak de gambar...aduhai, silap..silap. Tunggu N3 pulang dari kampung la pulak!!



Artikel berkaitan:

Mata Kail vs Mata Ikan


Alkisah, dah dekat seminggu Anim sakit tekak. 2 hari jugalah tak pergi mengajar. Sejak 3 hari lepas...seksanya nak minum dan makan hatta menelan air liur. Klinik sudah, hospital pun sudah. Bila disuluh dengan torchlight...tu dia...ada ulcer pulak dalam tekak...La ni.. telinga, mata, leher, badan pun jadi sakit..Sabar..sabar...sakit tu kan penghapus dosa..

"Anim cari mata kail, lepas tu rendam dalam air. Air rendaman tu Anim minumlah."
kata Kak Lah sewaktu bertanyakan keadaan diri Anim semalam di bilik guru.

Mula-mula terfikir jugak apa kaitan mata kail dengan ulcer di tekak. Ya tak iya jugak..mata kail tu nak menarik "mata ikan" (ulcer dalam bahasa Melayu kita).

Tapi...bila tiba di rumah dan minta Encik Suami tolong keluarkan dari kotak memancing si Abdul...
dia kata Anim merepek. Kotor mata kail tu katanya.
Masih tak puas hati, kak Lah kata guna yang baru, tak pakai lagi pun tak apa.
Ditegurnya kita, besi direndam dengan air, kemudian diminum, sure ada tindakbalas. Tak elok.
Eh, kita degil lagi. Bagi alasan kenapa stainless steel sudu boleh guna.
Stainless steel tu lain, tahan karat, Mata kail tu tak tau buat dari besi apa. Lain penyakit pula datang
Tulah degil..tak nak dengar nasihat orang..
Percuma je dapat tazkirah.
Dia kata nanti  p jumpa doktor lain pula

P/S Sains versus petua...the winner is Encik Suami

Artikel berkaitan:

Menantu Impian Abah...

Ni bukan situasi semalam.....

Makan malam di rumah kami ber4 malam tadi bertukar suasana bila Encik Suami tiba-tiba memberitahu si Abdul supaya cari isteri yang tidak pernah duduk asrama bila nak kahwin nanti.

"Kenapa Bah?"

Alasannya, budak perempuan duduk asrama tak pandai masak. Si Abdul cerewet makan. Makan nak sedap saja,katanya.

" Abis, Ummi dulu duduk asrama tak ?" pandai pula si Abdul pusing balik.

Tergelak bila Encik Suami kata kerana tak duduk asramalah Anim pandai masak. Iyalah tu. Tambahnya lagi, Embah (MIL) pun tak duduk asrama. Eh, ke situ pulak. Dah tentu zaman MIL tak de asrama. Nak "goreng" lah tu. Ni sudah lebey..

(Lebih 20 tahun berkahwin..nilah dengar pujian dari mulut Encik Suami sendiri. Dah berat mulutlah katakan. Nak tahu dia sedap...tengok pinggan nasi dia. Kalau licin berkilat, menambah 2 senduk bermakna sedaplah. Kalau sedikit je dijamahnya...tau-tau sendiri)

Anim konon-konon nak bela kaum sendiri. Anim kata, sebab budak-budak perempuan sekarang pandai-pandai. Semua duduk asrama. Bila dah kahwin nanti, tau lah bertanggungjawab. Pokok pangkalnya...rajin mencuba, rajin ke dapur.

Namun ditolak mentah-mentah oleh Encik Suami. Kalau tak biasa ke dapur, mana datang rajin. Budak-budak perempuan sekarang, jenuh dipanggil, disuruh tolong emaknya di dapur. Mana ada keinginan nak buat kerja dapur Ooo..pengalaman bersama anak-anak saudaralah ni ya..

Tambahnya lagi, depa memanjang duduk dalam bilik, menghadap laptop. Orang lelaki ni katanya pada si Abdul, kena ikat kat "perut". Walaupun kerjanya menuntut di selalu berada di luar daerah, makan kat tempat hebat, cantik tapi perutnya lebih mengarah kepada masakan isteri di rumah. Waduh..boleh kembang hidung I nih...

Dengan seriusnya, si Abdul berjanji akan mencari bakal isteri yang tidak pernah duduk asrama.

P/S Kena tunggu 20 tahun akan datang baru tahu kebenarannya!!! 

Artikel berkaitan:

Pengakuan Jujur Seorang Murid


Walaupun Hari Guru sudah berlalu...namun ada cerita yang nak Anim kongsi. Bukan cerita fasal hadiah yang  Anim terima dari anak-anak murid Tahun 1 tapi pengakuan jujur anak murid Anim yang membuatkan mata Anim berlinang mendengarnya pagi tadi.
-----------------------------------------------------------------
"Madam nak ucapkan terima kasih pada kamu semua yang beri hadiah pada Madam. Kirim salam kat ibu, kat Mama, beritahu Madam ucapkan terimakasih"
(Faham dah, si emak yang cari hadiah,bungkus hadiah)

 
Si hero di atas ni datang ke meja Anim dengan muka sugul.

" Madam, ibu saya bagi hadiah apa kat Madam?"
" Alamak....Madam lupa la. Ezzany tak tengok ke hadiah tu?"
"Tak. Saya nak bagi benda lain tapi ibu kata tak boleh"
"Ezzany nak bagi apa kat Madam?"
"Saya nak belikan Madam rantai emas. Ibu kata tak ada duit"
Laaaaa......
"Ezzany tak payah belikan apa-apa kat Madam. Ezzany dengar cakap Madam, buat kerja sekolah, tak kacau kawan kat kelas..itulah hadiah untuk Madam"
"Tapi saya sayang Madam"
(Aduhhhh...terharunya cikgu)
"Ok. Ezzany belajar rajin2. Nanti dapat kerja besar, ada banyak duit..belikan rantai emas untuk ibu Ezzany dulu, lepas tu baru belikan untuk Madam, boleh?"

P/S Seronok tengok airmukanya berubah ceria bila Anim kemukakan cadangan di atas!

Artikel berkaitan:

Nasi Mandi @Kuala Nerang


Nasi Mandi dah fofular mengalahkan Nasi Beriyani. Sana sini restoran Arab dibuka memperkenalkan Nasi Mandi dalam salah satu menu yang dihidangkan. Sejak balik dari umrah 2 bulan lalu...tekak ni belum kena lagi dengan Nasi Mandi. Ada terdengar restoran Arab yang baru dibuka di Lagenda Heights dan Alor Setar namun masih belum berkesempatan. Tak sangka...rezeki menjamah Nasi Mandi nun jauh di Kuala Nerang. Anim pernah post cerita fasal Kafe Selasih sebelum ini.

 Nasi Mandi ~Kambing untuk Anim. RM10 sepinggan. Boleh tahan sedap.....

 Nasi Mandi ~ Ayam untuk Encik Suami. RM10 sepinggan juga...bila dia makan habis...kira sedaple tu!!

Grilled chicken with black pepper sauce ada tambahan spaghetti lagi untuk si Abdul besar. Dalam RM8.50 kalau tak silap..

Spaghetti bolognaise untuk si Abdul kecil.RM7.50 sepinggan. 2 Abdul memang suka Western Food.

Kalau takat nak makan sedap dan murah...takdelah nak pi jauh sampai Kuala Nerang. Niat asal kami keluar kampung cuti Wesak ialah melihat kubur panjang di Pendang. (pernah terbaca fasal kubur ini di Mastika). .

P/S Tak tergamak nak snap gambar di kawasan perkuburan itu

Artikel berkaitan:

Selamat Hari Guru Buat Guru-Guruku



GURU O GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) 
 
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Terima kasih buat semua bekas guru-guru Anim yang masih ada...Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi  buat selama-lamanya...tanpa kalian...Anim takkan berada di sini. ..

* Sek.Keb. Tenaga Sepakat, Pt Yaani, Yong Peng, Johor
*Sek. Ren. Treacher's Methodist, Kamunting, Perak
*Sek.Ren. Tunku Mahmood Iskandar (1), Kluang, Johor
*Sek.Men.Dato Seth, Yong Peng, Johor
*Sek.Men. Inggeris Kebangsaan, Yong Peng, Johor
* Sek. Tinggi Batu Pahat, Johor
*Institut Teknologi Mara Cawangan Segamat, Johor
*Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru
* OUM  Johor, IPTHO Batu Pahat
*OUM Selangor, Maktab Perguruan Islam Bangi
* OUM Kedah, PP Amanjaya, Sg.Petani*



Artikel berkaitan:

Sejadah Baru Untukku

Malu la nak tayang isi...nanti kata membangga diri!! Hikhik.....

Terkejut bila nama dipanggil PK1, Cikgu Aziz menjadi penerima sulung anugerah buku ringkasan mengajar terbaik sewaktu taklimat ringkas guru di tapak perhimpunan pagi ini.  Anugerah yang baru "dicipta" oleh pihak pentadbir tanpa pengetahuan guru-guru ini mengambil kriteria buku ringkasan mengajar guru (record book). 
 --------------------------------------------------
Satu daripada tugas wajib guru di sekolah selain daripada masuk ke kelas untuk melaksanakan proses pengajaran ialah menyediakan buku ringkasan mengajar atau record book. Buat Anim sendiri yang telah mengajar lebih daripada 20 tahun, buku inilah "nyawa" kami...

Buku rekod Cik Fauziah kita yang rajin tu apa kurangnya...kaler-kaler gitu. Penuh berseni...

Buku rekod jiran sebelah, Kak Wan yang comel, ceria...ada Mickey Mouse lagi. Sorry Kak Wan..snap curi-curi....

Hadiah Hari Guru in advance!! Hadiah untuk penerima sulung anugerah buatku.....penuh makna ni!


P/S   Lepas ni...kena tip top lagilah...

Artikel berkaitan:

Program Susu 1 Malaysia

 Pek  Susu 1 Malaysia (ni yang kena reject!!!)

Program Susu Sekolah 1Malaysia yang dilancarkan tahun lepas telah bermula sejak minggu lalu.
Program Susu 1Malaysia yang dinikmati  lebih tiga juta pelajar sekolah rendah di 7,685 sekolah rendah kerajaan seluruh negara adalah sebahagian hasrat kerajaan untuk membina generasi baru yang lebih cerdas. Pelaksanaan program di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran itu, bukan setakat memperkenalkan program Susu 1Malaysia malah bermatlamat untuk mewujudkan generasi muda Malaysia yang kuat, sihat dan secara mentalnya lebih dinamik pada masa depan. Ia juga memberi kesan dan manfaat besar sekiranya setiap pelajar sekolah rendah dapat dididik untuk membiasakan diri meminum susu setiap hari.
-------------------------------------------------------------------
Dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM4 juta, bekalan susu 1Malaysia diperoleh daripada penternak susu di Sabah. Ini kerana Sabah menjadi pusat pengeluaran susu yang tinggi. Justeru, pada masa yang sama kerajaan telah  membantu pengusaha dan penternak di Sabah memperoleh pendapatan lebih tinggi di samping dapat menentukan bahawa anak-anak kita dapat protien dan kalsium yang mencukupi.

Susu yang dihantar seminggu sekali (diberi 2 kali seminggu) diagih-agihkan kepada semua pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6 (kecuali murid Pra Sekolah) yang telah mendapat kebenaran bertulis dari ibubapa.
Kali ini pelaksanaan Program Susu Sekolah lebih "cerewet". Selain dari kebenaran bertulis ibu bapa, susu yang diterima ini tidak dibenarkan dibawa balik. So, setiap kali susu diagihkan...maka berhimpunlah anak-anak SKS di tapak perhimpunan. Maka, guru-guru kelas menerima satu lagi tugas baru iaitu mengagih-agihkan susu tersebut dan mengambil kedatangan murid yang minum susu pada hari tersebut.
Selepas membaca doa dan minum susu beramai-ramai...syarat tak terhenti di situ....

Kotak susu dikumpul dan dibuang sebagai bukti...hmmmmmm

P/S Cikgu pun kena test rasa gak tau.....

Artikel berkaitan:

Sessi Menghabis CH Mari : Bubur Jagung


Bubur Jagung CH
-----------------------------------------------------------------------
5 tongkol jagung dari Cameron Highlands sudah dikukus semalam. Baki 5 tongkol lagi Mr.Hubby minta buatkan bubur jagung.

5 tongkol jagung manis dihiris isinya
6-7 cawan air
1 cawan gula
1 cawan santan pekat (ready made) @ 1 kotak santan MS 200ml
50 sen sagu biji, direndam kembang dalam air kemudian toskan
2 ikat daun pandan & secubit garam

Cara :
1. Masakkan air bersama gula di dalam periuk hingga gula larut. Masukkan daun pandan yang dah disimpul.
2. Masukkan sagu biji yang dah direndam. Masak dan kacau hingga putih jernih.
3. Masukkan isi jagung tadi .
4. Masukkan santan pekat dan sedikit garam.
5. Mendidih, angkat...

P/S  Nak lagi lemak....sukatan air diganti dengan santan cair. Kat SP, bubur jagungnya ada bercampur dengan biji gandum dan barli.

Artikel berkaitan:

Sesi Menghabis CH Mari: Baby Kubis Goreng



Baby kubis goreng for lunch

BABY KUBIS GORENG

Sepeket baby kubis dibasuh dan rendam dalam air garam sekejap
(tak berani nak masak seketul-seketul. Anim "kepak" sehelai-helai takut jumpa cacing atau pasir)
5 ulas bawang putih ~ ketuk@hiris terpulang
Sos tiram
Serbuk pati ikan bilis MAGGI

* Didihkan air di dalam periuk. Masukkan sedikit minyak masak@olive oil dan secubit garam ke dalamnya. Masukkan baby kubis . Celur sekejap saja dan angkat. Kalau rajin, rendam dalam air sejuk dari fridge*

Cara:
1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Dah keperangan a.k.a agak2 kehangusan (I suke) kasi angkat bawang putih itu. Ketepikan.
2. Lebihan minyak tadi dimasukkan sos tiram barang 2@3 sudu terpulang kepada empunya badan. Tambahkan sedikit air dan masukkan 1 sedikit serbuk pati ikan bilis MAGGI. Rasalah masinnya. Kedua2 sos tiram dan serbuk pati ikan bilis tu udah masin.
3. Kalau nak style Cina agak pekat tu...bolehlah masukkan bancuhan tepung jagung. Part ni Anim tak wat. Tak suka "melikat" kuahnya.
4. Curahkan kesemua kuah atas kubis yang dah dicelur tadi. Kemudian taburkan bawang putih goreng yang diketepikan tu..
Tadaaaaaa...udah siap!!!

P/S Baby kubis ada, baby kailan ada, baby sawi ada, baby tomato ada...baby apalagi???

Artikel berkaitan:

Sessi Menghabis CH Mari: Asparagus Sos Tiram


Sessi menghabiskan segala macam benda yang dibawa turun dari Cameron Highlands. 3 hari dia berkampung di sana...CABARAN buat Anim memikirkan apa yang dimasak sebelum ke"fresh"annya meluntur. "Minggu ni kita tak yah beli sayur. Habiskan apa yang abah beli ni" 
 Siri pertama....lauk untuk dinner

ASPARAGUS SOS TIRAM

2 ikat asparagus
Sedikit udang
4 ulas bawang putih ~ diketuk
Cili merah
3 sudu sos tiram

Cara :
1. Siang asparagus ikut suka. Yang keras kat bawah tu tak yah ambik. Kalau nak ambil jugak dek sayang sebab mahal harganya, belahlah 2 bagi cepat empuk. Kulit luar asparagus di "peel" dengan pisau.
2. Tumis bawang putih+udang+cili merah. 
3. Tuang sos tiram dan tambah sedikit air. Kalau sos tiram dah masin tak yah letak garam. 
4. Campakkan asparagus. Jangan bagi lembek sangat. Sedap dimakan rangup macam sayuran kekacang yang lain.
5. Senang kan......


P/S Ni baru 2 ikat asparagus selesai. Ada 2 ikat lagi dalam fridge...kena fikir cabaran menu berikutnya.

Artikel berkaitan:

Buku : Perkuburan Al-Baqi


Antara buku yang Anim beli sewaktu mengerjakan umrah 2 bulan lalu ialah perkuburan al-Baqi. Oleh kerana jemaah wanita tidak dibenarkan menziarahi perkuburan al-Baqi ini (nampak dari atas bas) buku ini dapat melepaskan keinginan Anim membayangkan gambaran perkuburan yang selalu diziarahi Rasulullah SAW di mana Baginda SAW mengucap salam, berdoa dan memohon keampunan serta rahmat Allah kepada mereka yang dikebumikan disitu.Di sini jugalah kawasan perkuburan penduduk Madinah termasuk jemaah  haji@umrah di Madinah.
 ---------------------------------------------------------------------------------
Menurut penulis, bila penziarah memasuki perkuburan al-Baqi dari gate utama sebelah barat, kesemua kubur disusun seperti berikut:


A. Perkuburan puteri-puteri Rasulullah S.A.W
1. Sayyidah Ummu Kulthum
2. Sayyidah Ruqayyah
3. Sayyidah Zainab
Kubur-kubur ini terletak dihadapan pintu masuk utama  (dalam 30 m)

B. Perkuburan ahli keluarga Rasulullah S.A.W
1. Sayyidah Fatimah Az-Zahraah
2. Ayah saudara Rasulullah SAW, Al-'Abbaas bin Abdil-Muttalib
3. Al-Hasan bin Ali
4. Zainul 'Aabideen bin Al-Husain bin Ali 
5. Muhammad Al-Baaqir bin Zainil 'Aabideen
6. Ja'far As-Saadique bin. Muhammad Al-Baaqir 
Kubur-kubur ini terletak arah timur ke sebelah kanan bertentangan dengan kubur puteri-puteri Rasullullah SAW  (jarak dalam 25 meter)

 C. Perkuburan isteri-isteri Rasulullah S.A.W
1. Sayyidah Fatimah Az-Zahraah
2. Ayah saudara Rasulullah SAW, Al-'Abbaas bin Abdil-Muttalib
3. Al-Hasan bin Ali
4. Zainul 'Aabideen bin Al-Husain bin Ali
5. Muhammad Al-Baaqir bin Zainil 'Aabideen
6. Ja'far As-Saadique bin. Muhammad Al-Baaqir 
Kubur-kubur ini terletak arah timur ke sebelah kanan bertentangan dengan kubur puteri-puteri Rasullullah SAW  (jarak dalam 25 meter)

D.Perkuburan 'Aqeel bin Abi Talib
1. Abdullah bin Ja'far At-Tayyaar
2. Abu Sufyaan bin Al-Harith bin Abdil Mutalib, anak bapa saudara Rasulullah SAW (sepupu) 
Kubur-kubur ini terletak sebelah utara perkuburan isteri-isteri Rasulullah SAW)

E. Perkuburan Imam Maalik bin Anas dan gurunya Naafi' bin Abi Nu'aim
Kubur-kubur ini terletak di sebelah barat perkuburan 'Aqeel bin Abi Talib


F. Perkuburan Uthmaan bin Mazh'oon (Muhajairin pertama dikebumikan di Baqi)
1.  Ibrahim (anak Rasulullah SAW)
2. Abdur Rahmaan bin Awf
3. Sa'd bin Abi Waqqaas
4. As'ad bin Zuraarah
5. Faatimah bint Asad (Bonda Ali bin Abi Taalib)
6. Khunais bin Hudhaafah As-Sahmy


G.Perkuburan Para Syuhada Al-Harrah
Mereka adalah syuhada yang terbunuh di jalan Allah sewaktu mempertahankan Madinah semasa pemerintahan Kalifah Yazzed Muawiyyah. Kubur-kubur ini terletak 70m ke sebelah timur kubur Uthmaan bin Mazh'oon. Kubur-kubur ini dikelilingi dinding empat segi tidak melebihi 1 meter.


H. Perkuburan Kalifah Uthmaan bin 'Affaan
I. Perkuburan Sa'd bin Mu'aadh Al-Ash-haly
J. Perkuburan Abu Sa'eed Al-Khudry dan Haleemah As-Sa'diyyah
K. Perkuburan Isma'eel bin Ja'far As-Saadique

L. Perkuburan Ibu Saudara Rasulullah SAW (sebelah bapa)
1, Safiyyah binti Abdil Muttalib
2. Aatikah binti Abdil Muttalib


Sumber : Al-Baqee':Its History, Virtue and the most prominent people buried in it by Hilal Mohammad Sha'ban - Al-Madinah Al-Munawarah, 2009

P/S Isteri-isteri Rasulullah ; Ummul Mukminin Saidatina Khadijah binti Khuwalid wafat di Mekah dan dikebumikan di perkuburan Maa’la Mekah. Saidatina Maimunah binti Haris Al-Hilaliyyah pula dikebumikan di Sarif, Mekah. Sarif kini dikenali sebagai Nawariyyah dan terletak kira-kira 18 km dari Mekah.

Artikel berkaitan:

Harumnya si Cempaka


Terkejut bila pagi-pagi disuakan sesuatu yang dibungkus cantik oleh Siti Najuwa sewaktu melangkah masuk ke dalam kelas (belum loceng masuk kelas). Macam nilah rupa anak-anak 1P Anim ni. Pantang nampak cikgu dia...berkerumun di meja guru kot-kot ada lebihan bekalan pagi yang dibawa cikgunya dari rumah. Kadang-kadang tak sampai hati masuk ke kelas tangan kosong. Mulalah mengangkut segala keropok, kerepek dan biskut dari rumah. Seperti biasa, anak-anak berusia 7 tahun ini...tak ada langsung komplen tak sedap. Memanjang kata sedap. Tu seronok bagi makan kat budak-budak....

Ihsan Mr.Google

"Tok (nenek) saya bagi Madam". Wah...kembang hidung dapat bunga cempaka yang belum kembang dibungkus cantik dalam daunnya pagi-pagi hari. Bukan anak murid bagi...tok murid bagi. Kenai pun dak... "Cakap terima kasih dan kirim salam kat Tok no."
Payah nak cari pokok cempaka (ada putih..ada kuning) ni yang menjadi teduhan diperkarangan rumah sekarang. Semerbak bau bilik guru dengan keharuman si bunga cempaka.
------------------------------------------------------------
"Aduh Nim, teringat nostalgia juai bunga ni kat kampung . zaman sekolah rendah 30 tahun dulu. Sebungkus 5 duit (5 sen) " kata kak Wan bila Anim suakan bunga cempaka tu kat kawan-kawan di bilik guru. Wah Nim....nak dengki le tu....mentang-mentang dia sorang je dapat!!!Hihihi...

P/S Teringat lagu Rahimah Rahim tentang gadis dan bunga .

Artikel berkaitan:

Surah Lembu...Surah Gajah



Alkisah ada seorang hamba Allah datang bersolat Isyak berjemaah di masjid. Tok Imam ketika itu membaca surah yang panjang. Sebaik sudah bersolat, hamba Allah tu pun bertanyakan nama surah yang dibaca oleh Tok Imam tadi.Maka dijawab oleh Tok Imam; itulah surah al-Baqarah. Hamba Allah itu seterusnya bertanya tentang maksud al- Baqarah. Lantas dijawab oleh Tok Imam ia bermakna sapi (lembu).
------------------------------------------------------
Hamba Allah itu pun bertanya Tok Imam tentang surah yang akan dibaca oleh Tok Imam pula esok. Dijawab oleh Tok Imam esok dia akan membaca surah al-Fil yang bermaksud gajah

Hamba Allah itu pun berkata."Esok aku tak nak bersolat di sini lah. Surah tentang lembu pun panjang. Inikan pula surah tentang gajah. Gajah kan lebih besar dari lembu!"

P/S Surah terpendek ialah surah al-Ikhlas dan Al-Kauthar. Surah terpanjang ialah surah al-Baqarah.



Artikel berkaitan:

Bukan Sekadar Tidur...


Ada 3 jenis golongan orang yang TIDUR...

1) Orang yang TIDUR dapat PAHALA
2) Orang yang TIDUR dan TAK DAPAT APA-APA
3) Orang yang TIDUR dapat DOSA



GOLONGAN 1 ialah orang yang menulis ilmu yang diajar atau perkara baik yang dibaca oleh readers. Bukan setakat tafsiran Al-Quran, buku-buku agama dan ilmiah,  bahkan penulis di media cetak dan eletronik...pendekata hasil penulisannya dibaca oleh semua. Pahalanya berterusan walaupun sehingga penulis itu telah meninggal dunia.Amin.........

GOLONGAN 2 ialah golongan macam kita ni lah...Yang tak tulis apa-apa..bila mengantuk kita letak kepala kat bantal dan terus lena. Sebelum tidur, kalau baca doa dan berzikir...dapatlah sedikit ganjaran. Pendekata..tidur kita tu tidur yang tak dapat apa-apa tapi tak de la dapat dosa..Wallahu'alam

GOLONGAN 3 ialah orang yang menulis sesuatu yang membawa kepada kemungkaran dan kemaksiatan, isi tulisannya menceritakan keaiban oranglain..Atau boleh juga dikatakan mengumpat dan menyampaikan fitnah. Bayangkanlah kalau tulisannya itu membawa kepada keruntuhan moral dan akhlak atau menjadi punca putusnya ikatan silaturrahim sesama kita yang segama. Masya-Allah. Golongan inilah yang tidurnya mendapat dosa. Ditakdirkan dia mati.........tulisannya masih dibaca, dosanya berterusan hingga ke akhirnya. Nauzubillah.....

Sumber : Kuliah Subuh di Masjid Taman Keladi, Sg.Petani

P/S Yang baik itu datangnya dari Allah SWT, yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri sendiri

Artikel berkaitan: