Home · About Me · Sitemap ·

Walaupun Dengan Memandang Sahaja....

Menunaikan hajat abah untuk bersolat di Masjid Zahir, Alor Setar. Dia teringin bersolat di sini apabila menonton program Imam Muda musim ini di Astro Oasis.
----------------------------------------------------------------------------------------
Rahmat dan pahala yang diberi Allah SWT dengan hanya MEMANDANG sahaja

1) MEMANDANG Kaabah
2) MEMANDANG wajah ibu bapa
3) MEMANDANG ayat suci Al-Quran

Syukur ke hadrat Illahi kerana kesudian emak dan abah dari Johor yang datang dengan keretapi menziarahi Anim sekeluarga di Sg.Petani. Lebih seminggu mereka di sini (dan akan pulang minggu hadapan)..pastinya kesempatan MEMANDANG mereka berdua tidak akan dilepaskan!!!!


P/S Itu baru PANDANG...!


Artikel berkaitan:

Itik Masak Ungkep


Hahaha...hari ni salah seekor itik muscovy Anim dah berada atas kuali. Bonda dari Johor (dan abah) yang sudah seminggu mengunjungi kami anak beranak di Sg.Petani ni pada mulanya tak benarkan kami menyembelihnya.

"Sayangnya Nim...kan tak payah beli telur lagi. Biarlah dia membiak lagi. Lepas tu dah banyak anak, barulah sembelih." kata Bonda bila Anim menyuarakan hasrat untuk mengorbankan seekor itik kami untuk hidangan sekeluarga di harijadi Uddin hari ini.

"Itik muscovy ni mak...tak pandai mengeramkan telur. Tak membiak jugak nanti. Kalau nak ditetaskan kena masukkan dalam incubator." penjelasan Pegawai Veterinar a.k.a my Encik Suami. (Kalau jenis itik serati, dah mengeram bila telur dah melambak di tanah. Si 2 ekor betina muscovy ni pulak...dok merayau-rayau ke hulu ke hilir...langsung tak dikisahkan telur-telurnya itu)

Apalagi...menu itik ungkep lah kami malam ini. Bolehlah buat bekalan untuk dibawa ke Pulau Pangkor esok pagi. Tunggu N3 berikutnya.....tata titi tutu....

P/S Abah Anim tak reti nak makan itik..Rugilah tok. Kalah daging ayam. Lagi-lagi itik yang kami bela ni makan nasi..makan sayur, makan roti, tak makan dedak.  Dahlah tu...tak kena suntik macam ayam daging.....100% selamat dan sihat!!!


Artikel berkaitan:

Itik Muscovyku Bertelur


Haah...dah bertelur? Usia itik-itik (2 betina, 1 jantan) kami baru menjangkau usia 4-5 bulan
.Ish...tak nampak mengawan pun?

"Kenapa ambik telur-telur ni. Tak nak bagi menetas dulu ke? Tak nak tunggu cucu sulung lahir"

"Ini telur dia belum mengawan. Tak jadi nih. Tak boleh menetas jadi anak!"

Aduh....pening dengar jawapan Encik Suami. Kalau tak mengawan, mana boleh keluar telur?

"Laa, macam manusia jugak. Perempuan kan mengeluarkan telur. Itik pun sama jugak." tambahnya lagi bila Anim menunjukkan aksi tak faham.

"Si jantan tu tak reti lagi nak mengawan. Si betina yang besar ni ajar. Kalau dah reti, dia mengawan dan bertelur...barulah kita biarkan dia mengeram sendiri."
Memang layak Encik Suami jadi pegawai pertanian.

Dari 15 biji telur itik yang dikutip..satu biji saja yang ditinggalkan semula di bawah pohon mata kucing itu...

"Tak boleh ambik semua. Nanti si betina ni merajuk tak nak bertelur lagi kalau dia tengok telur dia tak ada" Hmmmm...gitu kaaa???

Anim  masak sekati garam kasar di dalam periuk berisi air. Biarkan sehingga suam-suam kuku @ sejuk. Barulah masukkan telur itik tadi. Rendamlah dalam seminggu untuk dibuat telur asin. Best...best...makan hasil dari ternakan yang dipelihara! Tak payahlah beli telur itik lagi di market.

P/S Harga telur itik (mentah) di pasar SP sudah naik 60 sen sebiji. Ok lagilah kalau dibandingkan di Johor..sehingga RM1 sebiji kerana orang Johor gunakan telur itik asin untuk bunga pohor pengantin. Tak de lagi dah telur ayam rebus....


Artikel berkaitan:

Solatlah....sebelum solat itu yang berbicara


Diriwayatkan oleh Ummu Farwah, katanya :
Maksudnya : “Rasulullah s.a.w pernah ditanya, apakah amalan-amalan yang paling afdhal ? 
Rasulullah s.a.w menjawab : “Sembahyang pada awal waktunya”
(Hadits riwayat Abu Daud)

Diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahu ‘anhu katanya :
Maksudnya: “Aku telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang amalan-amalan yang lebih disukai oleh Allah SWT.  
Baginda s.a.w bersabda : "Sembahyang pada awal waktu"
Aku (‘Abdullah) bertanya : “Kemudian apa ? 
Baginda s.a.w bersabda: “Berbuat baik kepada ibu bapa"
Aku bertanya: “Kemudian apa ? 
Baginda s.a.w bersabda : “Berjihad ”
(Hadits riwayat Muslim)

P/S Amalan yang pertama sekali dihisab oleh Allah SWT di Padang Masyhar kelak ialah solat.

Artikel berkaitan:

Punca Kedamaian


Anim tertarik untuk berkongsi isi kandungan buku Renungan Sebelum, Semasa dan Selepas Haji susunan Haji Hanafi Haji Zainuddin dan Lukmanul Hakim Hj Hanafi (anaknya)  kerana ia menterjemahkan aqidah serta akhlak serta ibadat haji dalam bentuk puisi membuatkan Anim tidak jemu membacanya. Of course bukan dibeli (cetakan 2005) tetapi..melalui "sahabat" Anim.
------------------------------------------------------

Rehat badan kerana sederhananya makan
Rehat jiwa kerana kurangnya dosa dilakukan
Rehat hati kerana tidak hasad dengki terhadap insan
Rehat lidah kerana tidak mengata sebarangan
Rehat mata kerana jaga penglihatan

Rehat telinga kerana tidak mendengar pengumpatan
Rehat tangan kerana tidak buat dosa
Rehat kaki kerana ikut pedoman
Rehat mulut kerana tidak bermusuhan
Rehat hidung kerana tidak menghidu kemaksiatan

Rehat perut kerana halal makanan
Rehat nafsu kerana tidak keterlaluan
Rehat perangai kerana tidak menyakiti jiran
Rehat minda kerana tidak mengganggu ketenteraman
Rehat, rehat, rehat hilangkan tekanan

Ingat Nabi ada berpesan
Dua perkataan ringan lidah mengucapkan
Tetapi berat dalam timbangan Tuhan
Amat disukai oleh Tuhan Ar-Rahman
Iaitu zikir harian dilaksanakan
Subhanallahiwabihamdih..
Subahnallahilazim...


P/S  Anim suka rehatkan minda dengan membaca.Anim akan tunjukkan buku-buku yang Anim beli di Mekah pada N3 akan datang, insya-Allah.

Artikel berkaitan:

Niat Kerana Allah S.W.T


Niat Kerana Allah S.W.T

Kita selalu lalai, selalu alpa tak menentu 
Beramal tak tentu tujuan dan tak betul 
nawaitu 
Hati kelain , perasaan kelain, pancaindera 
kelain tidak tertumpu

Allah S.W.T menegaskan semasa sembahyang 
jangan lalai
Beramal jangan riak, jangan pura-pura dan
jangan memandai-mandai
Bekerja jangan menunjuk-nunjuk kerana orang 
ramai
Beribadat biar berasas disertai niat yang betul  
dan sesuai

Eloklah bagi mereka yang masih lemah 
pegangan
Dan kerana kurang ilmu pengetahuan
Mesti belajar dulu, faham dan meyakinkan
Apa juga amalan mesti betul dan ikhlas tujuan

Elak niat bukan kerana Allah S.W.T
Elakkan dari amalan tidak diredhai Allah
S.W.T
Elakkan dari perbuatan bukan kerana Allah
S.W.T

Bila bukan kerana Allah S.W.T
Sia-sialah amalan kita tak berfaedah dan rugi
sahaja
Tak sah, tak laku dan tak berguna
Malah berdosa dan syirik kerana bukan kerana
Allah S.W.T Yang Maha Berkuasa

Contohnya pergi haji kerana nak dipanggil
pak haji
Sedekah kerana nak dapat puji
Berpuasa kerana berpura-pura menunjuk diri
Menuntut ilmu kerana nak berbangga-bangga
kelulusan tinggi
Bergotong-royong kerana menunjuk-nunjuk
kerja berbakti
Ingat sebelum terlewat
Sebelum terjebak amalan sesat
Kenal pasti mana yang salah dan mana yang
selamat
Berdamping dengan guru yang mursyid atau
ustaz
Laksanakan dengan azam yang kuat
Jangan malas, jangan jemu, jangan bosan
Moga-moga Allah S.W.T terima segala amalan
Termasuk dalam golongan orang yang bertaqwa 
dan beriman


P/S  Dipetik dari Siri Sastera Pekan : Renungan Sebelum, Semasa dan Selepas Haji susunan Hj Hanafi Hj Zainuddin & Lukmanul Hakim Hj Hanafi

Artikel berkaitan:

Keajaiban Mekah dan Iktibar


Sebelum tu..minta mahaple bebanyak sebab lama tak update blog. Ishh...tertunggu-tunggu gak ek N3 Anim ni..Bukan per kan..dah janji nak cerita dugaan seterusnya di airport. Tak gitu??? Anim bukanlah seorang ustazah mahupun seorang yang berpengetahuan tinggi di dalam bidang agama. Coretan jejak kembara selama 15 hari di Madinah Al Munawwarah  dan Mekah Al Mukarramah hanyalah berdasarkan pengalaman peribadi Anim yang serba jahil dan kekurangan ini. Ia hanyalah catatan perjalanan pertama kali yang dapat Anim share bersama readers.Yang baik itu datangnya dari Allah SWT, yang buruk itu dari kelemahan diri sendiri.
 
Apa yang dapat disimpulkan, hal yang paling penting sepanjang beribadah di sana adalah kita perlu betul-betul meluruskan NIAT kita. Cabaran dan dugaan sewaktu melaksanakan sesuatu akan muncul di hadapan kita kerana NIAT masih belum lurus. Banyak amalan kecil menjadi amalan yang besar kerana NIAT dan banyak amalan besar yang menjadi kecil kerana NIAT juga. 
 
NIAT merupakan perkara pokok bagi kita untuk mengerjakan sesuatu. Setiap perbuatan kita perlu diniatkan oleh hati dan diucapkan secara lisan. Kemudian segala perbuatan/amalan ditujukan untuk Allah SWT dan kerana Allah SWT. Kemudian, sentiasa bertawakal kepadaNya. Yakin tiada sesuatu yang dapat disembunyikan dari Allah. Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Kemudian, elakkan harapan selain balasan dari Allah atas segala perbuatan/amalan kita. Dan terakhir, jauhi diri kita dari ujub (mengagumi diri sendiri), riak dan takkabur.
 
Anim imbau balik NIAT di awal pemergian ke Tanah Suci tempohari. Anim ingin menyucikan jiwa, ingin memohon keampunan Allah atas dosa-dosa lalu, ingin memohon rahmat dan hidayahNya...dan satu lagi..ingin "meninjau" suasana di Tanah Suci kerana kami suami isteri memang berhajat membawa kedua ibu bapa mertua Anim yang sudah tua dan belum pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci. 
 
Bila diingat-ingat kembali...dugaan Anim semuanya berkait rapat dengan "orangtua". Baik Kak N (ada Anim cerita dalam N3 sebelum ini) , makcik-makcik dari Parit Buntar yang sesat di Masjidil Haram, orang tua minta air, orang tua tak reti guna escalator, orangtua di hadapan Kaabah (tolong "guard" semasa mereka hendak mengusap Rukun Yamani). .dan juga orang tua yang minta beli tasbih di tangan. Ya Allah...itulah mungkin gambaran awal kemungkinan masalah yang bakal kami hadapi nanti. Mudah-mudahan Allah mengurniakan Anim kesabaran yang tinggi dan redha dengan segala dugaan.
 
Sebaik tiba jam 1 petang, jemaah berpusu-pusu untuk keluar dari perut pesawat. Maklumlah..dah berbelas hari meninggalkan keluarga. Kemudian terdengar pengumuman memberitahu ada masalah bahagian bagasi pesawat Saudi Airline.  Bila keadaan berlarutan hingga ke jam 2 petang...jemaah dah mula resah. Sanak saudara, adik beradik, anak cucu sudah menanti di luar. Suasana jadi "tegang" buat seketika.

Bila masalah beg selesai, kini giliran menanti air zamzam, pemghulu segala air. Kami dibekalkan dengan air zamzam 10liter seorang yang diberikan percuma oleh pihak travel di KLIA. Wakil pihak travel di KL muncul membahagi-bahagikannya  jam 3 petang. Olehkerana terdapat 80 jemaah..bererti 80 tong 10 liter telah tersedia. Kiraan telah dibuat. Depa tak panggil sorang-sorang...dah lewat benar agaknya.

"Tong ni tak ada nama. Ambil saja. Ambil hak kita saja" pesan wakil travel.

Tau ajalah....dah ramai-ramai begitu, sifat tolong-menolong masa kat Mekah dah berterabur pergi. Masing-masing "mementingkan diri sendiri" termasuk empunya diri...masya-Allah.  "Balik Mekah, yang WAJIB ada kurma dan air zamzam" yang lain tak ada pun tak apa.

Alkisah, ada hamba Allah dari group kami ni tak dapat bahagiannya. Manatah dia pergi waktu wakil travel suruh berkumpul di kawasan tong air zamzam tu. Bukan sahaja yang 2 free (suami isteri) tak dapat...yang dibeli dari sana pun tak nampak bayang. Dalam kecoh-kecoh tu....tak nampak dah sifat sabar dan bertenang. Masing-masing bertekak menyatakan haknya. Agen kata dia dah kira cukup. Hamba Allah tu kata bukan saja 3 sepatutnya dia dapat, ini satu pun tak de. Masya-Allah....baru pulang dari Mekah...baru bina azam baru nak menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Sedih benar melihat kejadian di depan mata...dengan jemaah yang berkopiah di kepala.

Namun...dalam perjalanan menuju keluar ke ruang ketibaan sambil menyorong troli...Anim teringat sesuatu mengenai pasangan suami isteri ini.

Semasa di Mekah tempohari, jemaah dinasihatkan terus menaiki bas selepas tawaf wada' jam 1 tengahari. Bas dah sedia menunggu kerana kami dijangka bertolak jam 2.00 petang. Selepas mengambil beg dan qada' hajat, jemaah terus turun ke lobi. Pasangan suami isteri ni baru masuk ke hotel semasa kami menuju ke bas.

Hati Anim terdetik juga, "Aik, lambatnya depa ni. Baru balik masjid?" tapi taklah menegur mereka.

Bila semua beg dah dimasukkan ke perut bas, depa tak muncul-muncul lagi. Terdengar suara-suara di dalam bas.."ada yang tak naik lagi..ada yang tak naik lagi"(depa la). Dipendekkan cerita....kami yang menunggu lama di dalam bas hanya dapat meneruskan perjalanan jam 3 petang . Pasangan suami isteri itulah orang terakhir menaiki bas.

Artikel berkaitan: