Home · About Me · Sitemap ·

Niat Kerana Allah S.W.T


Niat Kerana Allah S.W.T

Kita selalu lalai, selalu alpa tak menentu 
Beramal tak tentu tujuan dan tak betul 
nawaitu 
Hati kelain , perasaan kelain, pancaindera 
kelain tidak tertumpu

Allah S.W.T menegaskan semasa sembahyang 
jangan lalai
Beramal jangan riak, jangan pura-pura dan
jangan memandai-mandai
Bekerja jangan menunjuk-nunjuk kerana orang 
ramai
Beribadat biar berasas disertai niat yang betul  
dan sesuai

Eloklah bagi mereka yang masih lemah 
pegangan
Dan kerana kurang ilmu pengetahuan
Mesti belajar dulu, faham dan meyakinkan
Apa juga amalan mesti betul dan ikhlas tujuan

Elak niat bukan kerana Allah S.W.T
Elakkan dari amalan tidak diredhai Allah
S.W.T
Elakkan dari perbuatan bukan kerana Allah
S.W.T

Bila bukan kerana Allah S.W.T
Sia-sialah amalan kita tak berfaedah dan rugi
sahaja
Tak sah, tak laku dan tak berguna
Malah berdosa dan syirik kerana bukan kerana
Allah S.W.T Yang Maha Berkuasa

Contohnya pergi haji kerana nak dipanggil
pak haji
Sedekah kerana nak dapat puji
Berpuasa kerana berpura-pura menunjuk diri
Menuntut ilmu kerana nak berbangga-bangga
kelulusan tinggi
Bergotong-royong kerana menunjuk-nunjuk
kerja berbakti
Ingat sebelum terlewat
Sebelum terjebak amalan sesat
Kenal pasti mana yang salah dan mana yang
selamat
Berdamping dengan guru yang mursyid atau
ustaz
Laksanakan dengan azam yang kuat
Jangan malas, jangan jemu, jangan bosan
Moga-moga Allah S.W.T terima segala amalan
Termasuk dalam golongan orang yang bertaqwa 
dan beriman


P/S  Dipetik dari Siri Sastera Pekan : Renungan Sebelum, Semasa dan Selepas Haji susunan Hj Hanafi Hj Zainuddin & Lukmanul Hakim Hj Hanafi

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Niat Kerana Allah S.W.T"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai