Home · About Me · Sitemap ·

Keajaiban Mekah dan Iktibar


Sebelum tu..minta mahaple bebanyak sebab lama tak update blog. Ishh...tertunggu-tunggu gak ek N3 Anim ni..Bukan per kan..dah janji nak cerita dugaan seterusnya di airport. Tak gitu??? Anim bukanlah seorang ustazah mahupun seorang yang berpengetahuan tinggi di dalam bidang agama. Coretan jejak kembara selama 15 hari di Madinah Al Munawwarah  dan Mekah Al Mukarramah hanyalah berdasarkan pengalaman peribadi Anim yang serba jahil dan kekurangan ini. Ia hanyalah catatan perjalanan pertama kali yang dapat Anim share bersama readers.Yang baik itu datangnya dari Allah SWT, yang buruk itu dari kelemahan diri sendiri.
 
Apa yang dapat disimpulkan, hal yang paling penting sepanjang beribadah di sana adalah kita perlu betul-betul meluruskan NIAT kita. Cabaran dan dugaan sewaktu melaksanakan sesuatu akan muncul di hadapan kita kerana NIAT masih belum lurus. Banyak amalan kecil menjadi amalan yang besar kerana NIAT dan banyak amalan besar yang menjadi kecil kerana NIAT juga. 
 
NIAT merupakan perkara pokok bagi kita untuk mengerjakan sesuatu. Setiap perbuatan kita perlu diniatkan oleh hati dan diucapkan secara lisan. Kemudian segala perbuatan/amalan ditujukan untuk Allah SWT dan kerana Allah SWT. Kemudian, sentiasa bertawakal kepadaNya. Yakin tiada sesuatu yang dapat disembunyikan dari Allah. Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Kemudian, elakkan harapan selain balasan dari Allah atas segala perbuatan/amalan kita. Dan terakhir, jauhi diri kita dari ujub (mengagumi diri sendiri), riak dan takkabur.
 
Anim imbau balik NIAT di awal pemergian ke Tanah Suci tempohari. Anim ingin menyucikan jiwa, ingin memohon keampunan Allah atas dosa-dosa lalu, ingin memohon rahmat dan hidayahNya...dan satu lagi..ingin "meninjau" suasana di Tanah Suci kerana kami suami isteri memang berhajat membawa kedua ibu bapa mertua Anim yang sudah tua dan belum pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci. 
 
Bila diingat-ingat kembali...dugaan Anim semuanya berkait rapat dengan "orangtua". Baik Kak N (ada Anim cerita dalam N3 sebelum ini) , makcik-makcik dari Parit Buntar yang sesat di Masjidil Haram, orang tua minta air, orang tua tak reti guna escalator, orangtua di hadapan Kaabah (tolong "guard" semasa mereka hendak mengusap Rukun Yamani). .dan juga orang tua yang minta beli tasbih di tangan. Ya Allah...itulah mungkin gambaran awal kemungkinan masalah yang bakal kami hadapi nanti. Mudah-mudahan Allah mengurniakan Anim kesabaran yang tinggi dan redha dengan segala dugaan.
 
Sebaik tiba jam 1 petang, jemaah berpusu-pusu untuk keluar dari perut pesawat. Maklumlah..dah berbelas hari meninggalkan keluarga. Kemudian terdengar pengumuman memberitahu ada masalah bahagian bagasi pesawat Saudi Airline.  Bila keadaan berlarutan hingga ke jam 2 petang...jemaah dah mula resah. Sanak saudara, adik beradik, anak cucu sudah menanti di luar. Suasana jadi "tegang" buat seketika.

Bila masalah beg selesai, kini giliran menanti air zamzam, pemghulu segala air. Kami dibekalkan dengan air zamzam 10liter seorang yang diberikan percuma oleh pihak travel di KLIA. Wakil pihak travel di KL muncul membahagi-bahagikannya  jam 3 petang. Olehkerana terdapat 80 jemaah..bererti 80 tong 10 liter telah tersedia. Kiraan telah dibuat. Depa tak panggil sorang-sorang...dah lewat benar agaknya.

"Tong ni tak ada nama. Ambil saja. Ambil hak kita saja" pesan wakil travel.

Tau ajalah....dah ramai-ramai begitu, sifat tolong-menolong masa kat Mekah dah berterabur pergi. Masing-masing "mementingkan diri sendiri" termasuk empunya diri...masya-Allah.  "Balik Mekah, yang WAJIB ada kurma dan air zamzam" yang lain tak ada pun tak apa.

Alkisah, ada hamba Allah dari group kami ni tak dapat bahagiannya. Manatah dia pergi waktu wakil travel suruh berkumpul di kawasan tong air zamzam tu. Bukan sahaja yang 2 free (suami isteri) tak dapat...yang dibeli dari sana pun tak nampak bayang. Dalam kecoh-kecoh tu....tak nampak dah sifat sabar dan bertenang. Masing-masing bertekak menyatakan haknya. Agen kata dia dah kira cukup. Hamba Allah tu kata bukan saja 3 sepatutnya dia dapat, ini satu pun tak de. Masya-Allah....baru pulang dari Mekah...baru bina azam baru nak menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Sedih benar melihat kejadian di depan mata...dengan jemaah yang berkopiah di kepala.

Namun...dalam perjalanan menuju keluar ke ruang ketibaan sambil menyorong troli...Anim teringat sesuatu mengenai pasangan suami isteri ini.

Semasa di Mekah tempohari, jemaah dinasihatkan terus menaiki bas selepas tawaf wada' jam 1 tengahari. Bas dah sedia menunggu kerana kami dijangka bertolak jam 2.00 petang. Selepas mengambil beg dan qada' hajat, jemaah terus turun ke lobi. Pasangan suami isteri ni baru masuk ke hotel semasa kami menuju ke bas.

Hati Anim terdetik juga, "Aik, lambatnya depa ni. Baru balik masjid?" tapi taklah menegur mereka.

Bila semua beg dah dimasukkan ke perut bas, depa tak muncul-muncul lagi. Terdengar suara-suara di dalam bas.."ada yang tak naik lagi..ada yang tak naik lagi"(depa la). Dipendekkan cerita....kami yang menunggu lama di dalam bas hanya dapat meneruskan perjalanan jam 3 petang . Pasangan suami isteri itulah orang terakhir menaiki bas.

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Keajaiban Mekah dan Iktibar"

  1. Alhamdulillah ... Semoga coretan kak Anim ini dapat memberi motivasi kepada kami suami isteri dan anak- anak untuk menunaikan umrah dan haji di sana kelak. Insya Allah..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai