Selepas solat berjemaah di Masjid Nabawi, Anim dan Encik Suami balik semula ke hotel untuk breakfast. Jam 7.30 pagi kami berjalan ke Masjid Nabawi semula untuk membuat ziarah wada' buat Rasulullah s.a.w. Kami berjanji untuk bertemu semula jam 10.30 pagi di hadapan gate laluan wanita.(Nak p mencari jubah si Abdul..itulah yang dipesannya sebelum berangkat tempohari). Sebelum itu, kami sempat memerhatikan kubah Masjid Nabawi dari kejauhan. Encik Suami sempat snap gambar kubah tu. Bukan apa...Anim pernah terbaca satu artikel mengenai kubah Masjid Nabawi
di sini.
Namun..hanya di Masjid Nabawi sahaja yang punya objek terikat di atas kubahnya (ada yang kata itu alat penahan petir). Terpulanglah pada tafsiran readers sendiri.
Anim terus ke kawasan laluan Makam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam dan para sahabat. Tu dia....jemaah dah beratur sepanjang 50 meter. Jemaah Asia diarahkan duduk menunggu dahulu seperti biasa. Aduh...bila nak dapat giliran masuk ni?
"Ibu, duduk ibu...Ibu..sobar ibu" itu saja arahan petugas masjid bila jemaah Asia merayu untuk masuk ke laluan Makam Rasulullah s.a.w (termasuklah Anim). Kalau jemaah Turki, Arab...cepat pula dapat meloloskan diri. Ya Rasulullah s.a.w...aku ingin mengucapkan Selamat Tinggal kepadamu.
Anim diarahkan duduk dikelompok jemaah Asia yang lain. Anim mengambil kesempatan solat Tahiyatul Masjid dan Solat Taubat di situ. "Ah...aku mesti cuba"
Sewaktu petugas masjid sibuk mengarahkan para jemaah mengambil giliran, tanpa disedarinya Anim meloloskan diri dari kawalan pertama. Tiba pada kawalan ke 2, seorang petugas masjid berpurdah menghampiri Anim. "Ibu..tunggu ibu...tunggu sini ibu"
Dengan tidak semena-mena, hati jadi sebak. Alamak..tersekat di sini. Dengan linangan airmata..Anim katakan padanya, "Ana...Mekah. Ana....Rasulullah s.a.w" sambil memegang tangannya. (Sebenarnya nak kata...saya nak ke Mekah ni. Saya nak jumpa Rasulullah sebelum ke sana) Dia memandang wajah Anim dan membiarkan Anim berlalu pergi.Alhamdulillah....syukur.
Masya-Allah, keadaan terlalu sesak hari ini berbanding 2 hari lalu. Badan Anim tersepit dicelah-celah kumpulan jemaah Turki. Olehkerana Anim seorang diri, Anim menyelit dicelah-celah group mereka.. Anim mengikut sahaja "alunan badan"...ditolak ke kanan, ditolak ke kiri..maklumlah badan mereka boleh tahan besar. Lepas tu..kalau depa dalam satu group..payah nak menyelit. Depa tak bagi chance.
Anim memberikan salam kepada Rasulullah dan menyebut dihati: "Wahai Rasulullah, ku ucapkan selamat tinggal kepadamu. Ku berdoa kepada Allah SWT , mudah-mudahan diizinkan untukku menziarahimu kali berikutnya" Kemudian Anim terus diasak ke hadapan dan bila Anim menoleh ke bawah....karpet hijau!!!!Ya Allah...kau permudahkan hajatku.Aku benar-benar berada di Raudhah sekarang.
Mana ruang nak solat ni? Nak bergerak seinci pun payah apalagi nak angkat takbir..nak solat. Terdengar jeritan petugas..."Ziarah..ziarah". Agaknya dia nak bagitau, ziarah saja...jangan solat. Tapi, peluang di depan mata mana boleh dilepaskan. Dalam keadaan bersesak dan terhimpit, Anim terlihat ruang kosong dihadapan. Syukur ke hadrat Allah, Anim gunakan kesempatan itu untuk bersolat Dhuha di situ. Terima kasih Allah..Hiba hati bila permintaan dimakbulkan Allah. Airmata tak tertahan-tahan lagi. Benarlah...begitu mudah airmata mengalir di sini. Sembahyang di Malaysia....payahnya airmata nak keluar.
Hari terakhir di Madinah selepas solat di Raudhah
Sempat lagi Solat Syukur di kawasan berhampiran Raudhah (karpet merah) walaupun jemaah lain diarahkan keluar terus dari situ dan tidak dibenarkan solat. "Hajjah, ziarah...hajjah" jerit petugas bila jemaah cuba bersolat di situ..Alhamdulillah, rezeki buat Anim kerana sempat menadah tangan berdoa di situ sebelum bergerak keluar masjid. Encik Suami dah sedia menunggu di luar. Airmata dah tak tertahan-tahan lagi. "Bah, Ummi dapat solat di Raudhah hari ini"
P/S Panjang dah n3 ni...sambung nanti Hari ke4 (part 2)
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Jejak Musafir Hari ke4 ~Airmata di Raudhah"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai