Encik Suami minta Anim bawa 2 botol mineral kosong. Nak isi dengan air zamzam di Masjidil Haram. Kami bercadang untuk buat tawaf selepas solat Subuh. So, air zamzam seorang sebotol itu nanti dibawa tawaf untuk didoakan buat kedua-dua hero kami. Mudah-mudahan menjadi anak yang menurut kata, senang dibentuk, senang menerima ilmu Allah...terang hati... Amin..
Dalam 10 pagi, Anim ke tempat kedai menjual jubah semalam. Hmmm...bila ditanya jubah yang dihajati semalam dah turun 120 riyal pulak hari ni. (
Alhamdulillah...tak jadi beli semalam). Encik Suami tawar lagi..dapatlah 110 riyal (selamat 30 riyal berbanding harga semalam). Tulah Mekah..bergantung pada nasib lah. Harga hari ini tak sama dengan semalam. Jangan ingat bila kawan kita dapat harga sekian, sekian..kita ke kedai itu dengan harapan memperoleh harga yang sama. Nasiblah, kalau harga lebih tinggi atau lebih rendah.
Sempat meninjau kedai menjual kurma dan kekacang. Rasa macam tak cukuplah pulak yang dah dibeli di Madinah. Teringat cerita seorang jemaah..dia dah beli siap-siap kurma di Malaysia. Buat kami pulak, walaupun sedikit yang dapat diberikan...keberkatan Mekah al Mukarramah yang nak dicari.Had 30kg oleh Saudi Airlines dibeg kami diisi kurma dan makanan sahaja(caj 60 riyal dikenakan bagi setiap kilogram terlebih berat). Kurma ajwa (kurma Nabi) di sini 100 riyal sekilogram berbanding 70 riyal di Madinah. Kalau ikut hati mau saja memborong kurma yang diisikan badam tu berkilo-kilo untuk diberikan pada anak murid, tapi...memikirkan lebihan berat beg...lupakan saja.
Hujan lebat selepas solat Zuhor. Teringat adik dan keluarganya yang akan bertolak pulang ke tanahair jam 3.00 petang ini. Nampaknya mereka melaksanakan tawaf wada' (tawaf selamat tinggal) dalam hujan lebatlah. Gagal melaksanakan tawaf wada'...berdosa dan wajib membayar dam (ada yang dikecualikan...rujuk buku panduan umrah).
Olehkerana hari esok (Khamis) merupakan cuti hujung minggu di Arab Saudi, ramai jemaah mengambil kesempatan melakukan ibadat umrah (esok lagi ramai) .
Subhanallah...tawaf dalam hujan tidak menjadi halangan buat mereka....Ganjaran dari Allah SWT yang dikejar...
Sayunya nak meninggalkan Masjidil Haram esok.
P/S Moga-moga ini bukanlah kunjungan terakhir....
Belum ada komen untuk "Jejak Musafir Hari Ke14~Tawaf dalam hujan"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai