Jam 2 pagi terjaga. Mengejutkan Encik Suami yang lena tidur. Selesai mandi, kami bergerak ke masjid. Suasana masih sama seperti siang. Jemaah masih berpusu-pusu...samada yang baru keluar masjid atau baru nak masuk masjid. Kesempatan yang ada...kami gunakan sepenuhnya. Tak dapat nak digambarkan ketenangan bersolat di Masjidil Haram. Di sini...segala-galanya diluahkan kepada Allah SWT. Mohon diampunkan dosa-dosa lalu, mohon diberkati hidup di dunia dan di akhirat...mohon dimurahkan rezeki .. Mohonlah apa sahaja.....luahkan apa yang terpendam dihati .
Hari ni tak membuat umrah. Rasanya cukuplah 5 kali umrah. Lebih dah dari jangkaan asal sewaktu di Malaysia (2 sahaja). Nak duduk di masjid sahaja puas-puas. 3 hari lagi akan meninggalkan Baitullah, Masjidil Haram..Mekah al Mukarramah. Memerhatikan Kaabah membuatkan kita kagum dan terpana dengan kekuasaan Allah SWT.
Di kawasan Masjidil Haram terdapat banyak belalang kunyit. Ada yang hinggap di kelambu Kaabah. Berhati-hatilah kerana di dalam ihram, andai kita terpijak mati samada sedang tawaf atau berjalan di perkarangan Masjidil Haram ....samada sengaja atau tidak disengajakan...kita akan dikenakan dam. Takjub dengan kekuasaan Allah SWT kerana kumpulan burung yang berterbangan di kawasan Kaabah tidak pula hinggap di situ. Burung-burung ini riuh berbunyi (seolah-olah turut berzikir) sambil terbang di kawasan Kaabah.
Subhanallah.....bila dipandang dengan teliti pergerakan sesetengah burung tersebut, ia turut tawaf mengelilingi Kaabah.
Masjidil Haram juga menjadi tempat memulakan ikatan silaturrahim di kalangan jemaah berbilang bangsa dan negara. Kalau diberitahu yang kita ni jemaah Malaysia, jawapan jemaah Arab dan Turki..
"Malaysia? Malaysia good".
Anim berkesempatan berbual dengan seorang jemaah berusia awal 60an dari Gombak .Dia sudah 13 kali ke Mekah. 2 kali menunaikan haji dan selebihnya menunaikan umrah. Orangnya tenang dan merendah diri. Pesannya, walaupun kita setiap tahun ke sini pun, pengalaman dan ujian yang diberi Allah tetap berbeza. Dia memberikan contoh...walaupun pemergiannya kali ini membayar lebih RM6000 ...dia mendapat penginapan yang jauh dari Masjidil Haram hingga kali ini dia mengerjakan sa'i di atas kerusi roda.
Ada juga peristiwa lucu di Masjidil Haram yang bakal meninggalkan kenangan manis buat Anim bila mengenangnya. Pertama, selesai solat di Tingkat 2 dan turun dengan escalator, terdengar riuh-rendah di tangga bergerak di situ. Jemaah tersekat di laluan escalator. Ada yang marah-marah juga.
Subhanallah...
Rupa-rupanya ada 2 jemaah wanita (tua) berdiri betul2 di depan escalator. Jemaah lain suruh dia turun tapi entah apa yang dikatakan...tak faham. (Pakaian tak macam Arab. Muka ada contengan...Afghanistan kot).
Jemaah yang nak cepat ..potong barisanlah. Anim dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. Depa ni mesti tak reti nak turun escalator. Tepat sangkaan Anim bila seorang jemaah lelaki Indonesia turut sependapat dengan Anim. "Mari ikut saya". Dia memegang tangan salah seorang wanita itu dan membawanya turun bersama. Kawannya yang tertinggal ni...mulalah menjerit. Haa..apalagi. Anim pun memegang tangannya dan mengajak dia turun dengan escalator. Wah...dipautnya bahu Anim erat... Bila selamat tiba di bawah, mereka bertepuk tangan . Haahaha...lucu betul.
Peristiwa ke2 juga di escalator. Anim sedang menuruni escalator untuk turun ke toilet. Ada jemaah wanita (bercadur...dari Pakistan kot) berada di laluan escalator Anim (turun). Dia hendak naik ke atas tetapi menggunakan escalator kami yang turun ke bawah. Apalagi...dapat naik 3 tapak, turun balik. 2,3 kali dia mencuba...terturun semula. Anim perhatikan gelagatnya. Mukanya dah pucat lesi. Pelik kot...apasal lah tangga ni mengundur semula. Alamak...nanti bertembung pulak dengan kami yang nak turun ni.
"Hajjah..hajjah" jerit Anim sambil mengarahkannya ke tepi. Anim kemudian menunjukkan escalator untuk naik ke atas kepadanya. Macam-macam!!!
P/S Pengalaman berharga untuk Anim...
Belum ada komen untuk "Jejak Musafir Hari Ke12"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai