Home · About Me · Sitemap ·

Pusat Sains Negara Wilayah Utara

Haaah...cycling dengan skeleton?

Pusat Sains Negara Wilayah Utara terletak di Gunung Keriang kira-kira 8 km dari bandar Alor Setar dan bersebelahan dengan Muzium Padi. Anim bawa 2 Abdul ke mari Sabtu lepas. Konon-konon nak kenalkan depa dengan sains, teknologi dan inovasi terbaru.

Bila melangkah masuk ke Exhibiton Hall....2 Abdul tak nampak bayang.
Semua dalam satu floor sahaja. Taklah banyak seperti di Pusat Sains Negara, KL. Camnapun, depa cukup suka mencuba kesemua peralatan yang disediakan


 Rock climbing

Spaceship


 
Sessi informasi Sains bersama si abah

Memerhatikan gelagat 2Abdul "mengerjakan" The Grain Pit dengan akal masing2.

 
Ni favourite task mereka

 Merasa suasana gempa bumi...rumah ini bergoyang2..

 
3D Movie

P/S  Pusat Sains Negara Wilayah Utara ini perlu dinaiktaraf. Salah satunya adakan ruang pameran untuk golongan professional dan pelajar-pelajar universiti.Jika tidak...tak ubah seperti "playground" kanak-kanak.


Artikel berkaitan:

Ulu Legong Hot Spring, Baling


Sebut nama Baling, tergambar difikiran Anim kisah Raja Bersiung dlm karya agung Hikayat Merung Mahawangsa...Perjanjian Baling..Tak lupa juga Peristiwa Memali lama dulu. .Cuti Wesak ni, Anim pergi ke satu lagi tarikan yg mungkin sukar ditemui di tempat lain di negara kita.

Gerbang siung di Mukim Siong, Baling... Ingat lagi cerita Raja Bersiung? Bukan cerita dongeng tau...
  
Dulu merupakan kawasan hitam dan kawasan operasi tentera memburu pengganas komunis Sejarah hitam berlaku apabila penduduk dan anggota tentera diserang hendap oleh komunis pada penghujung 1981.
Banyak cerita dan sejarah Baling diceritakan oleh tuanpunya homestay. Tinggal ber2 sahaja dengan suaminya.

Chalet ada..homestay ada...Anim nak merasa tinggal di homestay kepunyaan pasangan lama penduduk KEDA.  1 katil double, 1 katil single,bilik mandi..TV channel ASTRO RIA..oklah..kita nak duduk dalam air...bilik utk tidur sahaja. Homestay ini dibina oleh penduduk perumahan KEDA sendiri.

Rumah KEDA ini asalnya dibina oleh kerajaan negeri untuk mengumpulkan penduduk2 kampung berdekatan untuk penempatan semula. Alhamdulillah..dah jadi sumber pendapatan buat penduduk-penduduk di sini.. Semua bilik, homestay dan chalet penuh cuti ini. Merata datang..ada datang dengan bas dari KL, Perak.. dr SP pun ada (kami laaa)

Kolam air panas terbesar di Malaysia (3.4 hektar). Ramai pengunjung datang waktu malam.
Pukul 6 kami tiba...masih lengang. Anak-anak masuk kolam kanak-kanak, 34-37 celcius. Kolam yang Anim try cecah kaki..43-49 celcius..Adoooi...itu pun tak tahan panas...macam kena rebus nih..
Kolam untuk kaum wanita pun ada....yg nak privacy. Suhu 43-49 celcius

Ini kolam sumber utama. Suhu 49-60 celcius. Airnya jernih sampai nampak belerang di dasar kolam. Kolam utama ni keluarkan lumut hijau yang dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kulit dan gatal2. Tapi pengunjung tidak dibenarkan mandi di sini sebab suhunya terlalu tinggi..Berasap2.. Kolam2 khas yang dibina tadi..disalurkan bagi memudahkan pengunjung merasai kehangatannya.

Semakin malam semakin meriah. Berduyun2..adik, abang, pakcik, makcik, ah soo, apek, nyonya, tok, nenek, aya, aci...datang...menjinjing periuk nasi, tikar, bantal pun ada..Tiada halangan untuk tidur disini. Khabarnya best turun mandi jam 2@3 pagi..Khemah2 didirikan. Kolam ini dibuka 24j. Nak urut kaki pun boleh....

Jam 11.00 malam ...Kena balik bilik la..Anak2 dah kecut semua anggota. Masa kami nak balik bilik...masih ramai yg mencari parking...

 Pagi2 selepas bersiap nak pulang...terdengar ketukan di pintu....nice...terimakasih makcik..

Artikel berkaitan:

Let Bygones Be Bygones..


Assalamualaikum wbt...

Rakan Anim yang satu ni merupakan teman sekuliah dan teman baik Anim. Anim pernah ke rumah keluarganya di Pekan, Pahang dan dia pun pernah menziarah keluarga Animr. Setelah keluar kolej, kesibukan tugas dan tanggungjawab berumahtangga membuatkan kami jarang berhubung. Tahun 90an hp tak popular dan belum mampu dimiliki.

2003, Encik Suami ditugaskan di BP, Johor dan kami berhubung semula, hp dah melambak dipasaran. Kebetulan dia bersuamikan orang Segamat tetapi kami masih belum berkesempatan mengenali suami dan anak2 masing2..Hubungan kami masih on off  on off..Yg pasti setiap hari kelahiran, hari ibu, hari guru...kami sering bertukar sms.

2009...Anim mengajar di Selangor dan masih menunggu jawapan pertukaran ke Kedah. Pagi Selasa,  2/6/2009 , Anim terima sms darinya menyatakan kemalangan maut yg menimpa suaminya di Serting. Aduh..menggeletar tangan sewaktu membalas sms tersebut.

Keesokan hari, Anim menelefonnya dan hanya Allah SWT yg tahu bagaimana perasaan Anim ketika itu.Sebak mengenangkan sahabat baik, teman seusia kini kehilangan teman hidup. Sebak memikirkan keadaan anak2nya yang kehilangan ayah disaat mereka memerlukan kasih sayangnya.Anim hanya mampu menasihatinya agar sabar dan redha dengan ujian Allah ini...

 Menziarahi dia seminggu selepas pemergian arwah suaminya

Seminggu selepas itu, Anim , Encik Suami dan anak2 mengunjungi dia di rumah ibunya . 19 tahun berpisah , sayunya kerana pertemuan semula ini  dia dalam keadaan berduka. Hanya gambar arwah dari albumnya yang dapat Anim tatap...itulah pertama kali Anim lihat wajahnya tanpa jasad. Namun hikmah dari pertemuan itu..kami saling berhubung antara satu sama lain..Ya..dia perlu kuat untuk anak-anaknya... Hidupnya kosong setelah kehilangan arwah.. Lama dia mengasingkan diri. Dari tulisan dan luahan di netlognya Anim tahu dia merindui arwah suaminya.

F pula teman sekolej tapi berlainan course. Dia dan F digelar pasangan "belangkas" di kolej suatu masa dulu. Sama putih kulitnya..sama padan. Hubungan mereka memang diketahui ramai malah turut dihidu pensyarah juga. Namun..kita hanya mampu merancang..Jodoh mereka tidak kesampaian bila masing-masing memulakan tugas di tempat baru yang berlainan. Yang berlalu biarlah berlalu. Tak perlu ditanya mengapa.

Semasa Anim bertugas di BP, Anim pernah terserempak dengan F dan keluarganya di sebuah majlis perkahwinan. Tapi..tegur2 begitu sahajalah. Anim pernah juga bertugas dgn isteri F di padang sewaktu kejohanan sukan peringkat zon. Tapi isteri F mengenali Anim sebagai rakan setugas satu zon sahaja...Iyalah, Allah dah tentukan jodoh hambanya...siapa kita nak menolak rencana-Nya.

2 bulan selepas pemergian arwah suami rakan Anim ni, 15 Ogos (Anim dah bertukar ke Sg.Petani) , Anim terima 3 sms dari geng bas sekolah di Johor.  

"Anim kenalkan dengan Cikgu N? Sekolah....... Dia meninggal dunia petang tadi akibat kanser rahim. Sedekahkan Al-Fatihah untuknya"

Cikgu N, sekolah....???Eh, isteri F ke ni?? 

Anim ragu-ragu dengan berita itu. Anim balas semua sms tadi dan meminta kepastian Innalillah..... Dengan tidak semena-mena, terlintas difikiran Anim. Takdir rakan Anim dan F serupa...kehilangan pasangan hidup masing-masing... Anim hantar message ke rakan Anim. Dia agak kebingungan agaknya sebab jawapan yang Anim terima "F yang mana?"..Lucu..

Alamak, macamana nak contact F ? Kawan2 di BP..tiada sorang pun tahu dan ada no.tel F.  Kena buat tindakan segera.. Anim hubungi adik di Kluang. Sebagai pemeriksa kertas SPM, tentu dia banyak contact dari daerah lain.

Alhamdulillah..dipermudahkan Allah, petang tu no.telefon F dah ada dlm tangan. Kali ni Anim pulak bingung. Nak call ke nak hantar message? Decide hantar message takziah dulu. Message Anim tak berbalas. 2 hari jugalah Anim menanti. Akhirnya, dengan nasihat Encik Suami, Anim mengumpul kekuatan untuk call F. Payah nak mengatur ayat untuk sahabat dalam kesedihan ni.

Kata Encik Suami, " Mudah-mudahan langkah pertama Anim menyatukan mereka berjaya." Eh, dia pulak teruja. 

Hmmm...rupa2nya F "bingung" baca sms bertaip Anim, Sg.Petani. Haah, mana dia tahu Anim dah ke sana kan..Dulu jumpa di BP. Dari cerita sakit arwah isteri, saat akhir arwah isteri ...kemudian ke anak-anak, akhirnya bila sentuh fasal rakan Anim, ...pucuk dicita ulam mendatang...  F terkejut dengan berita sedih itu dan ingin mengucapkan takziah buatnya.....

Haaa..cerita selepas ini, merekalah kena sambung...  Walaupun pada awalnya rakan Anim agak bimbang dengan "segala kemungkinan dan kata-kata sekeliling"...Anim yakinkan dia..mereka sememangnya telah ditakdirkan bersama. Cuma perjalanan untuk mereka bersatu...perlu melalui pelbagai rintangan dan dugaan. Itulah yang tambah menguatkan lagi cinta mereka sebenarnya.

Anak-anak rakan Anim perlukan kasihsayang dan perlindungan dari seorang bergelar ayah. Anak-anak F pula rindukan belaian, sentuhan dan air tangan seorang ibu... Anim yakin dan percaya mereka akan menjadi pasangan ibubapa yang hebat buat anak-anak mereka sedia ada dan bakal ada nanti...insya-Allah.

Buat kedua-duanya,yang lalu biarlah berlalu...Lembaran masa lalu wajib diikat supaya tidak keluar utk selama-lamanya dan ditutup rapat hingga tidak dapat dilihat lagi.Tak perlu dibuka balik sebab ia sudah berlalu.Tidak ada kesedihan untuk mengenangnya, tidak ada kepiluan utk memperbaikinya, tidak ada kesukaran utk membetulkannya dan tidak ada kemurungan utk menghidupkannya.  Rencana Allah jauh lebih indah daripada rencana kita terhadap diri kita sendiri, dan apa yang menurut kita baik atau buruk belum tentu itu yang terbaik dan terburuk menurut jalan-Nya. Semoga bahagia menjadi milik kamu berdua selamanya!

P/S  Untuk kamu ber2.....time is like river. You cannot touch the same water twice because the flow that passed will never pass again. Enjoy every moment in your life.

Artikel berkaitan:

Kedah Bumi Bertuah@Yan

Kedah telah dianugerahkan keindahan semulajadi dan kehijauan mukabumi . Di kaki Gunung Jerai sahaja terdapat banyak kawasan air terjun dan pusat rekreasi. Pilih saja tempat nak habiskan masa hujung minggu. Isi minyak kereta penuh...boleh cari tempat nak tenangkan fikiran...lapangkan minda...mencari ilham. Pendekata...sambil2 mengajar anak mengenal alam kelilingnya secara percuma.
 Terletak di Kg Perigi. Seronoknya tinggal di kawasan penuh dengan keindahan alam dan kehijauan hutan ini.

Si Abdul merengek nak masuk dalam air..tapi no..no. Ada sekumpulan remaja mandi manda di sini...Celup2 tangan kat air...ok. Batu licin berlumut...bahaya untuk kanak-kanak.

Semoga kawasan hutan ini terus terpelihara


Kebanyakan pantai di Kedah berselut@berlumpur


Air terjun Titi Hayun...sesuai bawa anak mandi-manda di sini...

Tangga 1000 tahun..boleh membawa anda ke Gunung Jerai



P/S Kesimpulannya, Kedah banyak tempat menarik tetapi kurang promosi dan penyelenggaraan.

Artikel berkaitan:

Masuk Kampung...Again

2 Abdul ajak mandi waterfall lagi minggu ini. Tapi cuaca tidak mengizinkan. Kerap hujan di waktu petang...bahaya mandi di waterfall. Arus deras turun mendadak..tak boleh jangka. Kita ronda-ronda saja anak2 ya. Kali ni kita pergi tengok tempat bersejarah pulak ya...

Ingatkan Sultan Muzaffar Shah ada di Melaka sahaja.


Inilah makam "Maharaja Derbar Raja" . Baginda adalah Sultan Kedah pertama memeluk Islam. Dia menggunakan nama Islamnya "Sultan Muzaffar Shah".Sayang..makamnya tidak dijaga dengan sempurna.
Kawasan sekitarnya semak.

Dah lama nampak khemah kanvas ni di kiri kanan jalanraya ke Merbok.
Tak boleh jadi...kena turun tanya ni.. "Boleh tengok tak?"
Guard perempuan tu angguk2...yahoooo

Tapak Penyelidikan Arkeologi Sg. Batu. Pusat tamadun dilengkapi monumen dan batu bersurat dan merupakan monumen tertua di Asia Tenggara berusia lebih 1900 tahun ditemui di sini. Ia berada di dalam kawasan seluas 3km persegi di sebuah ladang kelapa sawit.


Terdapat kawasan tapak dengan batu-bata dan monumen yang berfungsi sebagai pusat penempatan, kilang besi dan dewan keramaian. Tarikh yang disahkan wujudnya kawasan ini ialah pada tahun 110 Masehi

 Orang2 kampung, penuntut USM, tuan tanah, staf USM, staf Jabatan Warisan Negara dan pelbagai pihak dari pelbagai agensi turut serta dalam penyelidikan ini sejak 2009.Selain monumen, pakar arkeologi turut menemui satu tulisan berbahasa Sanskrit Palawa pada satu batu bersurat yang berkisar tentang puisi, mantera serta kehidupan masyarakat purba.

Ia turut meletakkan tapak kajian ini sebagai pusat tamadun sejarah terawal di Asia Tenggara mengatasi Angkor Wat di Kemboja dan Borobodur, Indonesia.

Banyak yang ditanya....

  Ehem..ehem..pelawat ke 1675 goes to.....
 

Artikel berkaitan:

Don't Judge A Book By It's Cover

Setiap kali berpindah, selain sibuk dan pening kepala mencari rumah untuk didudukki, sekolah anak-anak, tempat mengaji dan tuisyen dan bermacam-macam pencarian lagi...yang turut memeningkan kepala ialah mencari TAILOR.

Berbulan meronda bandar SP, satu hari semasa singgah di Pasar SP, ternampak satu kedai jahit di tingkat 2. Nampak buruk je bangunannya. Terpampang nama orang Melayu kita.
  
Laa...aunty rupanya. Berusia 60++.. Nampak sihat dan muda lagi. Berniaga dah puluhan tahun. Kenapa Yati? Nama  macam Melayu?  Nama dia memang Yatt (nama Cina lah) tapi dek customer ramai Melayu..Yatt...Yatt..lama2 panggil Yati la...

Tergamam Anim waktu kaki melangkah masuk. Gemerlap...mengelip...aduhh..terpegun juga dibuatnya melihat baju-baju yang bergantungan. Kata Yat, baju tu semua dah bertuan. Yang ni baju YB XXX, Yang ni baju ....(dia sebut nama seorang ternama berstatus kerabat di Malaysia... ooppps...kena zip mulut)

 Pendekata...berdegup kuatlah jantung masa tingggalkan baju kat kedai Yati ni.

"Saya kerja makan gaji je Yati. Bukan wife somebody tau...Saya nak cuba you punya tangan." "Kalau macam ni punya cantik you punya jahitan, baju yg you buat...mesti I pun jadi cantik." 

Ayat minta simpati tu...jangan "ketuk" tinggi sangat..

 Baju Anim dalam beg ini...takleh la tayang dulu...Basi nanti utk raya..

Petang semalam dah p ambil baju yang sudah siap. Apa yang boleh Anim katakan...hebat Yati ni. Patutlah ramai pelanggan atasan mai kedai dia.. Sekali sarung...memang lain rasanya. Harga...mahal sedikit berbanding tailor2 Anim sebelum ini tetapi masih dalam kemampuan orang makan gaji lagi.
Pada pendapat Anim, mahal lagi baju yang sedia ada di butik!

Artikel berkaitan:

Bakat Terpendam


Hujung minggu, biasalah sibuk dgn aktiviti mengemas. Kali ni mengemas folder dalam laptop. Buang mana2 yg tak perlu lagi. Tiba-tiba, tertarik dgn fail yg diberi nama "Wajah Anak-anak Kecil". Eh, sajaklah. Dari mana datang ni? Selesai menatap dari awal ke akhir, tanpa disedari mengalir airmata . Tak sangka si dia punya bakat menulis sajak.

"Puas cari kat mana sajak tu disimpan..Lama dah, masa arwah meninggal dulu. Tak tahulah..masa tu tiba-tiba datang idea." ujarnya sewaktu ditanya.

Sungguh tak sangka, orang "mesin" sepertinya punya bakat dalam menulis sajak. Dulu masa bertunang, ada juga terima sajak dari si dia...sangkakan si dia ciplak mana2. Sorry .. Si dia tunjukkan dairi2 lamanya yg penuh dgn sajak2 yg diciptanya sejak dulu...masya-Allah, ada lebih 10 sajak.. 

WAJAH ANAK-ANAK KECIL

Anak kecil ini tak tahu apa-apa
Fikirnya tamu hadir..seperti biasa
Suara tangisan tersedu-sedu disapanya
Tubuh kaku dihadapannya. tidur sangkanya..

Dua saudara di atasnya hampir sebayanya
Masih keanak-anakan perangai gayanya
Kasih ayah masih dipintanya
Kini pergi dalam tidurnya

Malam tadi anak kecil ini masih bercerita..
Kisah ayahnya bermain sorok-sorok masih segar diingatannya
Bila ditanya mana ayahnya..
Dibalik pintu ia bersembunyi jawabnya..

Berat mataku memandang..berat lagi beban ibunya..
Airmata menitis bila melihat wajah-wajah kecil itu..
Perjalanan hidupnya masih jauh dihadapan
Kasih ayahnya sekelumitnya baru dirasa

Anak-anak kecil ini masih belum mengerti
Masa dan waktu akan mendewasakannya..
Bila ditanya nanti mana ayahnya...
Ia pergi menyambut seruan Illahi..
Meninggalkan aku bersama ibuku..
Menumpang kasih kepada kerabatku..

~Pak Long~
(Untuk anak-anak buahku, Nana, Shikin dan Ani yg ayahnya kembali ke rahmatullah pada Mac 2006)

2 Abdul bersama Nana, Shikin dan Ani

P/S Arwah Leftenan Adnan b. Sidek meninggal dunia selesai solat Suboh di usia 37 tahun kerana serangan jantung mengejut pada Mac 2006. Arwah menghembuskan nafas terakhirnya disaksikan sendiri oleh ketiga2 anak perempuannya di rumahnya di Tmn Pinggiran Putra, Kajang. Waktu itu, Nana berusia 11 tahun, Shikin, 8 tahun dan Husnina, 5 tahun. Alfatihah untuk arwah..seorang ayah, anak, menantu, ipar dan biras yg disayangi semua...

Artikel berkaitan: