Home · About Me · Sitemap ·

Don't Judge A Book By It's Cover

Setiap kali berpindah, selain sibuk dan pening kepala mencari rumah untuk didudukki, sekolah anak-anak, tempat mengaji dan tuisyen dan bermacam-macam pencarian lagi...yang turut memeningkan kepala ialah mencari TAILOR.

Berbulan meronda bandar SP, satu hari semasa singgah di Pasar SP, ternampak satu kedai jahit di tingkat 2. Nampak buruk je bangunannya. Terpampang nama orang Melayu kita.
  
Laa...aunty rupanya. Berusia 60++.. Nampak sihat dan muda lagi. Berniaga dah puluhan tahun. Kenapa Yati? Nama  macam Melayu?  Nama dia memang Yatt (nama Cina lah) tapi dek customer ramai Melayu..Yatt...Yatt..lama2 panggil Yati la...

Tergamam Anim waktu kaki melangkah masuk. Gemerlap...mengelip...aduhh..terpegun juga dibuatnya melihat baju-baju yang bergantungan. Kata Yat, baju tu semua dah bertuan. Yang ni baju YB XXX, Yang ni baju ....(dia sebut nama seorang ternama berstatus kerabat di Malaysia... ooppps...kena zip mulut)

 Pendekata...berdegup kuatlah jantung masa tingggalkan baju kat kedai Yati ni.

"Saya kerja makan gaji je Yati. Bukan wife somebody tau...Saya nak cuba you punya tangan." "Kalau macam ni punya cantik you punya jahitan, baju yg you buat...mesti I pun jadi cantik." 

Ayat minta simpati tu...jangan "ketuk" tinggi sangat..

 Baju Anim dalam beg ini...takleh la tayang dulu...Basi nanti utk raya..

Petang semalam dah p ambil baju yang sudah siap. Apa yang boleh Anim katakan...hebat Yati ni. Patutlah ramai pelanggan atasan mai kedai dia.. Sekali sarung...memang lain rasanya. Harga...mahal sedikit berbanding tailor2 Anim sebelum ini tetapi masih dalam kemampuan orang makan gaji lagi.
Pada pendapat Anim, mahal lagi baju yang sedia ada di butik!

Artikel berkaitan:

3 Komen untuk "Don't Judge A Book By It's Cover"

  1. Hi bole says Thai di mana kedai ini Ada no tel tak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bole says tahu alamat kedai ini, Ada no phone tak.

      Padam
  2. Cuba cari deretan rumah kedai beraebelahan Sri Malaysia Hotel Sg Petani. Tingkat atas. Bwh kedai ada restoran kalau tak silap

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai