2 Abdul ajak mandi waterfall lagi minggu ini. Tapi cuaca tidak mengizinkan. Kerap hujan di waktu petang...bahaya mandi di waterfall. Arus deras turun mendadak..tak boleh jangka. Kita ronda-ronda saja anak2 ya. Kali ni kita pergi tengok tempat bersejarah pulak ya...
Inilah makam "Maharaja Derbar Raja" . Baginda adalah Sultan Kedah pertama memeluk Islam. Dia menggunakan nama Islamnya "Sultan Muzaffar Shah".Sayang..makamnya tidak dijaga dengan sempurna.
Kawasan sekitarnya semak.
Dah lama nampak khemah kanvas ni di kiri kanan jalanraya ke Merbok.
Tak boleh jadi...kena turun tanya ni.. "Boleh tengok tak?"
Guard perempuan tu angguk2...yahoooo
Tapak Penyelidikan Arkeologi Sg. Batu. Pusat tamadun dilengkapi monumen dan batu bersurat dan merupakan monumen tertua di Asia Tenggara berusia lebih 1900 tahun ditemui di sini. Ia berada di dalam kawasan seluas 3km persegi di sebuah ladang kelapa sawit.
Terdapat kawasan tapak dengan batu-bata dan monumen yang berfungsi sebagai pusat penempatan, kilang besi dan dewan keramaian. Tarikh yang disahkan wujudnya kawasan ini ialah pada tahun 110 Masehi
Orang2 kampung, penuntut USM, tuan tanah, staf USM, staf Jabatan Warisan Negara dan pelbagai pihak dari pelbagai agensi turut serta dalam penyelidikan ini sejak 2009.Selain monumen, pakar arkeologi turut menemui satu tulisan berbahasa Sanskrit Palawa pada satu batu bersurat yang berkisar tentang puisi, mantera serta kehidupan masyarakat purba.
Ia turut meletakkan tapak kajian ini sebagai pusat tamadun sejarah terawal di Asia Tenggara mengatasi Angkor Wat di Kemboja dan Borobodur, Indonesia.
Banyak yang ditanya....
waahh...
BalasPadamkalau saya pilih course antroplogi dlu..ni la keje saya sekarang..
hehhehehhe...
Ya la misz...
BalasPadamminat bercambah dh usia antique ni..
sama mcm orgnya..