Home · About Me · Sitemap ·

KFC Pandu Lalu: Minta halal


Assalamualaikum wbt...

Jumaat lalu di KFC Pandu Lalu Stesen Petronas di Melaka. Lupa nama tempat. Kalau tak silap mula dari huruf J.Ikut jalan Melaka-Muar (jalan dalam) sebelum Sg. Rambai.

Order set 6 ketul nugget untuk Anim (macam budak-budak)....dapat 7 ketul.



Pernah alami hal serupa di Sate Kajang Hj Samuri di Hentian Jejantas Sg. Buloh sebelum ini. Minta 30 cucuk, diberi 35 cucuk. Nasib baik makan di situ, bolehlah bayar harga 5 cucuk extra tu lepas makan

Kali ni nak berpatah balik, dah terlajak jauh ke depan.Takkan mau Bapak Abdul nak berpatah balik sebab nak kejar solat Jumaat. Bapak Abdul kata kalau Anim tak nak makan satu extra tu, bagi je kat dia. Dia kata tauke pemegang franchise kat situ orang kita. Kot nak sedekah sebab hari tu hari Jumaat. Eh, boleh ke kata gitu. Teringat entry Anim (SINI) dan (SINI). Lebih kurang aja situasi ni kan.  

P/S  Kepada tauke pemegang franchise atau staff KFC Pandu Lalu tu andai terbaca entry ni, saya minta halal bagi pihak suami saya!


Artikel berkaitan:

8 Komen untuk "KFC Pandu Lalu: Minta halal"

  1. hehehehe..comel.. rezeki awak la tu..

    BalasPadam
  2. ehehehe rezeki tu namanya.. kalau dak kasi je kucing miahahaha..

    BalasPadam
  3. anggap je dia sedekah dan doakan semoga perniagaannya bertambah maju ...

    BalasPadam
  4. hahaha.. rezeki.. tapikalaujadi dekat saye pon serba salah.. tapi bukan salah kite kan..

    BalasPadam
  5. Rezeki Animlah hari tu. Betul juga, mungkin tokey franchise KFC tu nak bersedekah hari Jumaat *_*

    BalasPadam
  6. Anim.....sama jer taktik Bapak Abdul tu dgn Pak Jilap.....suka buat andaian sendiri

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai