Home · About Me · Sitemap ·

Hati emas


Assalamualaikum wbt....

Malam tadi dok BW hingga jam 11 malam, blog masih seperti biasa.

Pagi ni nak publish entry dalam draft, tersengih manjang bila header blog sudah berubah. Baik hati si pemberi...pukul berapalah dia berjaga uploadkan untuk Anim. Tenaga membuat dan mengupload percuma pulak tu. Pemberian yang sangat touching.

Mulut kak Anim hanya mampu mengungkapkan ucapan TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA...in sha Allah kalian boleh guess siapa yang baik hati tu bila belek muka blog Anim sampai bawah.

Semuanya tentang hati...

Ahad lalu, sewaktu nak keluar rumah, berhenti satu motor.

"Nak potong rumput, Cik?"
Pucuk dicita ulam mendatang. Memang nak cari pemotong rumput tapi masih belum berkesempatan. Geng bas sekolah yang tinggal di area sama pun tak dapat tolong sebab depa tak de rumput nak dipotong katanya, huhu. Semua bersimen dah. Serik kalau dapat seperti pemotong rumput ini.

Masalahnya kami plan nak keluar. Tak dapat tunggu. Sempat bercerita dia bermotor dari Gurun (20km juga tu). Hari Ahad tak kerja, cari duit tambahan. Dulu kerja Propel, bahagian mesin rumput jugak. Pandai dia cari duit tambahan dengan skill dan alatan yang dia ada.

Bila ditanya bayaran diminta, dia menjawab terpulang kepada kami. Dia tak letak harga. Aduh, susah juga. Kami hulurkan RM40 , buatlah apa yang patut dan pesan tutup pagar sebelum pulang.Dari raut muka, dia nampak boleh dipercayai.  Bismillahi tawakkaltu 'alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah.

Sebaik pulang ke rumah.....

Bersih dan kemas. Timbunan rumput sudah dimasukkan ke dalam plastik hitam dan diletakkan di tepi tong sampah.


Kawasan belakang yang dipenuhi pokok pisang juga sudah dibersihkan. Encik Suami baru plan nak buat sangkar rabbit untuk 2 Abdul di situ. Anim ada juga minta Encik Suami tebas sikit pokok pisang tu. Tapi jawabnya, eloklah kat situ. Bila nampak pokok pisang, kita akan ingat, pokok pisang ni ada di syurga. Takleh bayang camna rupa pokok pisang kat syurga yang disebut dalam Al Quran:-))
"Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya" Al Waqiah ayat 29 
Dalam hati ralat juga, awatlah tak minta no.telefon pemotong rumput dari Gurun tu tadi. Mudah-mudahan, 3 bulan akan datang...dia akan muncul lagi di depan rumah kami.

 P/S  Mereka berdua punya hati emas....berbakti pada orang yang tidak mereka kenal dengan rapat.

Artikel berkaitan:

23 Komen untuk "Hati emas"

  1. pemotong rumput tu melayu ke bangla?

    BalasPadam
  2. kemas rapi hasil kerjanya, kawasan rumah luas, pasti pemotong rumput tu puas hati dengan prmberian anim.

    BalasPadam
  3. menyegarkan header baru blog ni...sejuk ja mata memandang..

    BalasPadam
  4. Siapalah lagi yg suka pemandangan macam ini kalau bukan yg suka relakskan minda kan Anim:)

    Org jujur akan dikenang sampai bila Anim. Tengok muka pun kadang memang boleh nampak dah.

    BalasPadam
  5. beruntungye ketemu manusia berhati emas...semoga Allah murahkan rezeki mereka...

    BalasPadam
  6. Rezeki jugak tu dapat bertemu orang yang baik dan amanah.
    Header pun cantik, kawan rumah pun kemas... dua2 buat sejuk mata memandang..

    BalasPadam
  7. Salam Anim,

    Lama tak singgah sini dek sibuk dengan bos baru :)

    Wah, sekali masuk tengok dah berubah cantik blog ni! Sedap je mata memandang. Dua, tiga, kali juga turun naikkan spek dok tengok betul ke ni 'rumah' Anim. Yalah, di luar pindah rumah, di dalam blog pun kira macam renovate rumah jugalahkan....

    Beruntung dapat bantuan dua insan yang baik hati ni. Banyak perkara dalam dunia ni yang buat kita rasa tak boleh nak percaya pada orang asing yang tak dikenali tapi mana sangka, masih lagi ada orang berhati sebaik mereka berdua ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyalah....kita rasa touching tau..huhu
      kawan2 saya di alam maya ni pun baik hati, berhati emas MD..cuma tersorok je dari pengetahuan saya je...

      Padam
  8. agak besar jugak kawasan berumput tu,Anim..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah sue...biasanya kalau suruh potong rumput, dia akan potong saja. tak tolong kemas kawasan lain:-))

      Padam
  9. Perbuatan baik akan di balas baik...mungkin dia rasa apa yang Kak Anim bagi dia tu banyak untuk kerja2 menebas rumput yang hanya beberapa jam tu.

    BalasPadam
  10. luas juga rumahnya heee..boleh tanam macam2 gitu..

    cantik kemas kerja tukang rumput ni ya...mahal ke upahnya?

    BalasPadam
  11. waaah kalau dia boleh dipercayai bleh la dia dtg sbulan skali kan..
    tapi zaman skrang ni menakutkan.. =)

    BalasPadam
  12. suka dgn header baru tu , nice . Saya klu dgn org baik mcm tu , mmg saya x berkira dgn RM . org jenis ni ringan tulang . klu kita mintak tlg buat keje lain pun dia nak ... saya teringat jiran saya masa dok umah sewa dulu . tuan rumah tu dgn anaknya hanya seorg pemutung rumput . tapi dgn hasil memotong rumput tu , mrk dpt beli rumah dan kereta . kesimpulannya , klu kita rajin kerja apa pun tetap ada hasil ...

    BalasPadam
  13. Allah hu akbar.. jujur.. amanah sangat si pemotong rumput tu kak..

    BalasPadam
  14. Kontraktor Propel yeh.....ohhh bekas majikanku.... Gitulah kalau niat bekerja bersungguh sungguh kerana Allah. Bukan orang tu aje yg berhati emas, tuan rumah pun berhati emas jugak, tu yg botak licin rumput dikerjakannya hihi

    BalasPadam
  15. terbaik lah. susah dah nak cari org yg betul betul rajin skrg

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai