Home · About Me · Sitemap ·

Terlepas cakap


Assalamualaikum wbt...
Percaya tak,keesokan hari (Ahad) Anim minta izin Encik Suami untuk p kuliah muslimat Ustazah Norlaila di masjid Taman Keladi (seperti dalam poster). Plan nak singgah  lepas balik sekolah.Namun aral tiba jugak. Dan waktu itulah Anim rasa Anim tahu kenapa niat untuk ikut majlis ilmu di Masjid Taman Keladi tak diizinkan. Syukurlah Allah beri Anim ilham untuk meneliti sebab. Ianya adalah dari kesilapan Anim sendiri. Next entry Anim cerita ya...
Copy paste entry semalam

Entah macamana teringat dialog yang Anim utarakan waktu bersembang dengan Encik Suami sambil membelek jadual kuliah bulan Mac masjid-masjid berhmpiran yang diperolehi.

 Jarak Masjid Andalusia dari rumah 1 km . Cantik , baru , besar dan gah. Lampu dan kipas (2 in 1) canggih. Majlis ilmu kat masjid ni rata-rata buka kitab. Cuma kita dengar suara penceramah berdengung. Bukan salah PA sistem rasanya. Masjid buat dari batu gitulah katanya.

Jarak Masjid Al-Majidi (Masjid Kuning) pula dalam 3 km . Masjid berairconditioned, ooo...memang suka. Siapa yang tak suka solat dalam masjid berairconditioned kan... 

Masjid Qariah Taman Keladi ni memang hebat. Masjidnya diimarahkan. Sound systemnya A+. Suka p masjid ni walaupun 20km jauhnya. Cuma penumpuan sedikit terjejas dek kehadiran seorang hamba Allah yang kurang sihat di majlis ilmu tersebut. Kuliah Subuh ada, kuliah maghrib pun dia datang.  Kalau dia duduk mendengar saja tak mengapa. 

Yang Anim perasan setiap kali Ustaz berkenaan bersuara deras (kuat), hamba Allah itu akan ketawa dengan kuat. Kita yang tengah syok mendengar terkejut, Ustaz kat depan beri kuliah lagilah terkejut. Tentulah tak senang hati apatah lagi bila kuliah guna kitab Syamail Muhammadiyah contohnya. Cerita tentang Nabi Sollallahu Alaihi Wasalam tapi ada pulak suara orang gelak dalam masjid.

Anim akui terlepas cakap hari itu, "nak p lah majlis ilmu kat Masjid Taman Keladi tapi kan bagus kalau orang tu tak datang". Allahu Robbi...permintaan tu balik semula kat Anim!

Terima kasih Allah kerana menegurku . No.3 tulah yang perlu dilakukan

P/S  Kalau fikir-fikir balik, bukan Anim saja diuji. Jemaah lain pun samalah dua kali lima. Ustaz penceramah pun lagi besar ujiannya dalam kes ini. Dek terkejut dengar suara orang gelak dalam masjid, boleh lupa  nak cakap apa. Bagusnya mereka kerana mereka bersabar berbanding Anim yang mulut celupar...

Artikel berkaitan:

16 Komen untuk "Terlepas cakap"

  1. hanya DIA Yg maha mengetahui Cikgu..

    BalasPadam
  2. Ada kala kita memang terleka tapi itulah Anim kita ni manusia biasa, rasa terkilan bila dlm majlis ilmu ada gangguan - apa lagi kalau org dewasa. Tanpa sedar yg itu juga ujian buat kita. Manusia memang tak lari dari membuat silap. Cuma bila tersedar kita segera patah baliklah... taubat. Kakak pun sama.

    ps: anak dara kecik kakak sekarang pun tengah baca buku Syamail Muhammadiah tau (baru beli minggu cuti sekolah hari itu). Seronok agaknya sebab dpt mengetahui tentang baginda rasulullah sehingga cara memakai cincin, rambut baginda, kasut baginda, warna baju semua kan ada itu yg dia suka:)

    BalasPadam
  3. hhmmm... menarik... buat saya berfikir banyak benda...

    BalasPadam
  4. Kadang2 kita tak sedar Kak Anim yang Allah datangkan ujian kepada kita melalui dia, Allah nak tengok setakat mana hati kita tapi bila tersedar kita menyesal itu adalah yg terbaik...bertaubat.

    BalasPadam
  5. kita ni kan hanya hamba.. mudah lupa dan lalai.. ingat ALLAH pasti dia bersama kita.. INSYALLAH..

    BalasPadam
  6. sesungghnya DIA mendengar dan DIA lebih mengetahuinya ...

    BalasPadam
  7. Bersyukurlah kerana akak mendapat hikmah disebalik ujianNya. Terima kasih juga kerana berkongsi...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah..rajinnya cikgu hadir di majlis ilmu.
    Di Masjid Andalusia...Setting telah dibuat utk kurangkan echo, namun suara dan cara penceramah menggunakan mic juga memainkan peranan. Utk reduce echo, kos yang tinggi diperlukan utk memasang akustik panel.

    BalasPadam
  9. Betul kak anim. Selagi hayat kita ni pasti ada khilaf, dan selalu ada peluang untuk kita sedar...sayalahh selalu macamtu, tapi syukur allah beri kesempatan untuk kita sedar

    BalasPadam
  10. kalau nak sangat tapi tak sampai selalu akan uji perkara yang lain.anggap itu satu hikhmah dan reda sahajakan sis

    BalasPadam
  11. bagusnyaaaaa masjid2 tu semua. banyak kuliahnya.. kat area rumah CT ada tapi jarang. bukan hari2 full macam ni.

    BalasPadam
  12. Masjid makin cantik, pernah saya masuk surau macam spa, lampu gelap skit, ada bau-bauan :) kadang tempat begini ada ujian, tesilap cakap tersedar sendiri dtentukanNya tu.

    BalasPadam
  13. manusia mn yg x terlps dgn kesilapan... nama pun manusia (pelupa)

    BalasPadam
  14. Ini buat saya berfikir, entah berapa ribu kali agaknya saya terlepas cakap dan tak perasan! Moga diampunkan Allah dosa-dosa yang terbuat tanpa sedar itu...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai