Assalamualaikum wbt...
Makan sepinggan kecil char kuey teow dan sepinggan nasi goreng udang yang dikongsi. Nak kata makan sampai kekenyangan pun dak. (Note: Depa dah buka cawangan di Taman Puncak Jalil, Sri Kembangan, Selangor).
Tiba rumah hampir 12 malam. Beg dan barang yang dikeluarkan tak dikemas dulu. Subuh esok ada Kuliah Bulanan Subuh oleh Ustaz Sharil Long di Masjid Taman Keladi. Dia mai sebulan sekali, sayang nak tinggal. Beg yang dikhususkan untuk majlis ilmu dah letak atas meja. Jubah nak dipakai pun sudah dipilih. Ambil wuduk , pasang niat nak p Kuliah Subuh dan terus tidur.
Mana tak istighfar panjang bila tak sedar langsung. Sedih sangat. Seminggu cuti sekolah, seminggu jugalah tak duduk dalam majlis ilmu. Ke sana sini mengikut Encik Suami yang ada urusan kerja di luar. Terasa kerasnya hati. Allahu Robbi...mungkin aku telah melakukan kemaksiatan terhadapMu, melakukan dosa mata, dosa hati, dosa lidah....hingga sukar untuk aku bangun awal pagi hari itu, ampunilah aku,Ya Allah.
Sabtu yang sama, otw balik rumah lepas breakfast dan cari sedikit keperluan, singgah di Masjid Kg.Penghulu Him. Terpandang sesuatu di papan kenyataan masjid. Tak dapat p kuliah subuh pagi tadi, bolehlah p Kuliah Maghrib pulak di masjid yang sama.
Pagi Sabtu itu, kami terlewat bangun. Terpaku melihat jam di dinding. 10 minit menghampiri 7 pagi. Bergegas bangun dan membelek alarm hp, masha Allah....hp dalam silent ringer. Baru teringat, semasa bertolak balik ke SP dari Bangi, singgah solat jamak Isyak/Maghrib di Hentian Sebelah Taiping. Lupalah tu nak on balik...
Dok ingat-ingat semula sebab lain. Adakah kerana makan malam yang lewat? OTW balik SP, singgah dinner (orang lain supper) di Char Kuey Teow (Telur Ayam Di Basuh) Sg Dua. Masa tu dalam jam 11 malam.
Tiba rumah hampir 12 malam. Beg dan barang yang dikeluarkan tak dikemas dulu. Subuh esok ada Kuliah Bulanan Subuh oleh Ustaz Sharil Long di Masjid Taman Keladi. Dia mai sebulan sekali, sayang nak tinggal. Beg yang dikhususkan untuk majlis ilmu dah letak atas meja. Jubah nak dipakai pun sudah dipilih. Ambil wuduk , pasang niat nak p Kuliah Subuh dan terus tidur.
Mana tak istighfar panjang bila tak sedar langsung. Sedih sangat. Seminggu cuti sekolah, seminggu jugalah tak duduk dalam majlis ilmu. Ke sana sini mengikut Encik Suami yang ada urusan kerja di luar. Terasa kerasnya hati. Allahu Robbi...mungkin aku telah melakukan kemaksiatan terhadapMu, melakukan dosa mata, dosa hati, dosa lidah....hingga sukar untuk aku bangun awal pagi hari itu, ampunilah aku,Ya Allah.
Sabtu yang sama, otw balik rumah lepas breakfast dan cari sedikit keperluan, singgah di Masjid Kg.Penghulu Him. Terpandang sesuatu di papan kenyataan masjid. Tak dapat p kuliah subuh pagi tadi, bolehlah p Kuliah Maghrib pulak di masjid yang sama.
Jarak rumah di kawasan baru ke Masjid Taman Keladi dalam 20km. Bertolak lebihkurang 6.45 petang. Kami p berdua saja. Si Abdul kena siapkan kerja sekolah dia di rumah. Esok nak sekolah baru teringat. Sabar ajalah..
Kami kemudian berdepan dengan kesesakan berhampiran Amanjaya. Dalam jarak 10km lagi, azan maghrib berkumandang dalam kereta. Ambil keputusan singgah di masjid Taman Ria Jaya dan bergerak ke masjid Taman Keladi sebaik selesai solat Maghrib berjemaah.
Sebaik tiba, kami diberitahu kuliah Maghrib belum bermula. Habib belum sampai lagi. Jemaah dah memenuhi masjid. Namun ada juga yang mengambil keputusan untuk pulang. Kami ni baru tiba, takkan nak balik. Lepas solat tahiyatul masjid dan niat iktikaf, duduk menunggu macam jemaah lain. Keluarkan buku kuliah dan belek isi kuliah-kuliah terdahulu yang dicatat. Dekat setengah jam jugalah menunggu.
Tak lama, Si Abdul sulung mengadu kehabisan gas di rumah. Jangan tak tahu, la ni dia rajin masak sendiri. Walaupun Anim dah sediakan mee sanggul goreng di rumah, dia masih nak makan makanan lain. Nak celur spaghetti katanya..
Kemudian AJK Masjid buat pengumuman. Habib yang ditunggu baru tiba di Gurun. Kami berkira-kira, jarak Gurun-SP dengan keadaan trafik (malam minggu, esok nak naik sekolah), mau sejam juga menanti Habib tiba. Kalau lepas Isyak, Habib tiba, pukul berapa pula kuliah dia tamat. Teringat gas habis dan kedai runcit yang sure dah tutup kalau kami lewat balik nanti. Kemudian teringat anak. Walaupun dah bagitau dia celur spaghetti dalam rice cooker...risau tetap ada. Nak menunggu Isyak dan tunggu Habib terasa lamalah pulak...Kami pun ambil keputusan keluar masjid dan akan singgah solat Isyak kat masjid yang kami singgah waktu maghrib tadi. Masha Allah, lemahnya iman.
Percaya tak,keesokan hari (Ahad) Anim minta izin Encik Suami untuk p kuliah muslimat Ustazah Norlaila di masjid Taman Keladi (seperti dalam poster). Plan nak singgah lepas balik sekolah.Namun aral tiba jugak. Dan waktu itulah Anim rasa Anim tahu kenapa niat untuk ikut majlis ilmu di Masjid Taman Keladi tak diizinkan. Syukurlah Allah beri Anim ilham untuk meneliti sebab. Ianya adalah dari kesilapan Anim sendiri. Next entry Anim cerita ya...
P/S Walaupun 20km jauhnya, tapi dah hampir 6 tahun terbiasa dengan jemaah Masjid Taman Keladi..dah serasi. Masjid paling dekat dengan rumah (1km) pun ada jadual kuliah juga. Masalahnya Anim kenal dengan dua ustaz yang terlibat. Almaklum, depa geng bas sekolah...biasa dah dengar tazkirah depa kat sekolah, teringin dengar kuliah ustaz lain le pulak...
Belum ada rezeki tu Anim. Tapi niat dah ada dah tercatat niat kebaikannya.
BalasPadamTempat kakak ni alhamdulillah setiap hari ada kuliah maghrib tapi itulah sebab kakak mengajar ngaji selepas maghrib, jadi hari jumaat/sabtu dan ahad aje kakak berpeluang.
Setiap apa yang terjadi tu pasti ada hikmahnya Kak Anim...insyaallah...
BalasPadamAssalammualaikum.. Wah macam sedap je char kueh teaw tu Kak Aneem..
BalasPadamJangan salahkan diri..semua itu kehendak Illahi kerana kecewa itu jugak merupakan ujianNya...
BalasPadamAnim..kita orang panggil ustaz shahril long tu ustaz ceroii sebab dia suka sebut ceroi..ha,,ha
bermula dgn ujian utk tahu sejauh mana keteguhan iman . selepas itu , ada hikmah dan pengajaran . Rasionalnya , ada sebab kenapa Allah tak izinkan ...
BalasPadamchar kuey teow telur ayam basuh hihi.. lama sungguh tak makan kat sana =D
BalasPadamkalo rajin mak ayah slalu p dngr kat masjid ape tah kat kepala batas tu.. yg ada ekon tu.. snggup kami dari nibong tebal ni ke sana. tapi xleh selalu. kekangan masa.
yang penting niat =)
uiiii jauh tu kalu nk g ke tmn puncak jalil... bkn apa...jammed tu yg buat dia jauh.. ;-)
BalasPadam