Home · About Me · Sitemap ·

Ayah baru vs Ayah lama


Assalamualaikum wbt....

Satu pagi di kelas Tahun 1...
"Madam, minggu depan saya tak mai sekolah. Mama saya kahwin."
Kalau kalian berada di tempat Anim...apa reaksi spontan kalian? Tentu saja terkejut dan memikirkan apa yang dimaksudkan si kecil ini agaknya... "

Dengan nada bergurau, Anim mengusik...
"Kahwin? Kahwin dengan siapa pulak?"
Sambil tersenyum malu, dia menjawab..
"Dengan ayah baru" 
Dipendekkan cerita, dia memberitahu tahun depan, dia bersama mama, abang dan adiknya akan berpindah mengikut ayah barunya yang bekerja di Putrajaya. Ceritanya lagi, ayah kandung (yang digelarnya ayah lama) tinggal di kampung yang sama.

Anim mengusiknya dengan mengatakan nanti jengoklah 'ayah lama' di kampung. Kesian ayah duduk jauh dengan dia adik-beradik.
"Ayah lama tak kerja. Tak ada duit. Ayah baru ada kereta besar" 
Dia lebih sayangkan ayah baru berbanding ayah lama katanya.
"Saya dah p Putrajaya, Madam, Ada taman, ada tempat main, ada tasik. Cantik, madam"
Tak adil untuk Anim cepat menjatuhkan hukuman terhadap si ayah mahupun si ibu kerana hanya mendengar melalui cerita seorang anak, yang belum sahih benarnya. Cuma Anim sempat menitipkan nasihat buatnya...
"Ayah lama tu ayah **** sendiri. Dia tetap ayah ****walaupun ayah lama tak ada duit, tak ada kereta besar. Jangan lupakan ayah lama, ok. Nanti kalau **** dah besar, nak kahwin, **** kena cari ayah lama tau"
Dia hanya mengangguk-angguk tanda faham. Anim pun tak tahu nak beri nasihat yang sesuai untuk difahami seorang anak kecil berusia 7 tahun.

P/S  Moga pertalian anak dan ayah antara mereka tidak terputus walaupun ibubapa mereka sudah tidak punya apa-apa ikatan lagi,


Artikel berkaitan:

21 Komen untuk "Ayah baru vs Ayah lama"

  1. Kak Anim realitinya hanya mereka yang tahu tapi bagi Aina baik ke jahat ke seorang bapa tu tak perlulah ajar anak2 membenci mungkin suatu hari Allah akan beri petunjuk kepada dia dan berubah.

    BalasPadam
  2. alahai kesian.. bila ibu bapa bercerai atau ada konflik.. anak anak lah jadi mangsa...

    BalasPadam
  3. Menarik cerita ni kak anim. Macam pulak drama pulak. Dan anak sekecil 7tahun sikit/banyak dah faham kan.

    Bab cerai, paling2 memberikan kesan kepada anak2 kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau pun dia tak faham sekarang, mudah2an besar nanti, dia ingat pesan Madam dia ni, huhu

      Padam
  4. Inilah satu-satunya yg halal tapi tidak disukai dalam Islam Anim. Bergoyang tiang arasy tapi macam Anim kata kita tak tahu masalah mereka. Moga anak-anak itu tetap ingat pada ayah kandungnya.. mereka tak faham lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyalah kakzakie, dengar darinsatu pihak saja, tak boleh jatuh hukum..huhu
      kesian kat anak kecil inilah...

      Padam
  5. betul.. macam mana pun itu still ayah. as a mother.. mak budak tu should terapkan nilai tu dalam diri anak dia. okayla if da bercerai but smpai bila2 pun that ayah lama still seorang ayah.. talian tu xkan putus.. jgn anak2 jadi mangsa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak dengar istilah ayah lama pun rasa sedih...

      Padam
  6. Masyaallah...budak-budak akan cakap apa yang mereka selalu dengar...semoga hubungan ayah-anak ini tidak akan terlerai

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah2an bila besar nanti...dia akan faham pesan kak itu:-))

      Padam
  7. amin ya ALLAH... moga perhubungan mereka tidak terputus... anak2 biasanya ikut kata orang lebih dewasa

    Jom Vote blog acik bagi msmw

    BalasPadam
  8. Budak-budak suka yang baik depan mata mereka tapi mengerti maksud disebaliknya. Kita sebagai yang tua lah yang harus mendidik sebaiknya. Macam anak CM dulu..CM tak bagi dia jumpa sorang makcik CM ni..sebab mulutnya jahat, suka tanya macam-macam perihal bapa baru dan bapa lama, pas tu jadi batu api ajar ntah apa-apa..

    BalasPadam
  9. budak2 ni mrk hanya terjemahkan apa yg mrk nampak depan mata dan dgr . kisah diseblik itu hanya yg dewasa je yg faham . semoga mamanya x memisahkan mrk dgn ayahnya dan semoga ayahnya x lupa memberi nafkah pada anak2nya ...

    BalasPadam
  10. Moga dpermudahkan urusan mereka. Betul tu nasihat anim.

    BalasPadam
  11. salam kenal kak.. sedih pulak saya baca kisah ni.. tak tau nak cakap .. kesian kat ayah nyer juga kat anak nya...

    BalasPadam
  12. bdk2...dia menilai drpd apa yg dia nmpk...hrp2 da bsr nnt dia akn kenang jasa ayah 'lama'nya

    BalasPadam
  13. Terkesima juga kalau terkena batang hidung sendiri situasi ni... Rasanya dah betul apa yg kak anim katakan tu. Semoga bila dah besar nanti...dia akan faham.

    BalasPadam
  14. Salam. Hee kerana harta kau kutinggalkan. ;p

    BalasPadam
  15. Tetiba rasa sedih pulak bila dok membayangkan kalaulah ayah lama yang baca perbualan ni. Yalah, ayah baru sogok dengan harta duniawi, tentulah anak-anak seronok. Mungkin tak pernah merasainya sebelum ini. Tapi betul kata Anim, hanya dengan mendengar perbualan si anak kecil, kita pun tak tahu bagaimana sikap sebenar ayah lama ni. Walaupun tak nampak baiknya (dari segi materialistik) si ayah lama ni, mungkin masih ada lagi sedikit kebaikan dan kasih sayang buat anak yang ada.

    Bab anak-anak hilang kasih sayang ayah ni, dekat betul di hati saya kerana dah banyak kali jumpa dalam keluarga sendiri. Oh, ya Anim... Dua orang anak buah saya bersekolah di Kedah walaupun dah dua kali dapat ayah baru :(

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai