Assalamualaikum wbt....
Nak tegur, nak nasihat anak murid kat sekolah zaman la bukan senang. Beza umur kita dengan depa dekat 40 tahun. Memang nampak berbeza anak murid Anim sekarang berbanding 24 tahun lalu. Murid sekarang lebih berani bertanya, lebih berani menjawab malah berani menegur cikgu!
Bukan niat nak berbangga, nak hebah kat semua orang, naudzubillah..tentang aktiviti Anim mencari ilmu di masjid. Apa yang diceritakan sekadar berkongsi pengalaman. Alhamdulillah, dari majlis ilmu dan kuliah yang dihadiri, bolehlah Anim bersedekah kepada anak-anak murid di sekolah selain mengajar mereka ilmu duniawi. Bukankah menyampaikan ilmu itu juga merupakan sedekah lisan.
Membaca catatan di Kursus Haji oleh Ustaz Halim Nasir di Masjid Andalusia Laguna Merbok tentang sedekah yang terbahagi tiga;
1- Sedekah harta
2- Sedekah anggota - bantu dengan tubuh badan.
3- Sedekah lisan
Cerita tentang lembu ini Anim perolehi dari Ustaz Shahul Hamid (Pencetus Ummah) sewaktu menyambung kitab Syamail Muhammadiyah di Masjid Qariah Taman Keladi. Bab cara makan Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam. Ustaz Shahul buat cerita tentang lembu.
Google image
Anim bawa cerita lembu itu kerana budak-budak ni suka makan sambil berjalan di kantin.
"Pernah nampak lembu makan (ragut) rumput tak?"Mereka tersengih sambil menjawab, "Lembulah, Madam". La kalau bertembung dengan mereka yang pernah ditegur dan Anim senyum kambing, mereka akan cari bangku untuk duduk. Heee....nampak Anim, nampak lembu kot!
"Kamu perasan tak, lembu ragut rumput sambil berdiri kan? Ada tak kamu nampak dia makan sambil berjalan, sambil berlari?"
"Lembu berjalan ke sana sini, tapi kalau dia nak makan, mesti dia berhenti". Manusia pulak makan dahlah berdiri, berjalan pulak. Sekarang Madam nak tanya, siapa lebih pandai dalam adab makan, lembu ke manusia?"
Google image
Cerita semut ini dari Ustaz Nazrul Nazir sewaktu kuliah Daurah Kitab di Masjid Kuning baru-baru ini. Ustaz Nazrul sentuh tentang amalan kita walau sebesar zarah sekalipun tetap ada kesan waktu ditimbang di Padang Mahsyar.
Sekecil zarah mana nak nampak, dia suruh tengok saja binatang sekecil semut. Nampak semut, ingat kebaikan sekecil semut yang kita boleh lakukan waktu itu. Jangan remehkan sedikit pun. Kita tak tahu, mungkin amalan atau kebaikan sekecil itu diterima Allah berbanding amalan lain.
Itu jugalah yang kerap Anim sebut dalam kelas. Bila ternampak semut, ingatlah apa juga kebaikan yang mereka lakukan di sekolah, walaupun nampak remeh di mata kawan-kawan lain, tetap Allah pandang dan kira. Menolong cikgu angkat beg, angkat buku, kutip sampah, tutup air, tutup lampu, pinjamkan alat tulis, bantu kawan jangan dianggap remeh. Manalah tahu, amalan sekecil itulah Allah redha dan mendapat rahmat Allah yang menyebabkan kita masuk ke dalam syurga Allah. Amiiin...
P/S Tak tahulah camna gaya anak murid 10 tahun akan datang. Waktu itu dah generasi Z. Umur panjang, Allah izinkan..dapatlah lihat perbezaannya...huhu
boleh bagi cerita lembu kat anak saya jugak.. diorang suka betul makan berjalan...
BalasPadamKak sdri pun rai, bila terlupa igt cerita lembu ni terus cari tmpt duduk, heeee
PadamLembu oh lembu...kita makan siap berlari lagi ada...
BalasPadamTule pasal che mid. Tak kata kat org, diru sdiri pun kdg2 alpa
PadamRasa kakak dah banyak perumpamaan sering dibuat kepada kita manusia dgn haiwan.
BalasPadamKalau lembu dan semut itu dpt membaca N3 Anim ni mesti dia gelakkan manusia yg dibandingkan itu.
Depa geleng kepala kak zakie tgk manusia yg diberikan akal dan nafsu shj berbanding binatang yg ada nafsu saja
Padammakan sambil berjalan dan berdiri dah jadi tren zaman sekarang ...
BalasPadamkerana trend tu kita kena berubah:-))
Padamkisah yang menarik untuk di kongsikan kak...
BalasPadamnasihat yang bagus
lucu banget semutnya bergandengan ,,,Obat Maag
BalasPadamAdik saya pun cikgu juga...mengajar sekolah menengah. Lagilah...tertekan sangat, sampai rasa nak berhenti jer katanya. Memang sgt berbeza jadi guru masa kini dgn dulu2...
BalasPadamSunnahnya makan ialah dengan duduk atau berdiri. Makan sambil berjalan itu memudaratkan sistem penghadaman....
BalasPadamyg x berakal tu lbh baik drpd yg berakal ;-)
BalasPadambila anim cerita pasal anak murid ni , teringat lah my kakak yg ajar budak remaja tu ... perghhh . nak tackle mrk kena ikut lagu mrk . x de guna saya awk lagi dah . guna ko aku je . lagi satu , mrk x malu pun nak tanya psl xxx tu ... adehhh
BalasPadamKadang-kadang terlepas juga habit buruk ni. Tengah sibuk memasak, tekak haus buka peti sejuk ambil botol air tuang dalam gelas terus minum. Tak sempat duduk. Selalu kena tegur dengan si Abang sebabnya kita juga yang mengajarnya suruh duduk bila minum dan makan. Tapi saya tak rasa malulah nak cerita pasal lembu ni kat anak-anak. Asal jangan nanti kita tersilap langkah mereka pulak kata, 'Kenapa Mommy acts macam lembu bila makan?' Argghhh... .sudah! Ini baru kata meludah ke langit sendiri yang jilat *_*
BalasPadam