Home · About Me · Sitemap ·

Kejadian dalam dua bas ekspress


Assalamualaikum wbt...

Anim ada di BP ni. Ada urusan yang perlu disettlekan. Balik bersama 2 Abdul dengan  bas ekspress.
Sebenarnya awal cuti sekolah lalu pun balik BP dengan bas ekspress. Menariknya dua kali juga kami diuji dengan tempat duduk dalam bas.

Kejadian 1 :

Bertolak dari SP, 11 malam. 10.30 malam, bas Mayang Sari yang dinanti muncul. Kami bertiga jadi penumpang terawal. Tak sabar-sabar. Maklum, dah dekat setahun tak naik bas ekspress . Tak lama seorang lelaki India yang membeli tiket SP-JB menunjukkan tiketnya dan mendakwa Anim telah duduk di tempat anak-anaknya (mereka ber4). Begitu juga seat single si Abdul kecil. Ada seorang pemuda yang mendakwa tempat itu juga tempat duduknya.

Anim tunjuk tiket bas kami yang tertera no.seat yang sama. Mereka kemudian turun dari bas. Tak lama seorang lelaki bersama mereka dan lelaki itu mendakwa kami telah duduk di seat penumpang yang membeli tiket dari kaunternya. Tambahnya tiket yang dijualnya  adalah ORI .

Tak boleh jadi. Anim berkeras. Anim kata tiket bas itu dibeli di kaunter bukan dengan ulat tiket. Dia pun kata benda yang sama. Malah tambahnya tiketnya adalah ORI. Anim punya dari ejen. Anim tetap tak mengalah. RM200 sudah bayar untuk tiket bas. Mereka yang tak cekap, penumpang pulak jadi mangsa.

Rupa-rupanya pihak yang mendakwa tiket dijual mereka ORI tulah yang silap. Jual tiket tapi tak tulis no.seat. No.seat diberi bila bas tiba. Manalah tak bertindih. Terpaksalah penumpang yang punya tiket no. yang sama dengan kami duduk di tempat lain. Berpisah jugalah sana sini.

Sampai di Alor Gajah, bas berhenti untuk solat Subuh di sebuah petrol kiosk. Driver meminta penumpang yang turun Batu Pahat  tukar bas Mayang Sari lain yang ada di sebelah. Hanya kami ber3 sahaja. Kami tiga beranak kalut angkut beg ke bas yang satu lagi. Terima kasih pada driver bas yang sudi angkut beg besar Anim untuk dipindahkan ke bas sebelah.

Terpaksalah kami cari tempat duduk kosong dalam bas yang bertolak dari Butterworth itu. Kenalah tanya penumpang lain, yang mana kosong, yang mana ada penumpang, takut-takut ada yang turun solat belum naik lagi. 

Masha Allah....Allah bagi Anim dan 2 Abdul merasai pengalaman mencari tempat duduk dan terpisah sama seperti keluarga India tadi dalam masa 7 jam saja. Sekejap saja Anim "menang"..

Kejadian 2:

Takut kena tukar bas lagi dipertengahan jalan, kelmarin kami naik Cepat Ekspress pula. Double decker...suka 2 Abdul. 1st time duduk tingkat atas. Waktu naik penumpang tak ramai. Bas akan singgah Butterworth, Ipoh....camtulah rasanya. Kami terpisah. Kerani kaunter ni tak tahu agaknya no kedudukan kerusi dalam bas. Dah minta duduk dekat. Apa nak buat...

Anim berdua bersama si Abdul sulung manakala si Abdul kecil duduk seorang (selesa buat dia yang berbadan besar). Nasib baik Anim dah arahkan mereka masukkan bekal makanan dan minuman dalam beg masing-masing. Dah lalui pengalaman sebelum ni. Masuk dalam beg Anim, susah nak bahagi-bahagikan bila duduk terpisah.

Belakang seats Anim, ada couple bersama dua anaknya yang duduk bersama. Mereka penumpang dari Alor Setar agaknya. Anak-anak mereka dah tidur di atas riba masing-masing. Anim pesan kat si Abdul jangan rebahkan kerusi. Kesian kat adik dan baby di belakang. Tak apalah...seats depan kami tiada penumpang lagi, boleh lunjur kaki

Tiba Ipoh, ada couple duduk depan kami. Dah jam 1 pagi, sure nak tidur ajalah bila dapat seats. Mereka merebahkan kerusi mereka. Kami dalam keadaan tersepit. Si Abdul minta Anim memberitahu penumpang depan supaya tidak merebahkan kerusi mereka ke belakang sangat. Anim kata, mereka tak salah. Kalau kami merebahkan kerusi kami ke belakang sedikit, masalah itu settle. Tapi tengoklah adik dan baby di belakang kita. Kesian..kaki adik pun dah terjulur masuk di celah kerusi kami. Tak pelah, kali ni kami tidur duduk. Si Abdul kecil tu badan kecil. Bolehlah lipat kaki atas kerusi. Anim.....takleh lunjur kaki..huhu. Sabar..sabar

Ketika bas berhenti di Hentian Serdang, sekali lagi kami diarahkan turun. Kali ini menaiki KBS ekspress yang ada berhampiran. Ruang bag bawah bas kosong aja. Bila naik atas bas, laaa...banyak kosong. Seronok kami memilih seats masing-masing. Walaupun condition bas taklah sebaru  Cepat Ekspress tapi tempat duduknya....luas bebenor. Nak rebah seat macam tidur atas katil pun boleh (belakang seat takde penumpang). Aaahhhh...puasnya dapat lunjur kaki. Terima kasih ya Allah...Tak sampai 3 jam, kami dapat duduk dan tidur dengan selesa.

P/S. Lepas ni nak cuba bas lain pula kalau perlu balik dengan bas ekspress. Seronok pula bila ingat2 balik -))


Artikel berkaitan:

9 Komen untuk "Kejadian dalam dua bas ekspress"

  1. syukurlah cikgu...selamat sampai ke destinasi akhirnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, alhamdulillah. Benda dh berlaku memang seronok dikenang

      Padam
  2. Kak, saya serik dah naik bas jalan jauh. Seremban ke Kuantan tu dah cukup panjang saya rasa. Kaki tersepit tu yg tak tahan tu.

    BalasPadam
  3. No choice aziela. Nak memandu sorang tak larat

    BalasPadam
  4. aritu blk dr sp, sy terpaksa tggu hmpr sejam. rs nk nanges je... tkt kena tipu pd hal da beli kt kaunter...aduyaiiiii...

    BalasPadam
  5. Memang Nim...best jugak naik bas ni sebenarnya.....budak budaklah suka sangat sebab depa mmg tak pernah naik. Tapi kalau nak terkencing tu payah jugak tu.

    Kenapa asyik tukar tukar bas jer Nim mmg cenggitu ke kalau bas ke Utara. Susah jugak ek

    BalasPadam
  6. pernah la naik bas dr kl pi jb . adehhh , panas punggung . paling letih bila kena gantung kaki lelama ... tu lah kan . adakalanya cash tu Allah bagi sekelip mata je . maknanya kita kena selalu jaga perilaku kita terhadap org lain ...

    BalasPadam
  7. Saya dah lama sangat tak nak bas. Dah makan puluh tahun kot. Itulah kadang rasa hati nak juga ajak anak-anak jalan-jalan kat KL ni naik bas, naik LRT, komuter bagai tapi Mommynya malu sebab tak reti dan tak ingat dah 'prosedur' naik bas kat KL nih...

    Itulahkan Anim, kadang-kala kita rasa bangga bila menang bertanding sesama manusia sampailah Allah beri peluang kita merasa jadi 'pengalah' pulak. Pengalaman bagus ni, kalau dikenang memang seronok !

    BalasPadam
  8. Naik lah causeway link,seat luas,selesa,bas sentiasa baru,driver nya tak macam mayang sari

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai