Home · About Me · Sitemap ·

Ayah tak bagi potong


Assalamualaikum wbt...

Nak tau nape Anim kata murid sekarang lebih berani?

Alkisah baru-baru ni, ada sorang murid lelaki Tahun 1 minta izin untuk keluar kelas.  Nak jumpa cikgu I. Terkejut Anim dibuatnya sebab cikgu I tu cikgu disiplin sekolah. Amboi, berani murid Tahun 1 zaman la:-))

Bila ditanya untuk urusan apa...dengan muka sedih, dia menjawab..

"Nak bagitau cikgu I, ayah tak bagi potong rambut"

Alkisah, cikgu I sentuh fasal rambut panjang dalam perhimpunan. Kawan sekelasnya ni jadi contoh, pendek dan senang diuruskan. Dia pun minta ayahnya bawa ke kedai gunting rambut.

Susah hati dia bila keinginannya ditolak. "Ayah tak bagi potong rambut macam tu" ujarnya sedih. Nak jumpa cikgu I nak mengadu. Bimbang kena marah agaknya. Patutlah dia bersongkok ke sekolah. Nak tutup rambut di dahinya. Kami memujuknya, oklah tu...tak sentuh bulu kening.

P/S Kalaulah si ayah dapat membaca entry ini....




Artikel berkaitan:

4 Komen untuk "Ayah tak bagi potong"

  1. Hihi.....budak zaman sekarang betullah.....memang berani, semuanya diredah.... Keyakinan diri tinggu sungguh

    BalasPadam
  2. anak murid zmn sekarang , cikgu x blh usik , kata my kakak ... heheheeee

    BalasPadam
  3. Bila sentuh bab rambut ni teringat anak lelaki bujang sulung saya tu. Setiap bulan kena tegur cikgu. Rambutnya lebat dan memang cepat panjang. Setiap bulan juga kena 'tarah' kalau tak Gana si Barber, Daddynyalah yang tarah rambut anak! Kelmarin dia beritahu yang cikgu BI tegur rambutnya dah panjang, kena potong. Saya beritahulah cakap dengan cikgu boleh tak sampai hujung minggu nanti Daddy bawa pi kedai gunting.Itu pun dia tak mahu beritahu pada cikgunya. Anak saya harapkan badan je besar tapi hati kecil. Takut betul kalau kena marah apatah lagi kalau cikgu nak pukul!

    Budak ni memang berani tak pun dia lurus bendul. Dah bapa kata tak bagi potong, terpaksalah ikut kata bapak *_*

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai