Assalamualaikum wbt....
Bila cuti hujung minggu Johor dah sama dengan Kedah, terpaksalah ambil cuti emergency bila urusan yang perlu diselesaikan ada kaitan dengan agensi kerajaan di Johor. Selepas urusan di Muar selesai, cadang balik berehat di BP dulu.
Masa yang ada tak sampai 48 jam. Rumah di BP yang Anim plan nak buat homestay tu dah 90% siap. Tinggal kerja-kerja dalaman, pasang lampu, tambah tilam dan bantal. Pinggan mangkuk pun tak siap susun. Duduk jauh macam ni lah jadinya. Mana sempat kemas dalam jangkamasa singkat.
Masa yang ada tak sampai 48 jam. Rumah di BP yang Anim plan nak buat homestay tu dah 90% siap. Tinggal kerja-kerja dalaman, pasang lampu, tambah tilam dan bantal. Pinggan mangkuk pun tak siap susun. Duduk jauh macam ni lah jadinya. Mana sempat kemas dalam jangkamasa singkat.
Tapi 2 Abdul tak mau tidur BP pula. Minta dihantar ke rumah nenek (Bonda). Kita pula disuruh balik BP berdua. Walhal cuti sekolah minggu lalu Anim hantar mereka dengan bas dan tinggalkan beberapa hari di rumah Bonda . Tak puas lagi ke? Anim plan keesokan hari nak balik SP, kami akan singgah rumah Bonda. Masa terhad,,tak bolehlah nak ulang alik BP-Kluang.
Rumah dah berganti langsir. Bilik berairconditioned, TV ada siaran Astro (Njoi). Tak ada sebab nak boring (alasan biasa sebelum ini). Hmmmm...boleh agak kenapa. Rumah nenek ada line tenet. Lama tak mengadap Youtube lah tu. Kat SP, tak de Wifi. Denda sebab selalu tidur lewat leka dengan Youtube. Pernah tertangkap dalam bilik. Ingat tidur dah, rupa-rupanya ada cahaya dalam selimut. depa. So, broadband hanya untuk Anim dan dikawal dengan ketat .
Tiba rumah Bonda, Abah dah bersiap nak keluar dengan beg kecil di tangannya. Nak ke mana agaknya? Terkejut bila diberitahu dia nak ke rumah sepupu Anim di Pt Yaani yang jaraknya dalam 47km . Tambah terkejut bila tahu dia nak menunggang motosikal Honda Cupnya itu. Dok bayang Abah yang berusia 74 tahun nak lalu jalan Yong Peng-Pt Yaani yang sibuk dengan kenderaan berat.
Prinsipnya...selagi sihat, terdaya dan ada kudrat. Lainlah kalau dah terbaring tak leh buat apa.
Anim pujuk nak hantarkan ke rumah sepupu dan keesokan hari Anim kata akan jemput dia balik. Actually, dia ada meeting dengan group jemaahnya di BP. In sha Allah, mereka akan ke India selama 4 bulan, Julai ni. Suami sepupu Anim pun group jemaahnya juga.
Al kisah minggu lalu, Anim bermimpi Bonda menelefon minta Anim balik. Malangnya Anim tak sempat nak bertanya mengapa. Anim ada beritahu Encik Suami tentang mimpi itu. Iyalah risaulah bila mimpi tentang mak ayah kita.
P/S Agaknya mimpi suruh balik tu ada kaitan dengan menghantar dan mengambil Abah tadi di Pt Yaani dan menyebabkan hajatnya menunggang motosikal tidak kesampaian. Allah dah susun cantik. Ditakdirkan Anim ada urusan di Johor dan 2 Abdul pula tak mahu balik rumah sendiri. Wallahua'lam,
P/S Agaknya mimpi suruh balik tu ada kaitan dengan menghantar dan mengambil Abah tadi di Pt Yaani dan menyebabkan hajatnya menunggang motosikal tidak kesampaian. Allah dah susun cantik. Ditakdirkan Anim ada urusan di Johor dan 2 Abdul pula tak mahu balik rumah sendiri. Wallahua'lam,
hihi..layan youtube dalam selimut...macam-macam ragam ye..
BalasPadammmg jauh tu kak nk bw motor sorg2 plak tu...
BalasPadamAbah Anim ni lebih kurang umur pak mertua OKje....tua 2 tahun jer.....
BalasPadamHihi biasalah tu nim budak dgn tenet zaman ni mmg tak boleh pisah dah....geramkan.....
so abah anim nak ke india? bersemangat lagi tu bagus, tapi jauh juga kan nak naik motor sorang ke yp (nak tergelak pulak BP/ yp hehe), syukur ada anim. main sembunyi dalam selimut pulak budak-budak ni, hai pukul berapa nak tido hehe..
BalasPadammuda lagi ayah anim . my bonda dah 77 . alhamdulillah masih sihat ...
BalasPadamHahaha....kantoi juga dengan mamanya! Budak-budak sekarang kalau takda internet, hidup tak selesa gitu ^_^
BalasPadamSaya sendiri pun takut kalau lalu Jalan Yong Peng tu, Anim. Kalau balik BP kami keluar kat Pagoh. Sesekali ikut Tangkak juga sebab nak feeling-feeling lalu bandar Muo *_*
Allah hu akbar.. perancangan Allah itu indah kan.
BalasPadam