Assalamualaikum wbt...
Minggu ini, Anim tak balik Ipoh. Encik Suami dan Abdul sulung tiba SP, malam Jumaat. Dua Subuh berturut-turut Anim mengikut Encik Suami ke masjid kegemaran kami, Masjid Taman Keladi dalam 20 minit pemanduan. Tak taulah, lain macam bila bersolat dalam masjid itu dibandingkan masjid lain sekitar SP yang pernah disinggah. Berlama-lama pun tak mengapa. Mungkin ada antara kita yang pernah rasa begitu kalau p satu-satu masjid atau surau. Keberkatan masjid@surau itu gamaknya..
Encik Suami faham dah. Nak menenangkan fikiran Anim yang berkecamuk senang saja. Bawa saja ke masjid, duduk dengar kuliah Subuh. Kemudian cari gerai makan, pekena nasi lemak sebungkus atau roti canai banjir bersama secawan teh tarik atau kopi o panas...oklah tu nanti.
Terima kasih kepada semua pembaca, rakan maya dan geng bas sekolah yang tidak putus-putus memberi semangat dan nasihat. Malahan, bila Anim menonton TV, mendengar radio atau mengikuti majlis ilmu, rasa "terperasan" sendiri bila apa yang diutarakan bersangkut paut dengan apa yang dialami dan terasa itu juga nasihat dan teguran yang diberikan oleh Ustazah/Ustaz berkenaan.
Contohnya,sewaktu memandu, terdengar ceramah agama radio Kedah yang menyebut tentang "La Tahzan". Sebenarnya, lama dah beli buku La Tahzan (Don't Be Sad) tulisan Dr.'Aidh Al Qarni yang disebut Ustaz tersebut. Hmm..sekali khatam, tak pernah belek lagi (ada di Ipoh).
Namun bila Ustaz kata ucapan La Tahzan itu ada disebut oleh Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 40 iaitu "La tahzan innallaha ma'ana" yang bermaksud "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Benar...itu jadi zikir menenangkan hati.
Pagi Jumaat semalam, terperasan sekali lagi bila tonton Tanyalah Ustazah bersama Ustazah Norhafizah Musa , "Bahana Tekanan". Di awal rancangan lagi, sudah tersentuh dengan bacaan Surah Al Baqarah ayat 286 yang beliau baca.
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata); "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
Merenung kembali pertanyaan Ustazah, adakah diri ini berjiwa kecil atau berjiwa besar? Bila berjiwa kecil, benda-benda remeh pun tertekan, boleh buat stress dan menyebabkan hidup jadi punah ranah.
Ustazah mengambil ayat Quran tentang sifat manusia yang sememangnya lemah. Allah sebut dalam surah An Nisaa ayat 28, "Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah."
Ok...mulakan langkah dengan merangka plan. Kalau plan A tak berjaya, bergerak ke plan B. Kalau plan B tak berjaya pula, rangka pula plan C. Pendekata...seperti dalam
entry terdahulu,"If plan A doesn't work, the alphabet has 25 more letters". Teruskan rancangan....mudah2an Allah berikan jalan.
P/S Namun memohon rayuan pertukaran (
tahun lalu) tidak termasuk dalam plan. Nak tahu mengapa? Nantilah Anim cerita...panjang dah entry ni..
sedih dalam sujud inshaAllah doa dimakbulkan tambahan berair mata, bila happy bersujud syukur. tu la hari tak boleh solat tu yang duk serabut tu, doa dalam hati kut. sama-sama kita take it easy dan bersyukur aneem.
BalasPadamtu lah hanim . setiap manusia akan diuji . hanim dgn ujian sebegitu . saya pula dengan ujian jodoh dan karenah adik beradik . pening , sakit hati dan akhirnya bersabar , tabah dan redha . walau berat camna ujian itu , kena redah juga . hidup tetap perlu diteruskan . positifkan diri bhw setiap masalah pasti ada jln penyelesaiannya . beza anim dgn saya , anim ada suami dan anak2 . tapi saya terpaksa melaluinya sendirian . mmg sgt menguji ketabahan ...
BalasPadamInshaAllah..semoga Allah permudahkan urusan kak Hanim!
BalasPadamMuga Allah permudahkan apa jua plan Anim..teruskan dengan perancangan yg dibuat....In Shaa Allah..
BalasPadamAssalammualaikum kak Anim.. lamanya Erin tak singgah di blog ni.. :)
BalasPadamKesedihan itu naluri normal setiap manusia tetapi meratapi kesedihan berpanjangan itu yang tidak wajar dilakukan. Saya tahu...kak Anim seorang yang kuat, tabah dan tahu apa yg perlu dilakukan... Semoga segala urusan akan berjalan lancar...InsyaAllah.
BalasPadamsalam Anim..lama benar nekcik tak bersembang..nekcik tetap mengikuti tulisan Anim...hari ni bukak buka terkejut pulak tengok tang komen nii..lain benar ropernya ye
BalasPadamSaya pun ada buku la tahzan...nk kena baca balik...
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamSinggah bw sini. Alhamdulillah ketemu entri yg bagus ini. Keep it up. Ingat mengingati.
Itulah baru dinamakan pasangan hidup. Saling mengerti, memahami dan cuba meleraikan kekusutan hati bukan setakat masa berkasih tetapi berterusan hingga ke hujung usia.
BalasPadamseronok dengan pandangan positif cikgu Anim...sbb seolah ada semangat baru...entri sblm ni Cikgu seolah down...
BalasPadamKak Anim..la tahzan, innallaha ma'ana...Kak Anim, sesungguhnya Allah itu tahu apa yang Kak Anim perlukan..Dia berikan ujian kerana Dia tahu Kak Anim mampu hadapi ujian tersebut. Nur pun ada masalah Nur yang Nur rasa sebelum ni Nur tak mampu nak hadapi. Macam Kak Vee Sandi, ujian pekerjaan, jodoh dan hidup Nur terpaksa Nur hadapi seorang diri..Kak Anim kena kuat ye..Kak Anim ada kami semua selain ahli keluarga..Insha-Allah, semua kesulitan pasti ada kemudahannya..=)
BalasPadamBuku pertama yg kakak belikan untuk anak dara kakak bila dia masuk tingkatan 2 dulu. Masa tu dia tengah down bila keputusan periksa akhir tahun tak melepasi targetnya...
BalasPadamKakak percaya Allah memang tahu kekuatan Anim. En suami juga tahu dimana kekuatan keluarganya. Adalah hikmah yg belum Anim nampak lagi buat masa ini. Insya-Allah bila tiba masanya baru Anim akan berkata "Ohhh... inilah sebabnya - alhamdulillah" masa itu baru Anim tak puas nak sujud syukur.
Teringat kat cik abe yg tgh tension la ni dengan kerja dia. Di buhnya profile picture pasal ni, sebijik yg Anim tulis atas tu....Itulah.... kadang tu bukan wang ringgit yg dicari tapi masa!
BalasPadamNim, kita setuju dengan awak.....kita pun pernah rasa yg awak rasa tu...satu masjid kat UTP satu lagi masjid Tun Hussein Onn ....rasa sangat tenang kalau solat kat situ ke sebab masjid tu cantik....entahlah hihi
akak.. ape pon kite kene redha kan,, sampai satu tahap kite dah biase.. dah lali.. tak kesah.. tapi useha tetap kena usaha..
BalasPadamsabar dan hadapai dalalam keadaan baik.moga urusan permudhkan
BalasPadamsalam anim..
BalasPadami memang tak tau ujung pangkal sebab dah lama tak singgah.. tapi apa2 pun i dua'a kan anim sentiasa tabah ye.. whatever happens, just face it.. ALLAH is the best planner for us..
aritu ke SP tapi tak terfikir nak contact anim..pegi kejap je..
Assalamualaikum
BalasPadamPositif sokmo ...
byk surah-surah y kak anim sharekan pon sesuai utk lya mcari kekuatan diri ni.
BalasPadamsemoga kak anim redha n tabah.. insyallah..adalah kebaikan menanti ye kak
Semoga terus ceria...
BalasPadamSalam Kak Anem... setiap ketentuanNya itu pasti ada hikmahnya... kita bersangka baik saja laa... semoga Kak Anem ketemui jalan penutup kesedihan... :)
BalasPadamhidup... begitulah kak..yg penting kita fikir positif sahaja...dan jg lupa utk redha selalu
BalasPadamAssalam,
BalasPadamsinggah lagi tanya kabar...apa kabar Anim..?
asalam Kak Anim..apa khbr kak..lama tak singah sini..
BalasPadamMudah2han segalanya berjalan lancar ya kak..InshaAllah..
Salam hujung minggu Anim...
BalasPadamAssalam Nim...mana pegi lama tak dengaq cite?
BalasPadamAssalamualaikum...kak anim.
BalasPadamLamanya x menyinggah ke sini.
Macam2 cerita. Tak sempat kami nak follow.
Mudahan urusan kak dpermudahkan semua.
Lama x nampak 2 abdul 😄😄
Memang banyak sekali tazkirat ugama yang memberi ingat kita berhati hati tentang pelbgai langkah kita, Saya cuma ingin mempelajari hal ugama daripada mereka yang saya tidak ytahu latar belakangnya. Lebih baik kita memberi tumpun kepada yang kita di beri tahu terjamin latar belankangnya,
BalasPadamSalam Anim,
BalasPadamLama sungguh tak datang singgah, tuan tanah pun lama dah menyepi. Apa khabar orang di utara? Jangan sedih-sedih sangat dengan apa yang berlaku. Itu semua sementara, adat dalam hidup ni. Bila diduga kita selalu rasa sedih kerana merasakan tak terdaya nak menangani masalah. Fikir dalam-dalam, minta pada Tuhan, insya Allah akan selesai segala masalah yang hadir dalam hidup. Cuma cepat atau lambat sahajalah.
Apa cerita pertukaran ke Ipoh tu? Memang confirm tak memohon ke?