Home · About Me · Sitemap ·

Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17


Assalamualaikum wbt...

Hari ini Jumaat, 22 Ogos 2014 yang suram, "Malaysia Berkabung" buat pertama kalinya bagi menyambut jenazah tragedi MH17.  Senarai nama 20 jenazah kumpulan pertama pesawat malang yang dibawa pulang hari ini pun sudah dikeluarkan.

Dalam sibuk berkemas untuk bertolak ke Bangi, tak lepas peluang lihat siaran langsung Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di TV3.

Melihat jam di dinding...

Dimaklumkan pesawat khas yang membawa 20 jenazah tragedi pesawat MH17 selamat mendarat di KLIA. Logo TV3 di hujung kanan pun tak berwarna. Hari ni pun warna suram...

Tak sapa menjangka, orang awam akan diberikan penghormatan jenazah (ketenteraan) seperti ini.

DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan DYMM Raja Pemaisuri Agong

Juga mereka yang terkorban dalam tragedi pesawat MH17 ini juga tidak menjangka, pemergian mereka telah mengubah industri penerbangan dunia.

P/S Seminit untuk bertafakur selepas pintu ke 20 kenderaan yang membawa jenazah ditutup.  Al fatihah buat mereka yang beragama Islam.

Artikel berkaitan:

Kenal tak dia?


Assalamualaikum wbt...

Jam 2.00 petang. Sunyi dah sekolah. Aiik..geng bas sekolah yang belum balik pun heran. Kenapa tak bertolak balik Ipoh lagi? Selalunya loceng balik berbunyi je dah berdesup kereta keluar dari pagar sekolah:-))

Alkisah, pagi tadi Encik Suami beritahu dia berpuasa hari ni. Dok bertanya nak kirim makanan apa kat SP. Dia menyebut cucur udang di Taman Sejati.  Takde masalah sebenarnya kerana itu memang laluan pulang. Tapi...gerai tu mulakan perniagaan jam 3.30 petang lebihkurang. So, lepak-lepak dulu kat sekolah dan dapatlah publish entry ni, heee.

                            
Bonet kereta tak diisi dengan stok ikan basah seperti selalu

Esok Encik Suami ada urusan kerja di Bangi. Yahooo, bolehlah Anim ikut sekali dan lepak rumah adik. The best part...Bonda pun dah dua hari di sana. Ole-ole yang dibawa untuk mereka kali ni buah mata kucing dan dokong saja.

Buah mata kucing dah digunting sebahagian kecil petang semalam. Tu pun gunting hak bawah saja. Yang atas tu, nanti kena pinjam tangga jiran sebelah atau ikut hati, panjat le gamaknya. Tak de sapa nak disuruh atau minta tolong. Belum cukup masa untuk dipetik rupanya..Mungkin dalam dua minggu baru tebal isi. Takpelah...rasa manis dah ada, kira oklah. Bonda pun dah pesan bawa buah mata kucing tu ke Bangi.

Dokong tu pula baru dipetik tadi, fresh dari ladang geng bas sekolah. RM 2 saja sekilo...10 kg usung bawa balik.

Panjang lak intro. Nak cerita lain sebenarnya. Naik sekolah selepas cuti raya tempohari, ada sambutan raya di sekolah. Tetamu istimewa diundang. Penampilannya menyebabkan semua orang terkejut. Anak murid terkejut..kawan-kawan lain pun terkejut. Kalah Gadis Melayu...

Anim dan Teacher Fauziah taklah terkejut kerana jubah yang disarungnya itu pemberian kami berdua. Orang bagi kita handbag Coach, kita pun membalaslah. Macam tak percaya, dia sanggup mencari shawl untuk dipadankan. Sweet kan...kenal tak sapa dia ni?

Dia tak makan lemang sebab manis katanya. Laksa Penang lak dia kata tak minat rasa laksa berasnya . Hanya menjamah talam ubi, chocolate cookies dan of course, my laksa Johor, air tangan I ni.  Apataknya. laksa Johor kan makan bersama spaghetti . Minah Sallehlah katakan:-))

P/S  Depa gelar kami triplets pada hari kejadian, heee...

Artikel berkaitan:

Tunggu masa

 Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, berbuah lebat pokok mata kucing tahun ni. Sampai jatuh cecah bumi sebab dahan tak mampu tampung berat. Tunggu masa saja untuk dipetik...

Encik Suami pun dah pesan, jangan lupa bawa balik Ipoh esok..




Tapi.....masalahnya si Abdul kecil tak minat makan buah mata kucing dari pokok dan siang-siang dia dah declare tak berani panjat . Dok pikir...camna nak ambil buah kat atas tu. Gayat pulak mak orang ni nak panjat walaupun pokok tu taklah setinggi pokok kelapa

P/S  Kalau dekat, bolehlah kami hulur sikit:-))

Artikel berkaitan:

Keluarga kecil vs Keluarga besar


Assalamualaikum wbt...

~Apabila anda melihat kehidupan, kegembiraan paling hebat ialah kebahagiaan keluarga~ 

Ni baru  31 ahli tau. 16 ahli lain tiba pada 2 & 3 Syawal menjadikan semuanya 47 orang! 

Tentu saja wujud perbezaan keluarga kecil Encik Suami dan keluarga besar Anim. Mula-mula kahwin dulu, risau juga kalau Encik Suami tak dapat sesuaikan diri dengan keluarga besar kami. Iyalah, 20 ahli vs 47 ahli! Dahlah tu...setiap tahun bertambah..bertambah dan bertambah lagi..

Lucu bila dingat kenangan di awal perkahwinan, masa adik-adik Anim masih kecil, Anim pernah cuit peha Encik Suami kerana mengambil seekor ikan goreng dan diletakkan dipinggan nasinya. Bulat mata adik-adik lihat gelagat abang iparnya yang "tamak", haha. Alahai, abang tu tak sedarlah dik. Kat rumah dia, makanan banyak, yang makan sikit so boleh dapat seekor,dua ekor ikan sorang. Kat rumah Anim pulak, kami sudah terbiasa kongsi. Cubit sikit-sikit ikan seekor. Malah ikan seekor boleh dikongsi 3, 4 orang. 

Bila masuk bab tidur lagi haru. Dia adik-beradik dapat bilik masing-masing. Tak gaduh cari tempat nak tidur. Kami pula, mana nak sumbat semua dengan 5 bilik yang ada. Keutamaan bilik pada anak-anak saudara perempuan dan family yang ada anak kecil, maklum nak menyusukan anak.Yang lain..share la. Maknanya, takleh tidur bercouple. Couple tua cam kami, kena cari tempat tidur sendiri dan susun seperti berada di pusat pemindahan banjir. So, malam hari bila yakin tak de tetamu berziarah, mulalah tutup lampu dan masing-masing "tanda" kawasan sendiri, heee. 

Walaupun anak-anak dah tua bangka, Abah dan Bonda masih lagi menyiapkan tempat tidur untuk anak-anak dan cucunya. Bukan saja sibuk keluarkan tilam, toto, bantal dan selimut, tapi turut mengaturnya di sana sini. Dan pujian diberikan pada Abah kerana dari kami kecil hingga sekarang, dialah juga yang memasang ubat nyamuk..

Bila tidur di luar bilik, macam-macam bunyi menganggu tidur. Kejap dengar anak kecil merengek di bilik depan, kejap lagi anak kecil menangis di bilik belakang. Baru nak sambung tidur, dengar pulak bunyi hp. Sapa pulaklah yang pasang alarm tengah malam. Bukan satu, dua hp. Malah bersambung-sambung. Weei...hangpa tak set balik ke alarm bangun sahur bulan Ramadhan lalu? Sudahnya terpaksa bangun dalam gelap gelita, mencari hp depa untuk matikan alarm. Yang peliknya si tuan punya hp boleh lena, tak sedar Anim capai hp depa sebelah telinga! Sabar ajalah.

Tang makan jangan cakaplah. Siapa lambat...terima jelah apa yang tinggal. Maklum, ramai-ramai makan, sedap sangat menambah. Ruang makan terhad, buffet style saja. Ada juga yang cadang kami sedia pinggan dan cawan pakai buang saja. Senang, tak payahlah sibuk basuh pinggan. Tapi setakat ini belum dilaksanakan lagi. Anak saudara yang ramai tu nak buat apa kan???

Syukurlah, surau dan masjid dekat saja dengan rumah. Boleh jalan kaki. Soal solat tak jadi masalah, hambat saja para lelaki yang kecil dan besar dalam rumah tu p solat di sana. Setakat ini masih belum ada lagi adik-beradik yang tinggal bermalam di hotel atau mana-mana homestay bila pulang beraya. Kami belum sanggup menjawab pertanyaan Bonda dan Abah..mengapa dan kenapa. Tapi masa akan datang, tak tahulah pulak. Terfikir juga, andaikata kami punya menantu, tak bolehlah nak campur ramai-ramai beginikan:-))

P/S  Masa bersama-sama begitu berharga. MASA...benda percuma yang tidak boleh dibeli tetapi digunakan!

Artikel berkaitan:

Beza Syawal kali ini..


Assalamualaikum wbt...

Kekok rasanya nak memulakan bicara. Syawal dah pun meniti hari ke22. Tahun ini kami kurang beraya (al maklum, Syawal tahun ni kami empat beranak dok "terpisah") namun ada cerita Syawal yang perlu diabadikan dan menjadi kenangan manis tahun ini.

Tahun ini kami menyambut 1 & 2 Syawal di rumah keluarga Encik Suami di Kota Tinggi..

Selaku menantu sulung...masa yang banyak dihabiskan ialah di dapur!! Aaah...rindu suasana itu. Bila apa jua yang dihidangkan dinikmati dengan gembira. Bukan selalu dapat balik Kota Tinggi...

 Istimewanya Syawal kali ini, tercipta kenangan manis buat keluarga Encik Suami. Tahun ini mereka adik beradik dapat bersama-sama di malam raya dan pagi 1 Syawal. Seingat Anim, sudah lebih 15 tahun mereka empat beradik tak berkesempatan berkumpul bersama. Tergambar kegembiraan Encik Suami selaku abang sulung. Alhamdulillah...Allah perkenankan doanya...

Berbelas tahun juga tidak berkonvoi mengunjungi Embah. Kenangan yang perlu diabadikan sewaktu mengunjungi Embah yang berada di rumah bapa saudaranya.

Walau kurang beraya, kutipan duit rayanya tahun ini memecah rekod tertinggi berbanding Syawal lalu
mungkin berkat RM30 yang dikeluarkan untuk "menggembirakan" rakan-rakannya, heee

Syawal kali ni juga terkejut dengar pengakuan yang keluar dari mulut di Abdul kecil sewaktu bermaaf-maafan. Salah satu "dosa" yang disebutnya ialah dia kata kadang-kadang dia tipu bila Anim suruh solat. Dia kata dah solat walhal belum. Aduhai anak....

P/S  Sayangkan anak, tangan-tangankan.Tak salah nak beri hukuman dan denda. Namun bila pengakuan maaf dan keberanian mencerita cela diri dari seorang anak...hati ibu jadi luluh. Kawan-kawan ada pengalaman begini tak... 

Artikel berkaitan: