Home · About Me · Sitemap ·

Kenal tak dia?


Assalamualaikum wbt...

Jam 2.00 petang. Sunyi dah sekolah. Aiik..geng bas sekolah yang belum balik pun heran. Kenapa tak bertolak balik Ipoh lagi? Selalunya loceng balik berbunyi je dah berdesup kereta keluar dari pagar sekolah:-))

Alkisah, pagi tadi Encik Suami beritahu dia berpuasa hari ni. Dok bertanya nak kirim makanan apa kat SP. Dia menyebut cucur udang di Taman Sejati.  Takde masalah sebenarnya kerana itu memang laluan pulang. Tapi...gerai tu mulakan perniagaan jam 3.30 petang lebihkurang. So, lepak-lepak dulu kat sekolah dan dapatlah publish entry ni, heee.

                            
Bonet kereta tak diisi dengan stok ikan basah seperti selalu

Esok Encik Suami ada urusan kerja di Bangi. Yahooo, bolehlah Anim ikut sekali dan lepak rumah adik. The best part...Bonda pun dah dua hari di sana. Ole-ole yang dibawa untuk mereka kali ni buah mata kucing dan dokong saja.

Buah mata kucing dah digunting sebahagian kecil petang semalam. Tu pun gunting hak bawah saja. Yang atas tu, nanti kena pinjam tangga jiran sebelah atau ikut hati, panjat le gamaknya. Tak de sapa nak disuruh atau minta tolong. Belum cukup masa untuk dipetik rupanya..Mungkin dalam dua minggu baru tebal isi. Takpelah...rasa manis dah ada, kira oklah. Bonda pun dah pesan bawa buah mata kucing tu ke Bangi.

Dokong tu pula baru dipetik tadi, fresh dari ladang geng bas sekolah. RM 2 saja sekilo...10 kg usung bawa balik.

Panjang lak intro. Nak cerita lain sebenarnya. Naik sekolah selepas cuti raya tempohari, ada sambutan raya di sekolah. Tetamu istimewa diundang. Penampilannya menyebabkan semua orang terkejut. Anak murid terkejut..kawan-kawan lain pun terkejut. Kalah Gadis Melayu...

Anim dan Teacher Fauziah taklah terkejut kerana jubah yang disarungnya itu pemberian kami berdua. Orang bagi kita handbag Coach, kita pun membalaslah. Macam tak percaya, dia sanggup mencari shawl untuk dipadankan. Sweet kan...kenal tak sapa dia ni?

Dia tak makan lemang sebab manis katanya. Laksa Penang lak dia kata tak minat rasa laksa berasnya . Hanya menjamah talam ubi, chocolate cookies dan of course, my laksa Johor, air tangan I ni.  Apataknya. laksa Johor kan makan bersama spaghetti . Minah Sallehlah katakan:-))

P/S  Depa gelar kami triplets pada hari kejadian, heee...

Artikel berkaitan:

12 Komen untuk "Kenal tak dia?"

  1. Buah mata kucing mentah pun manis apa lagi kalau dah bijinya hitam - makan ajelah:)

    Pandai pulak dia menggayakan shawl tu Anim.
    Memang cantik. Cepatlah dpt hidayah hendaknya..

    BalasPadam
  2. wahh..banyak buah tangan tu kak.. fresh dari kebun sendiri... macam kenal ja.. cantikmya dia berjubah.. moga diberikan hidayah.. so sweet..:)

    BalasPadam
  3. murahnya buah dokong 2 hinggit sekilo..mata kucing pula bole petik sendiri..adoii bestnya Anim..esok knah juga turun putrajaya..ada rezeki jumpa R & R tak..

    BalasPadam
  4. Manisnya bila bertudung... Semoga terbuka hatinya dan mendapat hidayah, amiin...
    Macam banyak sangat jer bekalan tu...bolehlah singgah KKB kurangkan sedikit sekilo dua...hehe...

    BalasPadam
  5. minah saleh ker??? cantik, manis dan comel berjubah... dikenakan dengan shawl pula tu... anggun... :)

    BalasPadam
  6. sedapnya si mata kucing, terliur sudah....

    BalasPadam
  7. seroper tapi tak sama kan..semuga suatu hari nanti dia akan dibberikan hidayah memeluk Islam..insyaallah..layanlah dia sebaik mungkin ..semuga kebaikan yang kita tunjukkan itu meresap ke dalam jiwanya..insyaallah

    BalasPadam
  8. Murahnya...pos ke sini kak sekilo 2 ;)

    BalasPadam
  9. hehehe..comel..
    pakai sedondon...

    BalasPadam
  10. cantiknya..kak Anim ada cerita pasal dia kan dalam entry lepas-lepas.yang dapat tafsir al-Quran tu?

    BalasPadam
  11. Ini baru namanya tema sedondon di sambutan hari raya :)

    Mestilah kenal, mana tak kenal.... Siapa yang pakaikan dia shawl tu? Bukan main lagi berlilit. Kalau suruh saya belum tentu berjaya. Terbelit leher pulak nanti. Comel gak minah saleh ni pakai cam ni. Dah dapat hidayah ke belum lagi ni?

    BalasPadam
  12. bila dah bertudung , nampak manis je ...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai