Assalamualaikum wbt...
~Apabila anda melihat kehidupan, kegembiraan paling hebat ialah kebahagiaan keluarga~
Ni baru 31 ahli tau. 16 ahli lain tiba pada 2 & 3 Syawal menjadikan semuanya 47 orang!
Tentu saja wujud perbezaan keluarga kecil Encik Suami dan keluarga besar Anim. Mula-mula kahwin dulu, risau juga kalau Encik Suami tak dapat sesuaikan diri dengan keluarga besar kami. Iyalah, 20 ahli vs 47 ahli! Dahlah tu...setiap tahun bertambah..bertambah dan bertambah lagi..
Lucu bila dingat kenangan di awal perkahwinan, masa adik-adik Anim masih kecil, Anim pernah cuit peha Encik Suami kerana mengambil seekor ikan goreng dan diletakkan dipinggan nasinya. Bulat mata adik-adik lihat gelagat abang iparnya yang "tamak", haha. Alahai, abang tu tak sedarlah dik. Kat rumah dia, makanan banyak, yang makan sikit so boleh dapat seekor,dua ekor ikan sorang. Kat rumah Anim pulak, kami sudah terbiasa kongsi. Cubit sikit-sikit ikan seekor. Malah ikan seekor boleh dikongsi 3, 4 orang.
Bila masuk bab tidur lagi haru. Dia adik-beradik dapat bilik masing-masing. Tak gaduh cari tempat nak tidur. Kami pula, mana nak sumbat semua dengan 5 bilik yang ada. Keutamaan bilik pada anak-anak saudara perempuan dan family yang ada anak kecil, maklum nak menyusukan anak.Yang lain..share la. Maknanya, takleh tidur bercouple. Couple tua cam kami, kena cari tempat tidur sendiri dan susun seperti berada di pusat pemindahan banjir. So, malam hari bila yakin tak de tetamu berziarah, mulalah tutup lampu dan masing-masing "tanda" kawasan sendiri, heee.
Walaupun anak-anak dah tua bangka, Abah dan Bonda masih lagi menyiapkan tempat tidur untuk anak-anak dan cucunya. Bukan saja sibuk keluarkan tilam, toto, bantal dan selimut, tapi turut mengaturnya di sana sini. Dan pujian diberikan pada Abah kerana dari kami kecil hingga sekarang, dialah juga yang memasang ubat nyamuk..
Bila tidur di luar bilik, macam-macam bunyi menganggu tidur. Kejap dengar anak kecil merengek di bilik depan, kejap lagi anak kecil menangis di bilik belakang. Baru nak sambung tidur, dengar pulak bunyi hp. Sapa pulaklah yang pasang alarm tengah malam. Bukan satu, dua hp. Malah bersambung-sambung. Weei...hangpa tak set balik ke alarm bangun sahur bulan Ramadhan lalu? Sudahnya terpaksa bangun dalam gelap gelita, mencari hp depa untuk matikan alarm. Yang peliknya si tuan punya hp boleh lena, tak sedar Anim capai hp depa sebelah telinga! Sabar ajalah.
Tang makan jangan cakaplah. Siapa lambat...terima jelah apa yang tinggal. Maklum, ramai-ramai makan, sedap sangat menambah. Ruang makan terhad, buffet style saja. Ada juga yang cadang kami sedia pinggan dan cawan pakai buang saja. Senang, tak payahlah sibuk basuh pinggan. Tapi setakat ini belum dilaksanakan lagi. Anak saudara yang ramai tu nak buat apa kan???
Tang makan jangan cakaplah. Siapa lambat...terima jelah apa yang tinggal. Maklum, ramai-ramai makan, sedap sangat menambah. Ruang makan terhad, buffet style saja. Ada juga yang cadang kami sedia pinggan dan cawan pakai buang saja. Senang, tak payahlah sibuk basuh pinggan. Tapi setakat ini belum dilaksanakan lagi. Anak saudara yang ramai tu nak buat apa kan???
Syukurlah, surau dan masjid dekat saja dengan rumah. Boleh jalan kaki. Soal solat tak jadi masalah, hambat saja para lelaki yang kecil dan besar dalam rumah tu p solat di sana. Setakat ini masih belum ada lagi adik-beradik yang tinggal bermalam di hotel atau mana-mana homestay bila pulang beraya. Kami belum sanggup menjawab pertanyaan Bonda dan Abah..mengapa dan kenapa. Tapi masa akan datang, tak tahulah pulak. Terfikir juga, andaikata kami punya menantu, tak bolehlah nak campur ramai-ramai beginikan:-))
P/S Masa bersama-sama begitu berharga. MASA...benda percuma yang tidak boleh dibeli tetapi digunakan!
Sm mcm sy dulu.sgt2 canggung.amik ms berthn nk suaikn diri... skrg da ok;)
BalasPadamsamale cam cik abang kak..
Padamiyalah, bila memikirkan bukan selalu dpt berkumpul kan, anies:-))
Ini bezanya keluarga besar dan kecik akak kan? Mesti lepas makan suami akak tersipu malu kerana ambil ikan seekor letak dalam pinggan untuk makan..hehehe.
BalasPadamhihi..kadang2 kak buka juga cerita2 lama ni kat dia...
Padamgelak besarlah...
tapi itu dulu, sekarang dia lak yang terlebih2 tak suka bazir anak2 makan ikan sorang seekor, haha
Keluarga kita lebih kuranglah Anim. Cerita Anim ni betul-betul sama dgn kakak. Sebab hubby kakak keluarga sikit tapi rumah bapak kakak ni sendat macam sardin. Sebab itu bila dah tiba cicit sudah punya suami/isteri memang ada yg tidur di hotel dan homestay.. Parking kereta jgn cakaplah sesaknya.
BalasPadamTapi kami seronok sebab masing-masing dah maklum.
kakzakie duduk kampung mungkin masih ada ruang walau terhad. kami ni duduk taman perumahan kakzakie. serupa sardin kena henyek dah..hihi
PadamSaya dulu culture masuk family hubby sebab adik-beradik saya tak seramai family hubby..
BalasPadamhaha, culture shock ke aiza...
Padambiasalah tu mula2..
lama2 terbiasa, lagipun bukan selalu kan
tercari cari family anim mana? Tengok muka mak tu pun dah tau ni family Anim kan . Mak tu mmg ada iras Anim
BalasPadamOkje terbalik Nim.... walaupun okje lebih ramai keluarga dpd hubby tapi yg berkumpulnya akan jadi OKje sorang kalau Raya so mmg OKjelah yg kongker hehe.... Bila tang rumah hubby dedulu mmg payahlah tu yg jarang tido sana
haha, okje...saya termasuk dalam grup 16 ahli yang tiba 3 syawal...heee. so, gambar lain group..
Padammak ayah saya kecil hati kalau ada anak2 tak mahu bermalam...ikutkan ajalah bersempit2 tu, hee
Kak Anim...bestnya ramai family!!!!...rindu nk ada ramai adik beradik..rapat2 dan mesra macam family kak Anim...=(
BalasPadamkak ada jalan penyelesaiannya nur. cari saja pasangan yg ramai adik-beradik. terbaik tak cadangan ini? hee..
Padamseronok nya kak ramai ahli keluarga.. ahli keluarga suami sy pun ramai 10 org adik beradik..cucu & cicit pun ada... tak muat rumah bila semua balik.... lbh kurang samalah situasi dgn akak ni... hehe
BalasPadambila ramai ni atie..memang kena berlebih kurang. tak bolehlah pentingkan diri sendirikan...
Padamitulah yang selalu kak doa supaya adik2 ipar kak boleh terima keadaan ni:-))
Bila baca cerita Anim ni teringat pulak kisah keluarga besar saya sendiri. Memang betul, bila semua balik berkumpul memang kena cari port masing-masing bila nak tidur. Adik beradik je 10 orang. Tambahkanlah aje pasangan masing-masing dan anak-anak. Bilik 10 pun tak cukup. Mak saya pun gitu juga. Bila tiba waktu nak tidur, sibuk mengusung tilam, toto, bantal dan selimut. Mak tau anak ni nak diletakkan kat port mana, anak yang itu pulak kat belah mana... Saya memang esklusif lah sebab suami bangsa asing. Memang dapat penginapan dan servis ala-ala hotel gitu :)
BalasPadamKat rumah mak Aina pun sama walapun cuma 6 beradik tetapi rumah mak sempit jadinya pandai2lah susun atur tempat tidur masing2.
BalasPadamWalaupom kna berebut tmpat tidur..kongsi mknana.. tp tu moment terindah.. lya tringat plok zaman kecik dulu bila blik rmh arwah tokwan.. bersusun la tilam n chop tempat msing2.. rindunya saat tu
BalasPadambestnya Anim bila dengar cerita org punya keluarga besar camni..mesti riuh kan..sekali masak mesti banyak2 kan..kak nah hanya bertiga... kalau semua berkumpul pun xsampai 20 org..kedah/pahang sama je..
BalasPadam