Home · About Me · Sitemap ·

Seluruh alam pun bertasbih kepada-Nya


Assalamualaikum wbt...

Suatu pagi di Ipoh...


Surah Al-Hajj ayat 18 : "Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakan. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya." 


P/S  Pada awalnya, entry ini nak dikaitkan dengan kemusykilan Anim tentang hukum membakar pokok (pada pandangan Anim, bukankah lebih baik ditebang saja dari "tersiksa" dibakar perlahan-lahan). Namun masya-Allah, bila merenung kembali surah Al-Hajj:18 ini, firman Allah SWT itu TEPAT dengan situasi dan pelbagai musibah yang dihadapi negara kita sekarang.
 #Pray for MH370 dan #Pray for bumi Malaysia.

Artikel berkaitan:

12 Komen untuk "Seluruh alam pun bertasbih kepada-Nya"

  1. kasihannya pokok itu dibakar begitu.. dia juga makhluk Allah yang sama-sama menumpang di bumi Allah bersama-sama kita.. lebih baik ditebang sahaja pokok itu dari disekda begitu..

    BalasPadam
  2. Mudah-mudahan bala yang berlaku tidak berterusan, sama-samalah berdoa moga seluruh rakyat Malaysia terselamat dari bala yang lebih besar.

    BalasPadam
  3. Semoga pesawat MH370 dapat dijumpai dengan selamat.

    BalasPadam
  4. bakar tu nak bg kulit batangnya mati, slow2 ranting2 luruh.

    mungkin kalau terus tebang, susah.
    hukumnya allahualam.

    BalasPadam
  5. mungkin ada sbb kot kenapa dibakar...anai2 barangkali

    BalasPadam
  6. Allahuakbar...tiba2 terasa sebak dan terasa betapa kerdilnya diri ini disisi Mu...

    BalasPadam
  7. Anim, keciknya rasa diri akak ni, kerdil sesangat, MasyaAllah

    BalasPadam
  8. lately ni mmg selalu `menung' panjang....

    BalasPadam
  9. Buat apa nak dibakar pokok tu. Menambahkan jerebu, menyiksa pokok aje dibakar perlahan-lahan gitu. Tebang ajelah habis cerita. Semua tak sengsara. Dugaan yang Allah bagi ni nak kita sedar diri dari kealpaan tapi masih lagi tak sedar, nak dibuat macamana. Syukur sangat rasanya bila nampak hujan membasahi bumi. Sukanya dalam hati tak tahu nak kata apa. Alhamdulillah!

    BalasPadam
  10. Pasal pokok tu...hmm, xtau nak kata apalah. Mungkin ada sebabnya dibakar kot...
    Tapi ini pasti...Sesungguhnya benar, seluruh alam juga bertasbih dan sujud kepada Allah swt.

    BalasPadam
  11. Kalo sy biarkan jela pokok tuh kan kak...sejuk sikit bumi kite nih hah

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai